Advertisement

Sunday, October 31, 2010

Nasi Lemak Sri Pandan dan Sambal Tumis Ikan Bilis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tengah buat apa tu? Confirm semua tengah sibukkan? Macam-macam nak buat di hari cuti ni. Menu hari ni ialah Nasi Lemak Sri Pandan yang saya intai-intai dari dapur Kak Ayu dan Ika. Resepi asal ialah ilham Chef Hanieliza. Memang suka makan nasi lemak sendiri..sebab rasanya lain sikit dan yang penting tak mengantuk! Heheh..selalunya kalau masak nasi lemak ni, saya akan makan untuk sarapan, tengahari dan makan malam..hihihi..ekonomikan???


Suami kata, "Ishh nasi ni warna hijau?? ". Jangan takut cik..ni pewarna asli..tulen bangg...Dari esen daun pandan je. Sebab cik abang kita tak suka warna-warni ni..tu yang susah sikit nak buat resepi2 yang colorful..(alasan baikk lagi) Ok sebelum tu saya minta izin meng'copy' 'paste' resepi ni ye..minta izin Chef Hanieliza, Kak Ayu dan Ika ye..

Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)

Bahan-bahan
•1 kg beras AAA [basuh n toskan] - (Kak Ayu gunakan 5 cawan beras basmathi)>>Sama mcm kak ayu  dan Ika
•    4 cawan santan-(2cawan santan pekat +1 cawan santan cair)
•    10 helai daun pandan - dikisar
•    2 inci halia -dihiris
•    3 biji bawang merah -dimayang
•    garam secukup rasa
•    sedikit gula - sekiranya suka - saya tak letak
•    1 helai daun pandan - disimpul
•    Sedikit halba>>yg ni Ika tambah :D - saya pun tambah..kasi lebih aroma

Cara-caranya
1.    Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
2.    Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
3.    Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
4.    Bila sudah masak boleh hidangkan


Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis 
Ikan bilis dibasuh dan ditoskan
3 sudu besar cili giling
1 labu bawang holland - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil asam jawa
1 cawan air -tambahkan ikut suka kalau nak banyak kuahnya.
Minyak untuk menumis
Cara-caranya
Goreng ikan bilis secukupnya hingga garing. Angkat dan toskan. 
Tumiskan bawang holland dan putih hingga harum. Masukkan cili giling dan tumis hingga masak. Masukkan gula. Gaul hingga sekata. Masukkan 1 cawan air dan air asam jawa. Biarkan hingga pekat. Kemudian, bila dah mendidih dan pekat masukkan ikan bilis. Gaul dan angkat.

Hidangkan bersama timun, kacang tanah goreng dan telur rebus.

Friday, October 29, 2010

Dory Masak Kicap

Salam..
Sihat? Alhamdulillah..hari ni hari Jumaat. Esok hari untuk berlibur. Rehatkan minda dari kerja-kerja dan kerja. Tapi orang perempuan ..Sabtu tu dikira hari memulun mengemas rumah, membasuh dan melipat kain. Dan..memasak...(kalau cik abang baik..kita makan kat luar). Menu yang saya nak kongsikan ni pun menu ringkas dan menggunakan ikan kegemaran saya iaitu ikan dori.


Senang je..goreng dulu ikan dori tu. Kemudian, tumiskan bawang merah, putih, capsicum merah, hijau atau cili merah. Masukkan kicap, garam dan gula. gaul sebati dan masukkan ikan. Gaul hingga sekata. Hidangkan. BurrP! Alhamdulillah..kenyang..hihi

Thursday, October 28, 2010

Fried Bean Sprouts and Paprika Fried Fish

Salam..

Apa khabar kawan-kawan? Sihat..saya alhamdulillah..ringan sikit kepala bila kerja untuk event semalam dah selesai..Alhamdulillah. Ok, berbalik kepada kajian yang saya buat tempoh hari..hihi (mcm serius je), ialah melalui shoutbox dan blogwalking.  Selain tu kita boleh juga tahu sikit maklumat dari Live Traffic Feed. Itu je caranya. Blogwalking ni penting juga sebagai menghargai dan merapatkan lagi silaturrahim antara blogger..hihi..


Resepi yang saya nak kongsikan ni pun senang ..bak kata omputeh..simple present tense jekk. Suka makan taugeh ni sebab khasiatnya. Tapi sejak dengar gossip yang mengatakan taugeh ni dikench untuk segar..lamaaaa jugalah tak makan. Alhamdulillah, kat dengan rumah saya ada kedai Pak Aji. Kat situ ada jual taugeh keluaran muslim. Insyaallah selamat. Maka, makanlah balik taugeh ni. 

Bahan-bahan
2 cawan taugeh
1 cawan lobak merah
1/2 ikat daun kucai dan daun bawang
3 ulas bawang merah dan putih
3 biji cili merah
4 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula perang

Cara-caranya
Tumis bawang merah dan putih, masukkan cili merah. Kacau hingga sebati. Masukkan lobak merah. Kemudian masukkan pula daun bawang, kucai, taugeh dan kicap cair. Perasakan dengan gula. Gaul sekejap dan angkat. Hidangkan..


Menu sampingan ialah Ikan Goreng Paprika..
Senang jekk..gaulka ikan dengan kunyit, serbuk paprika dan garam. Goreng macam biasa... :D

Monday, October 25, 2010

Sardine Sandwich

Salam, 
Aik..sandwich ikan sardin jekk? Apalah menu macam ni pun nak tayang kat blog? Hihi..Menurut kajian Faradean..(hihi)..hampir 70% yang melawat blog ni ialah muda belia remaja..iaitu yang baru habis SPM atau yang masih menuntut di universiti atau kolej. Kalau ada lagi yang muda contohnya budak-budak sekolah lagi baik la..sebab kebanyakkan menu yang dikongsikan kat sini menu ringkas dan senang nak dibuat. Itulah objektif blog ni..(baguss tak alasan?). Kalau menu yang heavy2 tu...kalau masa dan kuderat ni ada memang nak buat..tapi misi tu masih dalam angan2 lagi..hihi..


Ok, semua tahu nak buat sandwich..saya cuma boleh makan sardin yang dalam tin ni dengan roti je.. cerewetkan?? Oleh sebab itu, memang saya tak penah la makan ikan sardin tin dengan nasi..kalau kena camping dulu pun makan nasi dengan telur. Eh lupa ..resepinya senang dikk nonnnn! Harap-harap adik-adik bolehla cuba di rumah ye..tak yah susahkan mak ..kesian mak pun penat juga..lagi2 kalau yang bekerja..betul tak mak2 semua??

Bahan-bahan
roti keping secukupnya
1 tin ikan sardin sedehana besar (selalunya ada 4 ketul ikan dalam tu)- buangkan sos yg dalam tin
2 sudu besar cili giling
4 biji bawang merah- dimayang
4 biji bawang putih- dimayang
gula dan garam secukupnya
1 sudu besar perahan jus lemon atau limau kasturi
Minyak zaitun - nak guna minyak lain pun boleh..


Bahan-bahan inti
timun *
tomato *
daun salad
mentega
*dihiris

Cara-caranya
Panaskan minyak...tumis bawang merah, putih hingga harum.
Masukkan cili giling..tumiskan hingga cili masak..masukkan gula..gaulkan hingga sebati
Kemudian, masukkan ikan sardin tanpa sos dalam tin ..hancurkan dan gaulkan dengan sebati.
Masukkan perahan jus lemon. Dan perasakan dengan gula dan garam. Bila dah masak..angkat.

Ambil 2 keping roti. Sapukan mentega. Sudukan sardin dan ratakan. lapiskan dengan daun salad, hirisan timun dan tomato. Potong 2. Hidangkan.

Sumber: Faradean's Recipes

Sunday, October 24, 2010

Puding Kastard Jagung

Salam...

Selamat berhujung minggu. Masak apa hari ni? Ini pencucu..opps..pencuci mulut yang paling saya suka dan gemari. Resepi asal dari KakYatt yang diskodeng dari dapur Kak Ummi. Resepi ni dah berbulan dok dalam myResepi.doc saya tapi baru je berkesempatan nak try. Emm..ok dan jadi saya try guna cara ni. Tak keras dan tak lembik sangat. Kak Ummi dan Kak Yatt..saya minta izin copypes ye...
Bahan:-
1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan jagung manis - saya guna 1 tin jenama Adabi
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dalam periuk/casserol dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api perlahan dan kacau hingga adunan pekat dan berkilat. Angkat dan tuangkan di dalam loyang kesukaan/acuan kecil2. Sejukkan.

Sumber : Kak Yatt

Saturday, October 23, 2010

Lemon and Honey Skuizz

Salam Sejahtera..

Dah makan? Meh kita minum air lemon. Tapi sebelum tu nak cerita sikit tentang kebaikan buah lemon ni. Orang kita jarang guna lemon kan? Mungkin sebab tak diwawarkan sangat atau..kalau saya sebab harganya mahal! Tapi kalau kita fikirkan tentang kebaikan dan khasiatnya..ermm tak kisahlah berapa hinggit sebiji pun sanggup dibeli (yee kee..)


Lemon ni sejenis Citrus yang berasal dari Asia. Menurut Mohana Sundari

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.
Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

gambar ni diambil dari health.slides.kaboose.com

Ok bahan-bahannya senang je..

2 inci buah lemon dipotong wedges untuk diperah jusnya
1 tbsp madu lebah
1/2 gelas air
kiub ais secukupnya

Cara-caranya
Perahkan lemon ke dalam air dan campurkan dengan madu. Kacau hingga sekata dan masukkan kiub ais. Hiaskan dengan hirisan lemon. Jemput minum...

Thursday, October 21, 2010

Mihun Goreng Putih

Salam,

Selamat sejahtera, bila dah nak masuk fasa akhir tahun ni, banyakkkkk lah kerja pengurusan cikgu tingkatan yang perlu dibereskan..huhu. Pastu..minggu depan dah nak final exam untuk kelas talaqi..tak hafal syair lagi..aduiii!!! Ok..relax..relax..Becakap pasal makan-makan ni..kalau ada makanan paling ringkas dan cepat itulah menjadi pilihan saya..hehhe. Sebab itulah saya buat menu ringkas ni..Mihun Goreng Putih.

Bahan-bahan
150g daging lembu- dipotong kecil2 dan direbus
1/2 bungkus mihun - direndam dalam air suam
1/2 biji lobak merah - dihiris mancis
1 cawan taugeh
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 tbsp lada hitam
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng 


Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan putih. Kemudian, masukkan daging yang direbus dan lobak merah. Selepas itu, masukkan pula mihun yang telah ditoskan. Gaul hingga rata. Masukkan sedikit air rebusan daging supaya lembut. Masukkan pula lada hitam dan taugeh. Kacau rata.

Tuesday, October 19, 2010

Mee Maggi Goreng Zaman Sekolah

Salam,

Masih ingat zaman sekolah dulu? Ini salah satu resepi yang selalu saya, adik-adik dan Cik Rizan buat masa cuti sekolah. Dulu kalau cuti sekolah suka sangat duduk kat kampung. Sebab boleh naik beskal satu kampung dan mandi dalam kolah..hihi..Resepinya sangatlah mudah..senang dan cepat!

Bahan-bahan
1 paket mee maggi
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 biji cili padi
1 biji telur
1 tbsp sos cili
1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Hancurkan sedikit mee maggi, buka dan asingkan perencahnya. 
Kemudian, bancuh perencah dengan air. Kacau hingga sebati. 
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan pula cili padi. Kemudian masukkan bancuhan perencah. Biarkan mendidih. Masukkan mee maggi. Gaulkan. 
Dengan kadar yang segera, masukkan sos cili, gaul. Akhir sekali masukkan telur. Gaul lagi. 
Hidangkan bersama-sama bawang goreng dan perahan limau.

Sumber: Faradean's recipes

Sunday, October 17, 2010

Cucur Udang Best WAN!

Salam sejahtera..

Pernah tengok siri Best WAN! di rangkaian AFC? Kalau tengok program tu kan..asyik terliur je ..sebab apa je yang Chef Wan masak mesti sedap. Dalam program ni juga Chef Wan memperkenalkan masakan popular dan sedap-sedap dari Malaysia dan bahan-bahan yang selalu digunakan dalam masakan. Selain tu, diceritakan juga bagaimana pertembungan budaya yang banyak mempengaruhi  cara masakan di Malaysia. Berinformasi sungguh program ni!


Pastukan..yang saya suka tengok ialah kuali tembaga Chef Wan yang diwarisi sejak turun temurun. Agak-agak saya dapat tak kuali tembaga Opah saya? Hehehe..kuali tembaga Arwah Nenek pulak dah kena curi drug addict..sebab Nenek letak kat luar umah..huhu..


Walaupun semua orang tahu macamana nak buat cucur, tapi kalau kita kreatif rasanya berbeza dengan resepi yang biasa dibuat. Bahan-bahan yang Chef Wan masukkan yang saya rasa agak luar biasa sikit ialah jagung manis dan kacang dal. Ermm rasanya memang sedap..cuma kuali cik akak ni tak dalam sangat ..dan sayang minyak nak goreng tenggelam..huhu..

Bahan-bahan

250g udang basah - dikupas kulit
4 cawan (metrik) tepung gandum
2 tbsp baking powder
1 tsp serbuk kunyit
1/2 cawan jagung manis - dalam tin
1/2 cawan kacang dal - direndam dan toskan
2 labu bawang merah - didadu
1/2 ikat daun kucai - dipotong 1 inci
2 biji cili hijau - di dadu
1 biji tomato - didadu
1 cawan taugeh
1 biji telur
garam secukup rasa
6 cawan air


Cara-caranya
Masukkan tepung gandum dan baking powder. Sebatikan. 
Kemudian, masukkan pula bawang merah, cili hijau, tomato, kucai, taugeh, kacang dal, jagung manis, serbuk kunyit dan udang. Gaulkan hingga sekata. Kemudian masukkan pula air secukupnya. Jangan cair sangat. Gaul sehingga sebati dan agak kental. Masukkan telur. Gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam. Biarkan adunan seketika. 
Goreng di dalam minyak yang banyak dan terendam. Goreng hingga keemasan dan toskan minyak menggunakan tisu dapur.

Sedap dimakan dengan sambal kacang atau sos cili.


Sumber: Chef Wan dari Best WAN!

Friday, October 15, 2010

Fried Dory in Breadcrumbs

Salam..

Aii..lewat petang baru sempat nak tengok blog terchenta ni..hihi (ada ke yang kesah??) Kalau ada ..terharuu betul saya! Heheh. Ok ni resepi simple untuk makan malam. Senang je. Sebab yang ada kat peti sejuk cuma ikan dori je..maka saya pun masak mana yang ada. Rasanya lama benar tak pi ke pasar.. huhu. Lagi satu sekarang ni senang je nak cari dried breadcrumbs ni..selalunya kat kedai bakeri..ada yang plain (putih) dan ada juga yang orange. Saya guna yang orange. Ok macam ni cara-caranya..


Bahan-bahan
fillet ikan dori - saiz agak panjang jadi dipotong 4
2 cawan breadcrumbs 
1 tbsp lada hitam
1 tbsp paprika
1 tbsp parsley flakes
1 tbsp perahan lemon
garam secukupnya
1 biji telur - dikocok dan digunakan untuk menyalut ikan dengan breadcrumbs
Minyak zaitun untuk menggoreng

Cara-caranya
Cuci fillet ikan dori bersih-bersih dan dipotong 4.
Lumurkan ikan dengan campuran paprika, parsley flakes, lada hitam, perahan lemon dan garam secukupnya. Biarkan seketika.
Salutkan ikan dengan telur.
Kemudian salutkan pula dengan breadcrumbs tadi. Balik-balikkan agar semua fillet tu tersalut dengan cantik.
Panaskan minyak.
Goreng fillet tadi hingga keemasan dan garing. Balik-balikkan agar sekata masaknya.
Hidangkan bersama sos lada hitam atau sos cili.

Thursday, October 14, 2010

Meatball Spaghetti

Salam..

Kembali bersiaran. Berkongsi resepi yang selalu adik saya buat. Saya rasa semua tahu macamana nak buat kan? Resepi sesuai untuk orang bujang atau yang baru nak belajar masak..heheeh. tak pe lama-lama nanti jadi teror. Meatball yang digunakan ialah jenama HPA. Rasanya sedap sangat la..dan tak muak. Selain tu, produk bumiputera. Kalau budget banyak memang bole boh berkilo-kilo meatball dalam periuk. Kalau ciput, boleh potong 2. 


Bahan-bahan
1kg bebola daging HPA
1 bungkus spaghetti
2 sudu besar cili giling
2 labu bawang holland
4 ulas bawang putih
200g cendawan butang- dihiris
2 tin pes tomato
Garam dan gula
Serbuk Oregano secukup rasa
Parsley flakes
Minyak zaitun untuk menggoreng


Cara-caranya
Goreng dulu bebola daging. Toskan.
Tumis bawang holland, bawang putih dengan minyak zaitun sehingga harum. Kemudian tumis cili giling hingga masak. Masukkan sedikit gula. 
Selepas itu, masukkan pes tomato. Gaul hingga sebati. Bila dah mendidih, masukkan cendawan butang dan bebola daging. 
Perasakan dengan oregano, parsley dan garam.

Untuk spaghetti, jerang air hingga mendidih. Masukkan spaghetti. rebus hingga mendidih. Angkat, toskan dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.

Hidangkan dengan taburan parsley flakes

Monday, October 11, 2010

Makan-makan Rakan sePanel

Assalamualaikum..

Ermm..makan-makan lagi ye? Ini merupakan makan-makan yang tak formal yang dibuat untuk kawan-kawan sepanel iaitu untuk kakak-kakak  dan anak-anak buah yang banyak membantu, memberi buah fikiran , sumbangsaran dan bekerjasama dengan saya. Kalau tak de diorang ni..mungkin projek-projek atau program-program tidak dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih daun keladi.


akak-akak

mak-mak orang..

PK tu..

antara yang sempat di snap gambarnya..

Bubur Nasi Lobak Merah Dan Serunding Daging Kelantan

Assalamualaikum..

Ini menu malam tadi. Ringkas dan berkhasiat. Nak tengok Dr Sheikh Muzaphar ngan Dr Halina punya pasal..hihi. Sebelum maghrib dah tanak nasi. Pastu Pukul 8 tepat dah hidang dan NGAPP!..heheh. Bersemangat jawa betul..oppss..waja. Senang je nak buatnya. Untuk lauknya saya makan dengan serunding daging yang memang sentiasa ada stok kat umah. Nak buat sendiri macam leceh je kan. Saya beli Cap Kak Nah. Memang sedap dan segar. Ok macam ni bahan-bahannya


Bahan-bahan
1 cawan beras - basuh dan toskan
1 liter atau lebih air
1 cawan lobak merah - parut
3 biji bawang merah India - dimayang dan digoreng
lada hitam secukup rasa
garam secukup rasa
parsley flakes

Hiasan/ Lauk tambahan
Serunding Daging Kelantan
Bawang goreng
Sambal Cili Kicap

Cara-caranya
Didihkan air dan masukkan beras ke dalam periuk. Kalau airnya kurang tambah lagi supaya jadi bubur.
Masukkan lobak merah yang sudah diparut, lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan hingga berasnya masak menjadi bubur ye puan2..hihi
Kemudian, bila dah mendidih dan nasi sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Sudukan bawang goreng, serunding daging dan taburkan parley flakes. Sedap dimakan dengan sambal cili kicap. Siap untuk dimakan.

Saturday, October 9, 2010

Sambutan Hari Raya Di Sekolah

Assalamualaikum..

Ini adalah entry yang tertangguh. Dah abis Syawal pun tapi nak juga masukkan entri ni..memang tak boleh jadi wartawan la saya ni..huhu. Ok, dalam sambutan Hari Raya tahun ni, Bidang Teknik dan Vokasional diamanahkan untuk menyediakan menu utama. Makanya saya secara tak langsung terlibat la juga. Ketua Chef kami ialah GKMPnya sendiri iaitu Pn Noredah dan pembantunya ialah Cikgu Hasrizal. Masak kat bilik masak sekolah..dan saya salute juga dengan Kak Nor sebab macam senang je dia masak rendang ayam, kuah kacang dan macam-macam lagi untuk kira-kira 150 orang. Ermm boleh buka katering la Kak Nor..

  kuah kacang in the process

Antara menu utamanya ialah Nasi Himpit, Rendang Ayam, Kuah Kacang, Nasi Lemak Sotong, Lontong, Lemang dan goreng-gorengan. Selain tu ada juga dessert dan buah-buahan sebagai pencuci mulut.



Ketua chef tengah check menu ..ok ke tak?

ini dia..makanannya..

Friday, October 8, 2010

Naughty Blueberry Cake

Salam, 

Kenapa namanya Naughty Blueberry Cake. Sebab..heheh..patutnya untuk dibuat muffin. Tapi sebab malas nak mengcupkan jadinya saya terus masukkan je dalam tin kek tu..hihi. Satu hari, saya pergi ke kedai bakeri. Tetiba ada bau harum menyusuk hidung..sedapnya bau...rupa-rupanya ada adunan premix muffin blueberry. 


Seronoknya menderhakakan resepi ni..mula-mula cuak juga...takut tak jadi..tapi rasanya lembut cuma tak mampat macam muffin. Saya rasa adunan yang sekilo tu ada tepung gandum, baking powder, gula, vanilla dan blueberry frozen. Cara-caranya keluarkan tepung. Kemudian masukkan air.  Pecahkan telur satu persatu-satu kemudian pukul telur dalam adunan tadi. Kacau hingga sebati. Minyak masukkan kemudian sekali. Kacau adunan hingga sebati. Masukkan adunan  ke dalam tin 9 inci.


Bakar selama 40 minit dalam 150* (ikut oven masing-masing). Bila dah masak, keluarkan dan tunggu sehingga sejuk. Taburkan gula icing. Sapukan blueberry filling atas kek. Kemudian hiasan dengan strawberi dan buah oren.

Bahan-bahan
1kg premix muffin blueberry
350 g telur - lebih kurang 7 biji
225ml air
280ml minyak jagung
1 botol blueberry filling

Hiasan
Gula icing
buah strawberi
buah oren


Thursday, October 7, 2010

Menerima Kunjungan Cupcakes Dreams

Salam,

Semalam menerima kunjungan blogger Cupcakes Dreams. Namanya Kak Nooral. Dia memang rajin buat cupcakes dan roti. Menu paling saya suka ialah Rendang Kerang..hihi. Seronoknya sebab bole makan-makan dan borak-borak. Cupcakes ni adalah pemberian Kak Nooral.


inilah Kak Nooral


Wednesday, October 6, 2010

Sup Ikan Daun Kesum

Salam..

Suka makan ikan? Ikan ni kalau buat sup kosong saya tak suka. Tapi kalau boh banyak bawang, bawang goreng, rempah dan daun sup..ermm hanyir dia hilang baru saya makan. Tapi kalau ikan stim memang PANTANG! Pantang nampak..sebab suka. Lagi2 kalau rasa masam-masam. Ok, resepi ni ilham suami saya. Senang je..ok macam ni..


Bahan-bahan
5 ekor Ikan selar atau 3 potong ikan merah
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ikat daun kesum
gula dan garam secukup rasa
1 bunjut rempah sup
1 tsp rempah sup
Air secukupnya

Cara-caranya
Masukkan bawang merah dan putih serta rempah sup ke dalam air
Rebus airnya sehingga mendidih
Masukkan pula ikan beserta sup bunjut
Kemudian masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam dan gula.

Hiaskan dengan bawang goreng dan sedap dimakan panazz2 dengan roti peranchis.

Sumber: Faradean's Recipes

Tuesday, October 5, 2010

Nasi Goreng Kunyit

Salam..

Saya kat mana ye..oo saya kat Int*l Electronic ni...buat apa?? Ada training la..Huwaa...!! Tak pe la..fikir yang positif je..Insyaallah bertambah2 ilmu didada..huhu..maklumlah..sekarang ni nak baca buku ilmiah pun macamm malas..kalau komik ke majalah masak2 ke tak pe pulak..nampak sangat otak ni dah separa tepu..(bukan tipu tauu). Ok ..nak kata jauh..tak juga..tapi bapakkk punya jem. Macamanalah orang yang hari2 commute pi kerja kat sini ye..huhu. 


Ok..dah abis kena soal tadi..ni lah masanya mengupdate bahan..sambil menyelam minum air..otak ni boleh buat 2-3 channel..hihi. Resepi hari ni sangat simple dan mudah. Iaitu Nasi Goreng Kunyit. Ini suami sayalah yang suka benor makan. Dan dialah yang paling rajin skali nak buat terutamanya bila cik akak fening2..


Bahan-bahan
3 cawan nasi semalam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tbsp cili giling
1 genggam bilis goreng
1 inci kunyit hidup
garam dan gula secukup rasa
untuk sayuran boleh guna kacang panjang yang dipotong kecil-kecil
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Panaskan minyak
Tumbuk bawng merah dan putih
Tumiskan bawang merah dan putih
Bila dah berbau harum, tumiskan pula cili giling. Tumis hingga cili masak.
Masukkan gula dan kunyit. Kacau hingga sebati.
Masukkan sayur-sayuran. Kacau lagi.
Kemudian masukkan pula nasi. Gaul hingga sebati. Masukkan pula bilis goreng. Perasakan dengan garam.

Senangkan????

Sumber: Faradean's Recipes

Monday, October 4, 2010

Puding Susu Koktel

Salam, 

Rasanya mesti ramai yang tahu macamana nak buat puding ni kan? Tapi saya ada cerita disebaliknya. Bila saya buat puding ni, mesti terkenang zaman saya kat Skudai dulu. Lepas SPM, saya merantau ke negeri Johor. Masa tu tahun 1997. First time duduk negeri orang mesti rasa macam tak best. Dah la sedara mara langsung tak de kat sini. Tapi lama-lama, saya seronok sebab kawan-kawan saya kat sini best2. Kawan2 baik saya masa kat Skudai ramainya dari Terengganu dan sorang dr  Batu Pahat dan sorang Kelantan. Senior2 plak..ada brape org ekk..4-5 semua Johor . Susah senang masa tu kami je yang tahu..huhu.


Pasal puding ni..sebenarnya tak de sapa pun yang ajar. Tapi melalui observation dan pengalaman. Betullah..pengalaman tu adalah guru terbaik dalam kehidupan. Masa mula-mula buat, adakalanya tak menjadi. Tapi jangan putus asa..usaha tangga kejayan..heheh..akhirnya..bolehlah..Setiap kali adakan jamuan makan mesti saya nak buat puding ni..sebab ada sentimental value..huhu.


Bahan-bahan
1 paket agar-agar strand (tali)
1 tin buah-buahan koktel (ditapis airnya)
1 tin susu sejat
5 sudu besar gula pasir
1000ml air

Cara-caranya
Jerang air dalam periuk. Kemudian masukkan pula agar-agar. Jangan kacau hingga biarkan sehingga mendidih.
Bila dah mendidih, kacau dan pastikan agar-agar tu telah hancur. 
Masukkan gula..kacau.
Perlahankan api, masukkan pula susu sejat. Kacau dan masukkan pula buah-buahan koktel (saya susun buah-buahan tu dulu)
Kacau lagi.
Kemudian..masukkan ke dalam mangkuk dessert kegemaran anda. Biarkan sehingga mengeras dan sedap dimakan ketika sejuk.


Sumber: Faradean's Experienced

Saturday, October 2, 2010

Rumah Terbuka Cik Wan dan Cik Fara

Salam, 

Kembali bersiaran. Raya lagi..ishh..kat tv pun masih lagi beraya kan..hehehe. Alhamdulillah..selesai  sudah mengopen housekan rumah untuk para sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Selalunya ada tiga peringkat..pkul 2-4 untuk kengkawan saya, kemudian pukul 6-7, kengkawan suami pulak..lepas maghrib dalam pukul 8.15 ke untuk sanak saudara dan jiran terdekat. 

jemputlah makan

Menu utama saya setiap tahun ialah nasi dagang ikan tongkol dan gulai ayam. Sebab tu setiaap tahun ramai yang ternanti-nanti nak makan nasi dagang tu..hihi.. Gembira rasanya melihat orang makan hingga kenyang. Selain nasi dagang, ada menu spaghetti bolognese yang adik saya masak, sate ayam dan daging, ketupat, mee kicap pattani yang di'sponsor' kak zubaidah (terima kasih banyak kak!). Dessertnya pula macam biasa triffle dan pudding cocktail. Teh tarik ? Ada juga..tu adik saya yang tolong buat juga..hihi.. 

 nasi dagang ikan tongkol dan gulai ayam

Terima kasih banyak kat mak sebab tolong saya di awal program. Pastu suami pun sama..kesian juga dia tunggu orang sate tak kunjung tiba. Dalam pukul 7 ,pembantu setia saya datang (adik-adik saya) yang tolong sampai kat pukul 12. Kesian juga diorang esok ada family day kat sekolah dia. Pastu ayah pula yang sibuk tolong layan tetamu. Kepada tetamu yang sudi hadir terima kasih dan maaflah kalau ada yang kurang. Zassss..

sate ayam dan daging serta ketupat

spaghetti bolognese

dessert

tuan rumah

pembantu tuan rumah (adik saya)

antara tetamu yang hadir...

adik bongsu cik fara..orang dah balik baru sampai..busy..

Sumber: Faradean's Experienced
Related Posts with Thumbnails