Advertisement

Wednesday, June 30, 2010

Puding Roti Walnut dan Kuah Kastard

Salam, 

Semalam seperti biasa kami buat potluck, sempena nak berpuasa beramai-ramai.. jadi macam biasa saya buatlah puding roti sebab ringkas dan cepat. Rupanya semalam  kak Rose pun buat gak puding roti dan ice cream.Resepi ni saya buat melalui observation..dan macam-macam versi saya buat ikut bahan yang ada..mungkin cara saya sama dengan orang lain juga..



Bahan-bahan Puding
  • 10 keping roti gardenia
  • 500 ml susu segar
  • 1 cawan kismis
  • 50 g walnut
  • 3 sudu gula putih
  • 2 sudu gula perang
  • 1 tsp esen vanilla
  • secubit garam
  • secubit ground cinnamon
  • 1 sudu mentega/ margerin  
Bahan-bahan kuah kastard:
1 tin susu sejat
1sk esen vanilla
1/2 cawan gula
1 sk tepung kastard




Cara-cara
Mula-mula saya akan buat kuah untuk roti ni, iaitu masukkan susu ideal, gula putih , tepung kastard dan esen vanila dan masakkan dengan api yang sederhana. Bila dah masak, tunggu sejuk dan masukkan dalam peti sejuk. 
Panaskan oven pada suhu 150*C selama 10 minit.
Rendam 10 keping roti gardenia dengan 500 ml susu segar. Hancurkan roti bersama dengan susu segar. Rendam selama 1 jam di dalam peti sejuk.
Kemudian, campurkan garam, gula, cinnamon, kismis, walnut dan susu segar yang bersama dengan 2 senduk susu ideal yang dimasak tadi. Gaul sehingga sekata. 
Masukkan ke dalam acuan pembakar yang telah digris dengan mentega/ margerin. Taburkan kismis dan gula perang di atas adunan tadi. Bakar selama 30 minit.

Bila nak makan, sudukan kuah susu tu di atas puding. Kadang-kadang saya masak kuah bersama dengan buah-buahan koktel.
Kismis kalau nak lagi gebu atau bulat2, rendam dulu dalam air teh semalaman. Baru cunn!

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Tuesday, June 29, 2010

Mihun Sup Daging 10 Minit.... hehehe..

Salam, 

Kekadang sampai satu tahap kita tahu nak masak apa? Lagi -lagi kalau semua stok dah abis.. itulah yang saya hadapi.. satu malam setelah pulang dari membanting tulang..perut tersangatlah lapar..Alhamdulillah saya dah letak daging kat bahagian bawah peti..senanglah sikit nak masakkan.. malam tu saya cuma makan Mihun Sup Daging 10 Minit dengan Sambal Cili Kicap..panazzz2...terbakar GIGISSS..heheh. Tapi rasanya resepi saya ni agaknya berjuta2 orang pun reti buatkan..heheh..takpelah..apa-apa pun kita share ..



Bahan-bahan
  • 200g daging lembu yang dihiris sederhana tebal
  • perencah sup
  • 100g parutan lobak
  • 100g sayur sawi
  • 100g batang celery
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 3-4 cawan air (ikutlah nak banyak mana pun)
Cara-caranya
Rebus daging sehingga mendidih. Untuk 5 minit yang pertama tambahkan airnya. Kemudian masukkan bawang holland, bawang putih, lobak dan batang celery. Selepas itu, masukkan pula mihun dan sayur sawi. perisakan dengan garam dan lada hitam.
Hidangkan panas-panas dan makanlah dengan sambil cili kicap. Walaupun ringkas tapi berkhasiat...lebih-lebih lagi kalau datang penyakit malas macam saya..hehehe...

Sumber : Faradean's Cooking Recipes

Bersama Kawan-kawan..Bergelak Riang Ria

Salam..

Jumaat lepas saya dan kawan-kawan makan tengahari bersama-sama makan di sebuah deli di Shah Alam. Selain tu..adalah jumpa kawan-kawan yang dah berpindah ke tempat lain..dah lama tak jumpa...kakak2 ni memang meriah betul..nasib ni gambar still..kalau ada suara ...ish-ish-ish..!

ini Bos weolls

hehe...kakak-kakak saya..

ini pun kakak-kakak kesayangan saya..hehe

yang tengah tu pun x-bos saya yang sporting lagi penyayang..hehe

kakak-kakak saya juga..yang tengah tu nak jadi tok ma tak lama lagi..

bos interprem lagi..biasa tukang ambik gambar mmg tak kuar muka..

bila sebaris..nampak semua macam sebaya..huhu..

Monday, June 28, 2010

Lemon, Almond and Blueberry Muffins

Salam,

Menu kali ini ialah menu untuk sarapan pagi..kot2 terasa nak jadi English woman ke kan?? Resepinya saya ambil dari koleksi buku yang saya beli di MPH..dari dok kena perli dengan husband..jadi tanpa berlengah-lengah lagi saya pun cubalah salah satu resepi dari buku 'Muffins and other Morning Bakes' oleh Linda Collister. Menurut beliau, resepi-resepi yang dihasilkannya ini adalah diwarisi selama beberapa generasi di dalam keluarganya dan keluarga suaminya.  Ok..marilah mencuba!

Bahan-bahan
  • 50 g almonds
  • 250 g tepung gandum, diayak
  • 1 tbs baking powde, diayak
  • 85 g gula kastor
  • Sedikit parutan kulit lemon
  • 1 biji telur
  • 2 tbs jus lemon
  • 280 ml susu segar
  • 4 tbs vegetable oil
  • 150 g frozen blueberry (boleh dibeli dikedai bakeri atau kedai yang menjual makanan dari timur tengah)
  • 12 biji bekas /mangkuk kertas muffin

*untuk 12 biji muffins 


Cara-caranya
Kisar kacang almond sederhana hancur.
Campurkan tepung, baking powder, gula, parutan lemon bersama dengan almond kisar
Pukul telur dengan jus lemon, susu dan vegetable oil. Campurkan dengan campuran tepung dan kacau hingga sebati. Campurkan biji2an blueberrydan kacau dengan kelajuan 5kmj..hehe. Masa mengacau tu..using as few strokes as possible..(mungkin untuk memerekahkan atas muffin bila sudah dibakar). Biarkan seketika. Jangan terlebih pukul dan terlebih bahan sebab boleh membuatkan muffin keras dan kering.
Sudukan 3/4 bahan campuran kedalam mangkuk kertas muffin saiz kecil yang diletakkan didalam loyang untuk muffin. 
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 200`C selama 20-25 minit.

Sedap dimakan untuk breakfast (Yollah tu cik..den x biasa..so den makan bilo2 nak makan)

Sumber : Muffins and other Morning Bakes oleh Linda Collister

Sunday, June 27, 2010

Udang Mamak

Salam, 
Udang ni nak masak apa ye? ok.takpe kita jenguk dapur kawan-kawan..ha! Jumpa pun resepi di dapur Kak Hana yang resepinya dihasilkan oleh ibu soda hikari . Akak pinjam resepi ye dikk...emm memang sedap sebab tumis dengan daun pandan.. baunya semerbak harum..Terima kasih Kak Hana dan Soda Hikari (kim salam kat mak ye..).


  Bahan-bahan
•    1 kilo udang
•    2 biji limau nipis - ambil jusnya
•    1 biji bawang besar - cincang
•    1 biji bawang putih - cincang
•    1 cm halia muda - tumbuk
•    1 batang serai - di ketuk
•    1/2 cawan air/stok ikan
•    1 susu besar sos tomato
•    1 sudu besar sos cili
•    1 sudu besar serbuk kari ikan
•    1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (Alamak lupa nak bubuh!)
•    1 senduk gulai cili kisar
•    2 tangkai daun kari
•    4 helai daun pandan
•    Garam, gula serbuk lada sulah



Cara-cara
•    Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus  
     limau untuk seketika.
•    Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, 
     ketepikan.
•    Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun 
     pandan, daun kari hingga naik bau.
•    Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili 
     kisar, goreng seketika.
•    Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok 
     ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
•    Last, masukkan udang, balik2 kan dantutup api.

Resepi sesuai juga dimasak time raya..

Sumber : Kak Hana dan Soda Hikari

Friday, June 25, 2010

Beef Angel Hair Spaghetti with Currygano

Salam,

Suka makan pasta? Ini merupakan makanan paling ringkas dan berkhasiat. Saya suka menggunakan Angel Hair sebab ianya lebih halus dan tidak cepat muak. Resepi kali ini saya gabungkan menu barat dan Asia - Fusion Cuisine. Menurun dengan hobi ayah yang suka bereksperimen dengan resepi dan sebab itulah saya letak daun kari untuk sedikit kelainan. 



Bahan-bahan
  • 150g daging lembu batang pinang yang dihiris sederhana tebal
  • 1 biji bawang holland didadu
  • 3 ulas bawang putih didadu
  • 1 sudu cili giling
  • 10 sudu pes tomato
  • 50g lobak merah dihiris
  • 1/4 tsp oregano
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 2 sudu daun parsley
  • 4 sudu minyak zaitun

San Remo Angel Hair Spaghetti (ikut kehendak)
Air
Sedikit garam
2 sudu minyak zaitun


 Cara-cara
Masukkan minyak zaitun dan apabila sudah panas masukkan daging. Goreng daging selama 3 minit. Angkat daging dan ketepikan.
Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis sehingga baunya harum. Kemudian, masukan cili giling. Tumis cili giling hingga masak. Dan masukkan gula.
Selepas itu, masukkan lobak merah dan daging. Kacau hingga rata. Lepas itu, masukkan pula pes tomato dengan gula. Tumis sehingga masak. Sambil tu, masukkan oregano, daun parsley dan daun kari. Bila sudah masak bolehlah dituang di atas angel hair spaghetti.

Untuk spaghetti
Masak air hingga mendidih. Lepas tu, masukkan angel hair spaghetti dan garam. Biarkan ia masak. Selepas 3 minit, potong sikit spaghetti dan campakkan di atas jubin dapur. Bila ianya melekat maksudnya dah masak. Bila dah masak, toskan airnya. Titiskan minyak zaitun supaya tidak melekat.

Sumber : Faradean's Cooking Recipes

Thursday, June 24, 2010

Ikan Ungkep Nenek


Salam,

Pengaruh masakan Jawa memang menebal betul dalam diri saya ni..antaranya ialah masak ungkep. Ungkep ni kalau tak silap maksudnya ditutup dengan sesuatu..kalau salah tolong betulkan. Arwah nenek dan datuk memang berasal dari tanah Jawa dan kemudian berhijrah ke Malaysia.

Antara makanan favourite saya ialah..Ungkep..nenek dan mak yang ajar macamana nak masak resepi ni..masa menumis tu memang baunya harum semerbak.. Cuma saya ni guna serbuk..kalau ikut resepi asal pakai yang biji-biji tu..oklah..ini cara yang nenek turunkan..

Bahan-bahan  
  • 5 ekor ikan pelaling (kembung kecil)
  • 10 batang cili padi hijau
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai dititik
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar biji jintan manis
  • 1 sudu besar biji jintan putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • ½ sudu garam kasar
Gula secukup rasa
  • Minyak
  • 2 oz air
Cara-caranya:
Goreng dulu ikan sampai garing. Kemudian angkat.  
Tumbuk cili padi, bawang merah dan putih, ketumbar, jintan manis, jintan putih, kunyit hidup dan garam kasar. Kemudian tumis dan masukkan sehingga naik bau dam masukkan gula dan air. Gaul. Selepas itu masukkan ikan dan gaul seketika. Tutup kuali dalam 2 minit. Gaul semula dan angkat.

Malam tu saya makan dengan telur ceplok lada hitam dan kacang buncis tumis. 
Sumber : Arwah Nenek & Mak

Wednesday, June 23, 2010

Carrot Cake


Salam,

Omputeh kata Kek Lobak Merah atau Carrot Cake ni ialah everyday cake . Tapi bagi saya, emm..kalau teringin barulah buat. Atas permintaan diri sendiri, saya pun buatlah carrot cake ni. Macam-macam dugaan semasa saya merajinkan diri untuk mengadun kek ni. Antaranya ialah terbantutisme, terover masak, kering dan berderai..jadi kepada kawan-kawan yang mahir dalam pembuatan kek jenis ini, sudilah berkongsi macamana nak buat kek ni tak berderai..Bila dah beberapa kali bereksperimen barulah jadi..Alhamdulillah

Resepi ni saya rujuk kat dalam buku resepi 500 Cakes (Susannah Blake) dan Cakes and Desserts (Catherine Atkinson, etl). Tapi adalah saya ubah sikit-sikit untuk kesesuaian.


Bahan-bahan 
  • 230 g tepung naik sendiri 
  • ¼ tsp ground cinnamon 
  • ¼ tsp grated nutmeg atau ginger 
  • 1 tsp baking powder 
  • 1 tsp soda bikarbonat 
  • 130 g gula perang halus 
  • 100 g gula kastor 
  • 200 ml minyak sayur-sayuran 
  • 3 biji telur saiz M 
  • 225 g lobak merah yang diparut (tapi saya letak lebih) 
  • 50 g kacang walnut yang dicincang

Untuk Icing
  • 175 cream cheese
  • Sedikit parutan kulit oren
  • 1 tbsp jus oren
  • 1 tsp vanilla essence
  • 125 g gula icing
*tsp – teaspoon           tbsp – tablespoon

Cara-caranya
Panaskan oven kepada 150°C, 10 minit sebelum membakar. Macam biasa griskan Loyang 15cm/ 6 inci dengan minyak, margerin atau greaseproof.
Ayak tepung, rempah-rempah, baking powder dan soda bikarbonat.
Masukkan gula perang, gula kastor dan gaul hingga sekata.
Pukul telur dengan minyak dan campurkan dengan campuran tepung dan gula.
Masukkan lobak dan walnut. Gaul hingga sekata. Dan masukkan adunan ke dalam Loyang.
Bakar kek selama 50 minit.


Untuk membuat icing, pukul cream cheese, parutan kulit oren, jus oren, vanilla dan gula icing yang diayak. Bila kek sudah sejuk, bolehlah letak icing ni dan sejukkan kek di dalam peti sejuk sebelum makan.


Ok..macamana? Jadi tak? Kalau nak lagi sedap, simpan dulu dalam peti sejuk...Selamat Mencuba!
Sumber : Susannah Blakes & Catherine Atkinson.etl

Tuesday, June 22, 2010

Cengkodok Pisang Almond


Salam,

Balik kerja sudah petang..perut macam biasa minta diisi..nampak pisang berangan yang dah agak lembik..emm..sedap jugak kalau dibuat cengkodok ni. Tapi memang simple present tense je..

Jadi dengan kadar yang segera pun ambik le pisang tu dan kupas kulitnya. Tapi kali ini saya nak buat sedikit kelainan iaitu dengan menambahkan badam (almond). Emm.. tak tau lah kalau ada orang lain yang pernah buat..kalau ada bolehlah bagitau macamana nak enhancekan rasanya ye…Saya suka goreng cengkodok ni sampai agak hitam..tapi jangan sampai hangus.. sebab bila kita gigit bahagian tu ..WAAHH..nikmat betul.. lebih-lebih lagi kalau bahagian yang hitam dan garing tu adalah almond..WAHH…yum..yum!


Bahan-bahan:
  • 5 biji pisang berangan yang dilenyek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam
  • 1 cawan kepingan badam /almond strips

Cara-caranya:
Masukkan pisang lenyek, tepung gandum, gula dan garam. Gaul hingga sekata. Kemudian masukkan badam dan gaulkan. Kemudian goreng macam biasa.


Sumber : Faradean's Cooking Recipes

Monday, June 21, 2010

Teh Misai Kucing...Purple Cat's Whiskers Tea

Salam,

Entri kali ni saya nak kongsikan khasiat minuman teh misai kucing. Saya ada menanam pokok ini di laman rumah dan pokoknya memang senang nak tumbuh. Paling saya suka ialah bunganya yang cantik. 



Menurut Wikipedia, Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia.  Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiaphon stamineus, Benth.

Ia merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing. Memang cantik pun..kalau berbunga lebat..ambik gambar, confirm macam kat oversea!

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.


Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Daunnya memang berkhasiat terutamanya untuk kaum lelaki. Sebab kaum Adam ni selalu kena batu karang. Jadi, galakkanlah suami-suami untuk minum air rebusan daun misai kucing. 


Kalau nak tanam, ambil setangkai pokok misai kucing dan cucuk di atas tanah. Siram..Insya Allah tumbuh..

Caranya...
  • Petik daun-daun misai kucing...
  • Basuh bersih-bersih dan toskan airnya
  • Keringkan daunnya di bawah sinaran mentari sampai bertukar jadi warna coklat
  • Bila kita boleh hancurkan dengan tangan itu menandakan dah pun kering
  • Masukkan air ke dalam periuk kaca / tanah..jangan guna periuk besi sebab khasiatnya akan hilang
  • Bila dah agak panas, masukkan dedaun misai kucing yang dah kering tu kemudian tunggu sampai mendidih
  • Bila dah mendidih, tapis dan tuangkan ke dalam cawan/mug/teko...nak lebih feel..tak payah tapis..jadi dapatlah kita gigit2 daun-daun tu..
  • Kalau nak manis tambahkan gula..tapi lagi elok tak payah sebab pahit itu ubat.
Dan minumlah..itulah minuman paling disukai keluarga saya.. homemade Purple Cat's Whiskers tea.

ini rupanya bila sudah dikeringkan..

ini proses seterusnya...iaitu merebus daun untuk dibuat ayaq

jom kita minum dulu!!


Sumber : Faradean's Cooking Recipes

Telur Bawang dan Cili

Semalam ada kenduri kahwin kawan sekerja, macam biasa dapatlah berkat dari rumah pengantin. Malam tu perut terasa sangatlah kenyang..jadi macam malas nak masak.. tetiba terasa nak makan telur tu.. jadi hubby pun buatlah resepi tersendiri.. 

sebelum

selepas

Bahan-bahan
  • Telur rebus
  • Bawang merah dihiris
  • Cili padi dihiris
  • Kicap

Saturday, June 19, 2010

Buah Markisa

Pernahkah anda melihat buah markisa? hehe.. ok tapi saya sebenarnya tu lah 1st baru tengok. Mari kita kongsi khasiatnya ye..


Menurut apa yang saya baca di Wikipedia, Pokok Markisa juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buah agak sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. 
Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. 
Dua jenis yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Di Malaysia, markisa dari jenis kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. 
Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan. (Sumber : Wikipedia)

Ok yang ni gambar sebelum dibelah dua



Lepas ni bolehlah cuba gunakan markisa ni dalam sambal..

Daging Goreng Vientiane



Ini merupakan favourite dish hubby saya. Senang je cara nak masak.. bolehlah try ..cuba ..test

Bahan
  • 300gm daging lembu batang pinang
  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang cili merah
  • 6 batang cili padi
  • 4 sudu kicap manis
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
Cara
Potong cili-cili bentuk mancis dan buang bijinya. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak (agak2). Bila dah panas, masukkan daging dan kicap. goreng hingga agak kering airnya. Tutup kuali kalau tak nanti lotup2 minyaknya.
Bila dah agak kering baru masukkan bawang-bawang, cili-cili, gula, lada hitam dan garam. Dalam 1-2 minit, boleh angkat dan siap untuk dimakan..

Rasa daging kalau garing and terlebih terbakar tu macam sedap je.. hehhe..tapi jangan sampai hanguss..ok.

Sumber : Faradean's Cooking Recipes

Fried Pok Choy


What is Pok Choy?
Bok choy, also known as pok choy, is a white-stemmed variety southern Chinese cabbage. The relatively tightly packed leaves are dark green, with long white ribs attached at a bulbous stem. The stalks are crisp and mild with a flavor similar to romaine lettuce. Although bok choy may be eaten raw, it is most often stir-fried or used in soups. (victoriapacking.com)

Bahan
  • Seikat Pok Choy organik
  • Sebatang cili merah
  • 1/2 biji bawang holland
  • garam secukup rasa
  • 1/4 kiub ikan bilis
  • Sedikit air
Cara
Masukkan pok choy kedalam sedikit minyak. Kemudian buka api dapur dan tutup kuali.
Bila dah abis bunyi letup2.. baru masukkan bawang, cili, garam, kiub dan sedikit air..gaulkan biar sekata. Dalam 1/2 minit angkat dan dihidang.
Sumber cara memasak : Faradean's Cooking Recipes

Friday, June 18, 2010

Sagu Gula Melaka

Disebabkan teringin sangat nak makan sagu, so petang tadi fara pun buatle..lagipun suami suka gak makan sagu ni.. lagi-lagi kalau guna susu sejat..kalau masuk dalam peti sejukk.. segarrr je rasa tekak ni ..hehehe. Resepinya fara rujuk Kak Ummi punye.. Terima Kasih.




  • Bahan 
  • 160 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 2 helai daun pandan (kisar dan ambil jusnya)

  • Untuk sirap gula:-
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • (masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • susu sejat Ideal
Caranya

Didihkan air, masukkan jus pandan yang dikisar dan daun pandan .Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi dalam 2 - 3 minit. Angkat sagu tadi dan toskan serta alir kan dengan air untuk membuang kanjinya. Tos dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.

Apabila nak dihidangkan, keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat tadi.


Sumber : Kak Ummi
Related Posts with Thumbnails