Advertisement

Tuesday, August 31, 2010

Award dari Kelanafana

Salam...

Terima kasih Kelanafana sebab bagi saya award ni..hihi..Sebenarnya saya suka sangat blog Kelanafana ni..sebab banyak informasi yang kita tak tahu. Lagipun dah lama benar tak baca ensiklopedia ke atlas ke ..sebab tu setiap hari saya akan singgah atau tengok blog si kelana ni..

Sebenarnya saya ni pemalu..alahai..lagi-lagi kalau pi singgah blog orang..tapi tak de respon..lagi segan..pastu pikir nak singgah senyap-senyap tanpa tinggalkan jejak ke tak..tapi kalau blog Kelanafana ni..saya tak segan silu...Oklah..kerja umah saya yang seterusnya ialah...menjawab soalan..harap-harap berjayalah..

1. Senaraikan 7 makanan kegemaran untuk berbuka n bersahur...
Kalau tengok pos-pos saya yang lepas..mesti uollls perasan apa yang saya suka makan?? Hihi
  • Tepung Pelita -kena beli sebab tak pandai nak buat acuan tu..hihi
  • Murtabak - kalau dapat Murtabak Diraja lagi saya suka!
  • Cucur Udang - Hihi ...hari-hari makan pun tak pe..
  • Popiah Goreng - Suka sebab ada rasa sengkuang+lobak+taugeh
  • Ikan Bilis Tumis Bawang - Menu wajib time sahur
  • Daging Goreng- Menu wajib time sahur gak...
  • Air Masak - untuk kesihatan..

2. Kedua, kena tagged 5 rakan blogger lain untuk terima award nie.
Alamak..sukarnyaaaaaa..untukku..memilih 5 rakan blogger...saya rasa semua kawan-kawan maya saya layak dapat..hihi..oklah..untuk kali ni saya bagi dulu kepada yang 5 ni..
Harap-harap saya dapat menjawab semua soalan dengan jayanya..hihi. Terima Kasih Kelanafana!

Monday, August 30, 2010

Berbuka Puasa di Rumah Keluarga Mertua

Salam, 

Sudah berhari-hari tak dapat nak update blog dan buat site visit kawan-kawan..sebab..balik kampung! Khamis malam bertolak dan petang Ahad balik semula Shah Alam. Alhamdulillah, perjalanan lancar..walaupun fobia bila berlanggar dengan awan... rasa nak nangis je. Ntah bila nak pulih penyakit tu..hihi..

 Pasar Siti Khadijah

 Pasar Pasir Puteh

Sebenarnya tahun ni giliran beraya di rumah saya dulu. Hihi..memang saya cuba terapkan amalan tu nak bagi adil dan saksama..makanya..cuti Nuzul Al-Quran tempoh hari saya pulang ke kampung keluarga suami..kesian pula..mesti dia rindu nak berbuka dengan Ma, We dan adik-adiknya. 


Bila balik Kelate ni, saya memang suka sangat makan kat luar..tapi tak selalunya dapat..bergantung pada keadaan...sebabnya kat sini macam-macam juadah yang sedap-sedap, beraneka jenis dan MURAH!!

Kalau balik, selalunya saya akan masak mengikut kehendak saya dan keluarga suami. Saya beruntung kerana adik-adik ipar saya sangat rajin dan pandai memasak. Saya banyak juga belajar masak lauk simple-mimple dari mak mertua..


Antara juadah yang sempat saya, mak mertua dan adik ipar buat ialah Mee Goreng Kuah, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak, Daging Goreng, Daging Gulung, Udang Masak Lemak,Coconut Shake, Bandung Lencong dan macam-macam lagi. Satu makanan kegemaran semasa puasa ialah Apom Pisang+Kurma+Jagung dan Ayam Bakar. Ya Allah..ayam bakar tu sedap betul lah. 

Ok..kalau cerita pasal makanan ..memang tak abis..tapi saya tak ambil gambar..sebab tak bawa camera..se lagi segan dengan mak mertua..hihi

Selain aktiviti makan-makan, saya suka pergi shopping kat sini..terutama beli tudung..hihi..ada la dalam 3 helai..tapi berbaloi sebab harganya murah walaupun fesyen terkini..ok meh tengok gambo-gambo ni





Sumber: Faradean's Experience

Thursday, August 26, 2010

Juadah Berbuka di Restoran Azira

Salam, 

Restoran Azira merupakan salah satu restoran terkenal di Shah Alam. Selain dari tu, dia punya masakannya pun sedap-sedap dan restorannya bersih. Setiap kalinya bulan puasa, saya tidak ketinggalan untuk membeli juada berbuka seperti kuih-muih, lauk-pauk dan pelbagai jenis minuman. Ok, saya kongsikan apa yang saya suka beli di sana ye..


 
kuih tako




Murtabak Daging




Pelbagai kuih muih


Pecal- my feverettt

Wednesday, August 25, 2010

Berbuka Puasa di Restoran Hakim

Salam, 

Bila dah masuk minggu ke-2 berpuasa, maka banyak dan kerap jugalah suami saya menerima jemputan berbuka di luar. Kalau ada rezeki, saya akan turut serta. Tapi selalunya tak..ye lah company punya kan. Semalam saya dan kawan-kawan suami berpuasa di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam. Menu utamanya ialah Roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori. Selain tu ada juga hidangan sampingan contohnya mee goreng dan kuih muih.


Apa saya nak kongsikan kat sini ialah, Roti Nan dan Ayam Tandoori yang sedap di sini. Macam-macam pilihan roti nannya..ada biasa ada cheese. Ayam tandoorinya pun lembut. Kalau tak percaya meh la cuba. Kat sini ada juga Three Layer Tea..sedapnya..segar tekak menghirupnya. Pelbagai pilihan minuman yang memang sedaplah diminum. Semalam saya order sampai 3 gelas air..hihi..

Seronok sebenarnya berbuka puasa macam ni.Selain mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja, saya juga berpeluang berkenal-kenalan dengan isteri-isteri kawan suami saya. Selain tu, saya seronok melihat bos suami saya seorang berbangsa India, sama-sama menikmati juadah berbuka. Beliau pun peramah dan saya tengok amat mesra dengan staf-stafnya. Sebenarnya seorang lagi bos suami berbangsa Cina pun baik dan begitu mesra dan fasih berbahasa Melayu. Tapi semalam beliau tak turut serta kerana ada komitmen lain.Seronokkan!




Sumber: Faradean's Experienced

Tuesday, August 24, 2010

Vegetable Fritters

Salam, 

Saya saja je bagi nama omputeh..hehe..sebenarnya Cucur Sayur. Saya memang suka sangat makan cucur ni..sebab tu puasa-puasa pun saya tetap buat untuk salah satu juadah berbuka. Membuat cucur ni perlu juga kreativiti. Sebab kita boleh pelbagaikan menu dan adunan ni menjadi macam-macam cucur. Ini salah satu daripada variasi cucur..


Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1/2 ikat daun bawang
1/2 ikat daun sup
1 labu bawang merah/ holland di dadu
garam secukup rata
1 1/2 cawan air - tambahkan jika kental sangat tepungnya
Minyak sayur untuk menggoreng


Cara-cara
Campurkan adunan tepung, bawang, daun bawang, daun sup dan bawang merah/ holland. Gaulkan bersama garam hingga sebati. Kemudian, masukkan air. Kacau adunan hingga sebati. 
Panaskan minyak. Bila dah panas, sudukan ke dalam minyak dan goreng nipis-nipis hingga garing. 
Sedap dimakan bersama sos kesukaan anda.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Monday, August 23, 2010

Daging Singgang

Salam,

Kalau orang pantai timur, menu ni merupakan salah satu menu utama. Tapi selalunya orang akan masak menggunakan ikan tongkol atau ikan aye. Ada juga yang panggil lauk ni lauk 'anak menangis' sebab cara masakannya ringkas dan cepat. Kalau anak menangis pun sempat masak. Ok, ini merupakan menu sahur saya yang ringkas. Suami saya suka masak macam ni..hihi.


Bahan-bahan
250g daging lembu batang pinang yang sudah direbus
4 ulas bawang holland
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas di titik
1/2 inci halia
garam kasar secukupnya
2 keping asam keping

Cara-cara
Gunakan 3 senduk air rebusan daging dan tambahkan secawan air ke dalam periuk. Masukkan bawang-bawang holland, putih, lengkuas dan halia. Biarkan hingga mendidih. Masukkan daging dan kacau. Kemudian masukkan pula garam dan asam keping. Biarkan seketika hingga mendidih. Hidangkan dan makan bersama nasi.


Sunday, August 22, 2010

Buffet Ramadhan di Tropicana Golf and Country Club

Salam,

Malam tadi, saya berpeluang berbuka puasa di Tropicana Golf and Country Club di Kota Damansara bersama keluarga makcik saya iaitu Cik Rizan. Saya bertolak kira-kira pukul 5.30 petang..tapi sampai dekat-dekat nak azan Maghrib. Punyalah ramai orang..jalan jem..ish-ish tak sangka betul. Selalunya tak sampai 700 orang..tapi malam tadi hampir 2000 orang yang menikmati bufet di sini..boleh tahan! Disebabkan membuat tempahan agak lewat iaitu seminggu sebelumnya maka kami hanya dapat makan kat area Flag Pole je la..tapi lagi best sebab menghadap padang golf..


Kalau nak cerita pasal makanan, kat sini punyalah banyak pilihan. Sampai tak tahu nak makan apa. Mari saya senaraikan makanan yang ada ye. Antaranya kalau main Dishes- Nasi, daging salai cili api, sotong masak kunyit, rendang ayam, kupang, udang masak merah, udang masak kunyit, ayam, kambing, biri-biri, ikan bakar, spaghetti..ermm ada lagi tak ingat. Selain itu, nasi lemak, nasi ayam, mee rebus, yong tau fu, sate, ayam dan kambing BBQ, ketupat dan rendang, steamboat, char kuey tiaw, roti john, piza, roti canai, aneka bubur, aneka buah-buahan, aneka kuih tradisional, aneka kek dan puding dan aneka air panas dan sejuk. Teh tarik dia sedapp!! 

Tu yang saya ingat..ada lagi kot..tapi tak semualah saya dapat makan..maklumlah saiz perut ss je..heeheh..Tapi kemeriahannya memang dapat dirasai. Satu lagi yang saya nak share ialah Alhamdulillah, walaupun sibuk menikmati hidangan, tapi bila dah masuk waktu surau pun jadi meriah juga..Alhamdulillah. Cuma terawikh..heheh..sendiri mau ingat la..Bagi saya kepada pencinta makanan memang berbaloi-baloi dengan harga RM55++ dan kanak-kanak RM30++. Sesekali mencuba apa salahnya kan..
Sumber: Faradean's Experienced

Saturday, August 21, 2010

Berbuka di Rumah Ibu Bapa

Salam, 

Semalam saya berkesempatan berbuka di rumah mak ayah saya. Kesian mak dan adik-adik sebab balik kerja lambat sikit dan memasak untuk saya. Hehehe..Saya suka! Sebab boleh makan beramai-ramai dan berkumpul serta bercerita dan berceriti. Walaupun rumah mak ayah saya tu 7km jekk dari rumah saya..tapi disebabkan kesibukkan masing-masing (mak saya pun sibuk juga..ayah je yang dah pencen) seminggu tu ada la 2 kali dapat berjumpa. Hanya FB dan HP je yang boleh digunakan untuk bertanya khabar tiap-tiap hari.

 dessert buah-buahan

Walaupun adik-adik saya masak masakan ringkas, tapi saya suka dengan kombinasi lauk-pauk. Kalau dulu-dulu, masa kami sekolah-sekolah dulu, mak walaupun baru pulang dari kerja tetap memasak untuk berbuka sebagai penaik semangat untuk berpuasa. Antara menu kegemaran kami masa sekolah dulu ayam panggang dan ikan terubuk bakar. Ayah pula, akan memastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali kami akan solat terawikh di rumah. Dan peraturan paling ketat yang ayah buat ialah larangan menonton tv sepanjang Ramadhan! Seronokkan...heheh.

Ok..ini antara menu semalam...

 sayur masak lemak

sambal ikan bilis kaww punya!

ayam goreng kunyit

ikan kering Sabah


Kuih muih beli jek..

Sumber: Faradean's Experienced

Friday, August 20, 2010

Daging Kicap Karupulei

Salam, 

Menu berbuka paling saya suka iaitu Daging Kicap Karupulei. Kenapa karupulei, sebab ada daun kari. Senang je caranya..Sesuailah dengan tema Eat Little, Sleep Sound..


Bahan-bahan
250g daging lembu batang pinang-direbus
1 labu bawang holland
4 ulas bawang putih
1 tbsp cili giling
10 tbsp kicap manis
Garam secukup rasa
1 tbsp gula perang
2 batang daun kari

Cara-cara
Rebus daging hingga empuk.
Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga harum. Masukkan pula cili giling. Tumis hingga masak dan masukkan gula. Kemudian masukkan daging yang direbus. Kacau. Selepas itu, masukkan kicap dan sedikit air rebusan daging.Gaul hingga sebati. Tambahkan kicap kalau masih pucat warnanya. Masukkan garam dan daun kari hingga naik baunya.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Thursday, August 19, 2010

Mango and Chocolate Pudding

Salam, 

Kelmarin salah seorang bekas anak murid saya datang berjumpa saya untuk bertanya khabar. Anak murid saya ni memang sopan santun dan berbudi pekerti. Selain tu, setiap tahun beliau tak akan lupa mengSMS ucapan Hari Guru, Hari Raya dan Hari Lahir saya. Sebenarnya semua murid tingkatan 5 Wira 2006 merupakan salah satu kelas yang paling saya sayang dan ingat sepanjang 10 tahun jadi cikgu. Semua murid dalam kelas tu memang berdisiplin, berhemah, rajin dan menghormati ibu bapa dan guru. Saya doakan mereka akan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.


Murid saya ni datang membawa buah mangga. Buahnya manis dan cantik. Dah puas makan buahnya, jadi saya nak buat puding pulak lah..resepinya senang sangat...


Bahan-bahan
2 biji mangga- dipotong dadu (seeloknya mangga yang baru turun dari pokok-tak lembik)
4g agar-agar peket
1000ml air
400ml susu cair
5 tbsp gula putih
4 tbsp milo @ serbuk coklat - dilarutkan dengan air
1 tsp esen vanila


Cara-caranya
Jerang air bersama-sama agar-agar strand sehingga hancur. Jangan kacau, biarkan ia larut sendiri.
Potong dadu mangga. Kemudian, apabila agar-agar dah larut, perlahankan api dan masukkan susu cair, gula putih, esen vanila dan milo @ coklat. Gaul hingga sekata. Selepas itu, masukkan mangga dan kacau lagi. Untuk kesan dramatik, taburkan serbuk milo ke dalam adunan. Tutup api dan tuangkan ke acuan pilihan. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan ketika sejuk..


Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Wednesday, August 18, 2010

Sup Cendawan

Salam, 

Apa menu sahur pagi tadi? Saya kalau sahur suka yang ringkas dan panas. Saya jarang perangat (panaskan) masakan. Ntahlah..kadang-kadang kalau dah terbangun lewat tu memang kelam kabut. Menu ni memang biasa orang buat tapi ikut cara masing-masing. Dapat hirup sup ni makan dengan nasi panas dan sambal kicap..mesti hilang ngantuk punyaa!



Bahan-bahan
sepeket cendawan tiram-dibasuh bersih-bersih
1/2 biji lobak merah- dipotong panjang-panjang
1/2 biji bawang holland
3 ulas bawang putih-dititik
5 biji cili padi-dititik
2 tbsp rempah sup @ sup bunjut
1 tbsp lada hitam
5 biji tomato ceri
daun sup secukupnya
garam secukup rasa
1/2 periuk air

Cara-cara
Didihkan air bersama-sama dengan bawang holland, bawang putih, lobak merah dan cili padi. Masukkan rempah sup atau sup bunjut. Kacau seketika. Masukkan cendawan tiram. Biarkan hingga empuk. Kemudian masukkan lada hitam, garam, daun sup dan tomato ceri. Bila dah sebati tutup api dan hidangkan.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Tuesday, August 17, 2010

Daging Kunyit Bakar

Salam, 

Menu ringkas untuk berbuka puasa semalam. Sesuai bagi penggemar-penggemar daging. Sebenarnya hidangan yang nama lebih kurang ni kita boleh pelbagaikan. Sebagai contoh macam menu ni..senang sangat.


 Bahan-bahan
250g daging lembu batang pinang
2 inci kunyit hidup ditumbuk lumat
2 tbsp lada hitam yang dihancurkan
1 tbsp garam
2 sudu minyak jagung

Cara-caranya
Perapkan daging dengan semua bahan-bahan di atas selama 2 jam.
Panaskan kuali pemanggang. Titiskan sedikit minyak jagung.
Bakar daging hingga masak dan empuk.
Hidangkan. Boleh dicicah dengan sos kegemaran anda.


Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Monday, August 16, 2010

Juadah Berbuka di Restoran Hatini

Salam,

Semalam hari Ahad makanya kalau dah pi jalan-jalan merangkap jalan-jalan cari makan. Selalunya, kalau nak beli lauk-pauk siap, saya akan cari di Restoran Hatini atau Azira di Seksyen 10, Shah Alam. Di sini bukan sahaja lauk-pauknya banyak pilihan menu pantai timur, kuih-muih, dessertnya pun banyak juga. Dan sedap-sedap belaka. Sampai rambang mata juga nak pilih. Bak kata orang, one stop centre lah..semuanya ada. Selalunya, Restoran Hatini ni ada jual ayam golek. Ok, saya kongsikan apa yang saya beli untuk juadah berbuka..

 tepung pelita

ayam percik

nasi kerabu

 puteri mandi- ni saya beli kat kantin

Sumber: Faradean's Experienced
Related Posts with Thumbnails