Advertisement

Thursday, September 30, 2010

Mexican Jelly

Salam..

Besiaran kembali. Suka makan agar-agar atau jelly. Resepi ni main belasah je dan eksperimen sendiri. Heheh..saya buat untuk open house rumah mak hari tu. Namanya Mexico sebab macam bendera Mexico. Ada hijau dan merah. Bahan-bahannya pun senang sangat..


Bahan-bahan
1 bungkus agar-agar strips
1400ml air
5 sudu gula
2 tbsp susu sejat
1 tsp pewarna merah
1 tsp pewarna hijau
1 tin buah-buah koktel 


Cara-caranya
Masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
Pastikan agar-agar sudah mendidih baru kacau. Kemudian masukkan gula.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan dengan pewarna satu bahagian merah. Dan satu lagi dimasukkan pewarna hijau yang dimasukkan sedikit dengan susu sejat. Kacau hingga sebati. 
Masukkan adunan hijau kedalam acuan. Biarkan mengeras sedikit. 
Bila dah agak keras, masukkan buah-buahan koktel. Tekan sedikit buah koktel ke dalam agar-gar hijau supaya nampak tergantung. Kemudian buat sikit stroke atas agar-agar hijau dan tuang pula adunan merah. Biarkan hingga keras. 


Sumber: Faradean's Recipes

Wednesday, September 29, 2010

Rumah Terbuka En Kamal dan Cikgu Jai

Salam..

Raya lagi kan? Biasalah tu..selagi tak habis Syawal selagi tu lah orang akan buat rumah terbuka. Yelah sekarang ..kalau yang duduk bandar kalau tak buat open house susah juga nak kenal jiran. Betul tak? Selain tu ini jugalah salah satu caranya nak mengumpulkan adik-beradik, saudara mara dan sahabat handai disamping mengeratkan lagi tali-silaturrahim. Setuju?


ini antara pencuci mulutnya..


main dish - nasi minyak


sate ayam dan daging-dan trifle

meatball spaghetti


barisan makanan yang ada..


meh makan sekali

gambar-gambar kenangan

Tuesday, September 28, 2010

Seafood Galore Fried Kuey Tiow

Salam..
Suka makan kuey tiow? Resepi ni memang sesuai untuk orang-orang bujang yang nak cepat, ringkas dan berduet...bukan duit tau..berdua.. Resepi macam biasa..cuma ikut cara masing-masing. Bahan basah cuma udang dan kerang. Saya tak suka letak sotong, sebab berair..Harus diingat, jangan campur pula dengan ayam atau daging. Tak baik untuk kesihatan. Kalau laut dengan laut. Yang darat dengan yang darat. Nanti timbul pula konflik..dalam badan..hihi. Sebab kalau kita campurkan, tindakan biokimia yang merosakkan usus kita..bila selalu amalkan berlaku tu yang jadi tak elok tu...


Ok..Bahan-bahannya ialah

1 bungkus kuey tiow yang sudah dibasuh
200g udang basah
200g kerang-yang sudah direbus dan dikupas
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tiram
4 biji telur
taugeh
1/2 ikat daun kucai
1/2 ikat daun bawang
5 biji tomato ceri-dibelah 2
gula dan garam secukup rasa
bawang goreng untuk hiasan

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga harum.
Kemudian, masukkan cili giling..tumis cili hingga masak. 
Masukkan gula. Masukkan sos tiram.
Masukkan udang dan kerang. Gaul hingga sekata. 
Bila dah masak, masukkan kuey tiow. Gaul hingga mesra. Masukkan telur. Gaul dan biarkan seketika.
Selepas itu masukkan sos cili, tomato dan kicap.
Dan masukkan pula taugeh, daun bawang, daun kucai dan tomato ceri. Perasakan dengan garam.
Hiaskan dengan bawang goreng dan limau purut.

Monday, September 27, 2010

Berhari Raya di Rumah Cik Rizan

Salam..

Bertemu kembali,. Masih lagi dalam mood berhari raya. Mesti Sabtu dan Ahad tak masak kan? Sebab banyak jemputan ke rumah terbukakan? Malam Ahad tu makcik saya jemput kami makan-makan di rumahnya. Menu utamanya ialah Nasi Lemak. Oklah kan dah selau sangat makan rendang, ketupat..tak salah mencuba menu biasa-biasa ni..hihi..ok enjoy!


sedang enak menjamu selera..

budak-budak ni tak benda lain..nak main je kerejenya..hihi

perjumpaan adik-beradik ni..

Friday, September 24, 2010

Biskut Dahlia aka Semperit Opah

Salam, 

Alhamdulillah..dah balik umah dah ni..Yahooo!! 
Ok..saya nak cerita sikit pasal Biskut Semperit Opah saya. Kira Signature Dish opah la ni..Setiap kali Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha mesti Opah saya akan buat. Rasanya lemak-lemak manis dan macam ada rasa kekacang. Tapi Opah saya tak boh pun. Ingat masa kecik-kecik dulu selalu juga temankan Opah bakar biskut ni dengan Acik Pida. Sekarang Acik Pidalah yang banyak mewarisi kepakaran masak dari Opah.

 inilah biskut opah

Opah saya ni istimewa sangat. Sebab dia suka bercerita. Semua benda dia ingat. Kalau bercerita mesti ada stail..dialek Peghok..Dari masa dia kecil, Jepun datang Malaysia, Zaman penjajahan British, merdekanya Malaysia... sampailah sekarang. Selain tu cerita dongeng..cerita zaman sultan-sultan dulu-dulu..sang kelembai..macam-macam la. Kuat betul ingatan dia. Kalau opah saya ni ambil paper Sejarah..confirm dia dapat 100% ..hihi!

 yang dok tengah-tengah tu la opah saya

Tapi resepinya tak ingat saya rasa dia masukkan mentega, gula aising, tepung rose, sedikit vanilla, kuning telur, tepung jagung dan kastard dan ceri untuk menghias. Gaul semua rasanya..masukkan dalam piping tool dolu-dolu ..pastu bakar. Tau-tau je..dah siap and melts in your mouth..hihi. 

 ini la oven yang digunakan sejak saya kecil lagi

Sumber: Faradean's punya Opah.

Thursday, September 23, 2010

Makan-makan di Ilham

Salam..

Saya masih lagi ber'outstation'. Bila macam ni kan..terasa nak balik je..bukan apa..ermm..banyak kerja-kerja yang perlu disettlekan. Tapi kat sini saya sekadar berkongsi pengalaman di Ilham. Semalam ada sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Menunya pun menu raya ala Nogori. 


Satu yang menarik di dalam kursus ni ialah satu slot dari Micro***t Malaysia. Best juga apa yang diorang nak implement kat sekolah-sekolah ni. Tapi harapan saya agar Micro*** ni buat dulu training kat cikgu-cikgu sampai expert barulah diimplement ke sekolah seterusnya memberikan kemahiran ini yang boleh memberikan kebaikan dan impak ilmu yang mantap kepada murid-murid di Malaysia tak kira di bandar dan luar bandar.



Wednesday, September 22, 2010

Beraya di PNB Ilham, Port Dickson! Raya ke?

Salam..

Kembali bersiaran..Nak tau saya kat mana?? Huaawaaa!! Saya kena outstation! (Glamer skit bunyinya). Dapur sejuk kejung je kat umah tu..huhu. Tu yg tak sempat nak singgah dapur kawan-kawan. Kesian kat saya..orang tengah syok pi beraya dan beropen house lepas kerja..saya kena pulak pi outstation..nak buat macamana..saya yang menurut perintah..dah hujung-hujung tahun pulak kena pergi...alhamdulillah syllabus dah lama abis..cuma nak melatih tubikan anak-anak murid tu jekk.
 
Tapi sebelum nak pi outstation ni (sebenarnya kursus) banyaklah kerojeku...maklumlah cuti 2 minggu. Naik cuti dapat tahu pula esoknya kena pi outstation kan...so kenalah siapkan bekal untuk anak-anak murid. Bagi keroje la..fotostat itu ini..macam-macam perkara perlu disettle. Harap-harap deme2 tu buatlah kerja yang saya tinggalkan. Begitu juga untuk cik abang..bekalan baju..makanan dan lain-lain keperluan.
 
Ok..saya berkursus di PNB Ilham Resort, Port Dickson. Tempatnya bersebelahan dengan Tanjung Biru. Tempatnya cantik, selesa dan mendamaikan. Bilik saya menghadap laut....(yang 300m kehadapan). Sebenarnya kat sini berkonsepkan apartment juga. Dalam rumah ni ada 3 bilik...satu master bedroom (sesuai untuk sapa-sapa nak honeymoon), 2 lagi bilik yang ada 2 single bed. Bilik mandi pun 3. Meja makan, pantri, TV, video player, radio dan satu area tempat bersantai-santai dan balkoni yang luas dan bersih. Cantik betul senibina ala kemelayuan. Ok..sekarang saya nak kongsikan persekitaran Ilham ni..

Sumber: Faradean's Experienced

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Salam..

Apa khabar semua? Sihat? Saya setakat ni alhamdulillah..syukur.. Dah banyak hari dah tak update blog. Sebab dah start keroje kan? Oklah nak cerita pasal apa ye? Masak? Opps..dapur tak buka lagi..kenapa tak buka lagi..ada cerita disebaliknya..hehe. Entri kali ni adalah untuk memenuhi permintaan Kak Rose, so saya nak ceritalah apa yang saya beli di Rantau Panjang. Alhamdulillah..rezeki time nak raya ni..Kalau cik abang-abang dapat bonus mesti diorang nak beli gadjet-gadjet kan?? Kalau cik akak-akak nak beli apa ye??
 dah lama nak beli ni..

Ok..ada setengah orang tu  simpan dalam bank..baguihh betul! Tapi cik akak sorang ni (saya) suka beli pinggan mangkuk. Sebagai penghargaan dan kepuasan untuk diri sendiri..hihi. Masa time bujang..saya berazam nak kumpul set Pyre*, Visi**, Cornin* War* sebelum kahwin. Alhamdulillah..set periuk pyre* je yang dan..pastu bila dapat bonus..beli pulak set lain..set hidang-hidang..set pinggan mangkuk..tapi set Cornin* War* ni tak penahnya dapat beli ..sebab mahallllll..kalau open house asyik dok pinjam kat mak je..so kali ni barulah dapat peluang beli set yang lengkap.

ini hadiah untuk mak..

Bila dah beli periuk, pinggan mangkuk tu kenalah digunakan setiap hari. Jangan pulak simpan dan display je kat kabinet..rugi tau! Lainlah kalau koleksi queen ke antik ke..tu lain pulak ceriteranya. Tapi kat sini ada satu persoalan nak tanya kawan-kawan..kalau ada orang nak pinjam (selain mak kita) nak bagi tak?? Hihi..bolehlah bagi pendapat..

Selain itu, kalau guna ni confirm masakan jadi sedap..(betul tak cik abang??).
Dah tengok apa yang saya beli..itu je..yg murah maybe ada design lama (diorang ni pun pandai..design baru-baru mananya nak bagi mu.rah cenggini)..tapi cantik kan..hihi.sejak bujang terliuq nak beli tak terbeli-beli. Dan saya harap mak sukalah dengan hadiah harijadinya tu..boleh menambah koleksi pinggan mangkuk mak..hihihi.
Itulah ceritanya..sekian terima kasih.

Sumber: Faradean's Experienced

Sunday, September 19, 2010

Mee Kampung Pek

Salam, 

Alhamdulillah..saya dah balik semula ke Shah Alam. Esok nak keje..Apa?!? Kerja??!?!? Malasnya .. Maklumlah dah dekat 2 minggu cutikan..Oklah..saya sekadar nak berkongsi pengalaman makan di satu restoran yang kira popular juga di Kelantan. Iaitu Mee Kg. Pek. Kampung Pek ni terletak di Jalan Kuala Krai, Machang, Kelantan. Kalau guna GPS koordinatnya ialah X:102*12'44.3" Y:5*41'24.5".


Sebenarnya, restoran ni banyak cawangan. Antaranya di pusat bandar Machang, Ketereh dan Kota Bharu. Menu utamanya ialah mee. Antaranya mee goreng, mee kuah, mihun, kuey tiow dan ada juga nasi-nasi goreng. Minumannya pun sedap juga. 


Masa ni saya cuba mihun kuah, mee kuah dan kuey tiow kuah. Bila tengok meja sebelah makan mee goreng..ishh teringin pula. Tak pelah lain kali je..

Harganya, memang berpatutan. Cadangan saya, lagi best kalau restorannya buat mee kuningnya sendiri dan demokan depan pengunjung restoran. Betul tak? Ok..Kalau pergi ke Machang, jangan lupa singgah dan cuba ye..


Sumber: Faradean's Experienced

Friday, September 17, 2010

Shopping di Rantau Panjang, Kelantan dan RFC Restaurant

Salam..

Saya masih lagi bercuti..huhu. Semalam, mood suami baik..jadinya dia pun ajak la saya pergi ke Rantau Panjang. Tempat shopping tersohor kat sini la..heaven ko! (Untuk kaum hawa je la). Bertolak pukul 11.30 pagi..kat pukul 1 baru sampai..sebab banyak kereta..tapi sabar je la kan..once in a blue moon je ni (sebab cik abang kita baik moodnya). Jadi cik akak pun kena la baiikkk je kan..sabar je kan..


Untuk pengetahuan kawan-kawan..Rantau Panjang ni tempat bebas cukai. Tapi berhati-hati jangan beli lebe2 ha..nanti kena cukai gak 10% ..(:P) tapi kalau di compare2 dengan harga kat KL, SO** ke apa ke memang beza dalam 2-3 hatus. Oh lupa..apa saya beli..saya beli 1 dozen pinggan cap Co****e. Kalau kat tempat saya dalam 7 hatus..kat sini tak sampai 4 hatus. Pastu Corn*** War* satu set lengkap kat sini kurang singgit 5 hatus jekk..ok lah kan? Jadi moralnya..bawalah cash atau kad kredit banyak2..heheh..heaven betul!!!

Tapi yang tak berapa best..sebab panazz la..tu yang mengemo kan perasaan sesetengah kaum adam kan..bini nak jalan-jalan lagi tapi sebab tengok macam tu kena la kurangkan ke'excited'an bershopping..

Balik shopping, singgah rumah pak sedara kat Wakaf Che Yeh..mujur tak buka lagi..jadi tak de lah kami pergi berborong kat sana pulak..Lepas tu saya singgah makan kat RFC (Radix Fried Chicken). Ha ..ni salah satu restoran Ayam Goreng Halalan Toyyiban! 100% Halal! Restoran yang pertama kat Kedah. Sebab ada kat Kubang Kerian jadi saya ambil peluang untuk try makan di sini sahaja. Terasa seronok juga dapat makan produk muslim yang halal dan sedap..segar, organik dan halal.

Ingat nak makan n tapau ayam..sekali abishh daa! Tak pelah..tak de rezeki..kami cuma beli burger dia je..rasa SEDAP! Tapi satu je la..semoga pihak management ambil berat soal kebersihan..perlu di maintain sepanjang masa..bukan tak bersih ..bersih..cuma tak macam Mc* tu..n cermin, sinki dan lantai kat tpt basuh tgn pun kena la di polish agar lebih cantik dan ceria..Insyaallah..saya doakan RFC lebih berjaya dan membuka lebih banyak cawangan seantero dunia..Amin

Sumber: Faradean's Experienced

Wednesday, September 15, 2010

Mihun Goreng Putih di Tepian Pantai Tok Bali

Salam, 

Saya kat Kelantan..kalau kat sini aktiviti baraan ke sejarahan ke tak de sangat. Oleh sebab tak de aktiviti tu maka adik-adik ipar merancang pergi berkelah di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan. Jauhnya tak sampai 20km dari rumah mak mertua. Oleh sebab nak berpiknik..tugasan saya ialah memasak Mihun Goreng Putih. Sebenarnya ala-ala Mihun Goreng Singapore tu..yang sedap dimakan bersama sambal cili kicap dan keropok ikan. Gambarnya tak de..maklumlah saya segan pula nak ambik yo yo an ye kan..kat sini ada jual satar iaitu isi ikan yang digaul dengan kelapa dan dibungkus dengan daun pisang. Kemudian dibakar atas arang. Sambil-sambil makan tu, saya minum air kelapa..wuiisshhh..sedap betul!



adehhh..pedihnya mata adik ani!

Tuesday, September 14, 2010

Seronoknya Raya! - Rendang Tok Opah dan Raya Keempat di Kampung Sungai Rapat, Ipoh, Perak

Salam, 

Apa-apapun..saya nak merakamkan Takziah buat keluarga Allahyarhamah Syafiza Sulaiman, yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam akibat cancer..semoga keluarga arwah iaitu suami dan anak-anak tabah dan redha dengan pemergiaannya..Beliau merupakan salah seorang sahabat semasa sekolah menengah dulu. Dan beliau merupakan seorang yang begitu tabah, cekal dan bersungguh-sungguh dalam menghadapi sesuatu perkara. Al-Fatihah..


Ok..saya sambung balik ye..Opah saya janji nak masak rendang kan? Jadi sebelum saya balik ke Kelantan, Opah dan Acik Pida masak-masak dan hidangkan untuk makan tengahari. Rendang Tok Opah saya memang Istimewa..dagingnya tak liat dan rasa rendangnya sampai hari ni masih lagi terbayang-bayang. Lagi diperangat lagi sedap dan hitam warnanya. Opah saya masak atas kuali tembaga..sebab tu rasanya sedap dan tahan lama. 

Bahan-bahan (yang saya tahu la..)
Daging lembu batang pinang dipotong tebal-tebal
Santan pekat
Santan Cair
Kerisik
Lengkuas
Kunyit
Serai
Bawang Merah
Bawang Putih
Gula Merah
Garam

Cara-cara
Masukkan santan cair ke dalam kuali tembaga
Masukkan bawang merah dan putih yang dihiris serta kunyit, lengkuas dan serai yang di hiris-hiris
Kemudian masukkan daging biarkan mendidih. Masukkan pula kerisik, gaul dan kemudian masukkan santan pekat, gula merah dan perasakan dengan garam. Masak hingga daging empuk dan kering...(melalui observation ni)

Ini pulak, lauk kegemaran saya..telur puyuh..comelkan

Ok..saya kongsikan pula perjalanan saya dari Ipoh ke Pasir Puteh, Kelantan


Singgah makan di Restoran Bandariang, Gerik



Tasik Banding, Perak

Sumber: Opah Faradean

Monday, September 13, 2010

Seronoknya Raya! - Raya Ketiga di Kampung Sungai Rapat, Ipoh, Perak

Salam, 

Apa khabar semua? Banyak dapat duit raya? Heheh..dah tuo-tuo ni mana dapat ye tak? Tu la part paling tak best sekali..Ok..saya sekarang kat Ipoh, Perak. Kampung halaman ayah saya. Kat sini makanan paling popular ialah lemang dan rendang Tok. Opah saya ni memang pakar dalam membuat lemang dan rendang tok ni..tapi time kami sampai rendang dah abiss..ramei bebenor yang datang ghomah opahnye..Tapi opah kata, dia nak masak lagi..wOWW!! Bestnya! Selain tu, opah punya signature dish ialah biskut dahlia @ semperet, bsikut kismis dan kek victoria sandwich.

Kuih Bangkit

Time raya ni..kereje saya cuma makan biskut atau kuih tradisional sahaja..saya tak berapa gemo makan biskut moden ni..deme2 ni tahu bebenor yang saya suka sangat kuih semperit, biskut kismis, victoria sandwich dan rendang tok. Satu lagi ialah kuih bangkit. Ada dua versi kuih bangkit ni..satu yang putih..satu lagi yang coklat sikit..saya suka bebenor dengan yang putih tu..melts in your mouth! Ok moh saya tunjuk kemeriahan beraya di sini...

 ni on the way balik Ipoh

sampai-sampai je..Opah dan Acik Pida dan anak-anaknya siap hidangkan makan malam
Opah punya gulai sedap senggoti!

Raya-raya di rumah sanak saudara

 
ni semua pakcik dan makcik yang buat...pengusaha biskut raya, mee kuning dan nasi dagang berjaya di Kampung Sungai Rapat

Victoria Sandwich

Related Posts with Thumbnails