Advertisement

Monday, January 31, 2011

Tag dari Sooyaree

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Eeee..tak tahu lah kenapa sibuk sangat hari ni. Penat cik akak tau! Tapi yang bestnya cik abang kata tak payah masak kita makan kat luar je...YAHOOO!!

Aksi orang eksen..tapi tak reti pun sebenarnya..haha

 Tak kisahlah labu..janji happy kan? Ok saya dapat kerja rumah. Kalau dapat homework, wajib buat..nanti cikgu marah..kena denda..malu!! Maka dengan gembiranya saya cuba menjawab semua soalan yang diberi ye..

 

TAG..25 random thing about me..

Dapat TAG lagi..kali ni dapat dari  dari Sooyaree So bila dah dapat TAG ni, suka juga jawab-jawab tag ni..haha..ini 25 perkara pasal saya..tak tak dikategorikan sebagai secret...yang secret2 tu tak nak lah share..isin!

 
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
Check it out! 

Serba sedikit mengenai diri ambe..
 
1) anak jati Shah Alam dan sulung

2) suka masak..terutamanya dessert...especially puding

3) tak suka lipat kain..kalau ada mesin atau robot melipat 
 kain, nescaya sayalah orang pertama akan beli..huahuahua..

4) suka kemas rumah , mop, lap habuk dan hias rumah..puas hati kalau nampak semua tersusun rapi

5) kalau susun barang ..kena susun cantik2..ikut perspektif..barisan mesti lurus dan label mesti sama letaknya..kalau tak..saya akan betulkan sehingga nampak perfect

6) suka makan..satu hari pi kantin lebih 2 kali..sebab asyik2 lapar..petang dah makan..malam lapar lagi..tengah malam lapar lagi..pagi lagi la lapar..huhu

7) suka tulis diary dan membaca tak kira keadaan sekeliling tu gelap atau terang..- tu mata jadi rabun tahap gaban!...haha..

8) suka melukis dan mereka bentuk- dulu nak jadi arkitek tapi lepas kat interview je..haha..maklumlah saya punya lukisan perspektif tak semantap macam budak-budak laki lain yang interview sama (saya sorang je pompuan masa tu)

9) cintakan fotografi..suka ambil gambar dan kamera..asal ada yang menarik mesti nak ambil....gaji pertama terus beli kamera..haha...sekarang ni bersyukur sebab cik abang memahami hobi saya yang sukakan kamera DSLR..rajin juga cik abang tukar2kan lense dan beli lense ikut kesesuaian gambar yang nak saya ambil.


10) hadiah paling saya sayang ialah iphone pemberian cik abang..tahun 2008..tak guna pakej..susah betul nak cari masa tu....alhamdulillah..suka sangat...

11) kamera antara gadjet yang paling saya sayang..walaupun bukan saya punya...cik abang punya..haha..tapi selalu saya yang lebih-lebih guna..haha

12) suka simpan surat..email..kad..dan hadiah..

13) suka edit gambar..

14) suka melancong..tak kiralah ada duit ke tak..kalau nak pi satu tempat tu mesti nak  pergi juga..setiap tempat yang saya pergi wajib beli fridge magnet sbg kenangan


15) suka beli tudung dan kasut...macam2 fesyen..kadang-kadang warna tu dah ada dah. pun..pastu warna kasut mesti sedondon ngan baju..emm ntahle bilalah nak insaf..hahah..

16) alhamdulillah ..cita-cita nak masuk UTM termakbul...masa sekolah menengah dulu dari F1 sampai F5  tiap2 hari berdoa nak masuk UTM dan bertemu jodoh di sana..hihi

17) ahli WWF...bukan wrestling..tapi World Wildlife Fund..sebab tu sensitif sangat pasal isu alam sekitar!! 


18) suka beli buku..tak kisah pasal harga..asal menarik..terutamanya pasal bibliografi...

19) peminat mati keras KURT COBAIN...susah nak cari pengganti insan kreatif dan kritis macam dia..huhu..dulu..asal ada gambar dia beli..dan siap simpan kat album..huhu -walaupun ramai yg kata dia ni negatif ..saya ambil yang positif je..Insyaallah..


20) penyimpan koleksi album Nirvana...sampai sekarang layan lagi lagu2nya.. - cik abang pun sama..emm kebetulan jumpa orang yang die hard fan of Nirvana...haha

21) peminat mati keras Butterfingers, OAG, Blur, Alanis Morrisette dan Beattle - semua album diorang ni saya ada..sayangggg betull..sekarang ..dah bertambah umur ni kena slow sikit..Alhamdulillah

22) dah umur macam ni ..tak boleh dah dengar Hitz FM..masa sekolah-sekolah n blaja je layan..sekarang layan lagu Yuna dan peminat setia Sinar FM Muzik Retro Terbaik!!

23) berkemahiran dalam bidang ICT, design dan teknologi

24) tak kisah dengan harga makanan..mak kata jangan berkira pasal makan..so..kalau sebiji kek tu harga RM15.00 pun asal sedap saya terus je beli..huhu..

25) walau dah umur macam ni..mak ayah saya tetap anggap saya ni macam 'little girl' ..huhu

~ semua ni untuk suka-suka~


Opps...seterusnya kena tag orang lain..kawan-kawan yang sudi menjawab tag ni diharap dapatlah kita mengeratkan lagi ukhwah dan lebih mengenali antara satu sama lain..

6) Love
10) Atie

harap sudilah ye..Terima kasih

Saturday, January 29, 2011

Cucur Sayur Telur

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari liburan ni buat apa? Duduk di rumah atau pergi berjalan-jalan? Kita mulakan hari ini dengan resepi on the spot..iaitu Cucur Sayur Telur..hihi. Sedap juga rasanya..rasanya bila ada kobis yang digoreng kemudian garing ituu yang buat nikmat dimakan..haha. Oklah jangan buang masa..jemput makan!


Bahan-bahan
1/3 mangkuk lobak merah dipotong mancis*
1/3 mangkuk batang seleri dipotong nipis*
1/3 mangkus kobis dipotong nipis*
6 ulas bawang merah dimayang*
3 ulas bawang putih dimayang*
3 batang cili - dibuang biji dan dimayang*
1 biji telur dikocok*

3 cawan tepung gandum
1 1/2  cawan air - agak2 pun boleh..
secubit garam dan gula
minyak jagung untuk menggoreng


Cara-caranya
Campurkan semua bahan bertanda *. Kemudian dalam mangkuk lain, buat adunan tepung gandum dan bancuh dengan air dan ditambah dengan garam dan gula. Gaul hingga agak likat. Masukkan bahan bertanda * dan gaulkan hingga sebati.
Panaskan minyak..dan bila dah panas...sudukan ke dalam kuali dan goreng hingga keemasan. Hidangkan bersama sos pilihan.



Sumber: Faradean

Kisah Monthong Durian Chips dan Roti Canai Uncle K

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Lama tak bersiaran sebab sibuk. Ditambah pula dengan masalah line Internet yang tak berapa best! Nak blogwalking pun tak sempat. Cik abang kata kat hotel yang dia dok kat Bangkok..wi-finya laju macam bullet train..kalau download youtube tak payah tunggu dia mem'buffer.'.dan-dan tu juga boleh play video tu..wuishh!! Bestnya!!!

Ini kerepek durian yang sedap!

Pagi Sabtu ni saya memulakan hari yang indah dengan menghadiri seminar..huhu.. :P. Kemudian, tengahari balik rumah dan berehat sebentar sambil menikmati Milo panas dan Biskut Jacobs dan Monthong Durian Chips..sedap..apsal kat Malaysia tak buat chip macam ni ye..kan kita banyak durian. Chips atau kerepek durian ni memang sedaplah. Makan sampai tak hinggat!!

 
Kemudian lepas Zohor saya bersiap-siap menghadiri majlis perkahwinan sepupu cik abang iaitu Dr Faiza dan Dr Fikri di Seksyen 7, Shah Alam. Selamat Pengantinn Baru! Aktiviti seterusnya ialah singgah di Karnival Karangkraf. Seronok juga dapat membeli-belah buku-buku dan majalah-majalah kegemaran dengan potongan harga yang berpatutan. 


Lepas tu..saya pergi pula ke SACC Mall. Singgah makan di restoran kegemaran iaitu Uncle K. Saya suka makan roti canai manakala cik abang suka makan roti pisang..oh gembiraaanya!! 

Wednesday, January 26, 2011

Girls' Day Out @ Teapot Deli

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Ermm..saya sekarang jadi anak mak ayah..hihi. Terasa diri ini macam budak sekolah pula. Pergi sekolah adik hantar, balik adik ambil. Wuishh...best betul. Nak drive sendiri..mak kata kat area rumah kami tu sesak sangat dengan kereta. Sebab itulah saya terpaksa melantik adik saya menjadi supir..Alhamdulillah..adik saya tu tak banyak songel (ada makna tu..nanti kakak kasi upah ye..) hihi..

Interiornya yang memikat mata memandang dan ingin merasa

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya makan kat satu tempat yang saya suka. Boleh dikatakan sebulan tu..sekali dua mesti makan kat sini. Selalunya saya akan ke sini bersama mak dan adik-adik ataupun bersama Kak Nooral. Saya suka makanannya yang sedap dan enak..dan dekorasinya yang so English! Namanya Teapot Deli sebab kat sini banyak koleksi teko yang dilukis sendiri oleh tuan empunya kedai. Mula-mula dulu saya dengan Kak Nooral belajar melukis atas porcelain dengan beliau. Tapi saya dapat siap satu pinggan je. Hahah..

Makku
Selepas dari tu, boleh dikatakan Teapot Deli ni menjadi tempat lepak saya, mak dan adik-adik dan Kak Nooral untuk berborak-borak..haha..Menunya lebih kepada western food. Paling mak saya suka ialah Victoria Sandwich Cake. Teh aisnya bagi saya pun sedap..mild je rasanya...Semuanya sedap-sedap belaka! Oklah meh la kita try makan kat sini. Oh lupa ..ianya terletak di Tingkat 2, SACC Mall, Shah Alam.


Roti Jala


Lasagne

Chicken ...lupalah namanya

Butter Cake

Monday, January 24, 2011

Rachel Allen' s Carrot Cake

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Kehadapan kawan-kawanku yang disayangi. harap-harap sihatlah hendaknya. Tengah buat apa tu? Saya tengah depan laptop.  Ishh..macam tulis surat pula. Resepi ni saya pinjam dari Dr Inahar Ali atau lebih mesra dipanggil Kak Ina. Saya suka singgah blog beliau dan kagum macamana seorang doktor boleh bahagikan masa antara kerjaya dan alam dapur. Masakannya bukan calang-calang resepinya. Sebab itu, saya berazam sesibuk mana saya di tempat kerja, balik rumah saya akan cuba juga untuk memasak..(cheyy!!)..tapi hihi..adakalanya tidak berjaya :P. 


Kek ni hasil ilham Rachel Allen yang terkenal dengan program 'BAKE!' yang disiarkan di AFC Channel. Kek ni saya buat kelmarin. Buat Cik Abang bawa bekal ke Bangkok seminggu..hihi. Hajat dihati nak ikut, tapi saya kerja. Kalau cuti, Insyaallah boleh saya jumpa Ika..lama tak dengar khabarnya..Sebelum ni saya guna resepi lain. Sedap dan tidak berminyak. Oklah..jemput makan!


CARROT CAKE- rachel allen's

Ingredients
For the carrot cake
  • 140 ml vegetable oil, plus extra for greasing
  • 2 eggs
  • 200 g light brown sugar
  • 300 g grated carrots, (grated weight)
  • 100 g raisins
  • 75 g pecans or walnuts, chopped (optional)
  • 1/2 tin of pineapple chopped @ crushed(drained)- i added this
  • 180 g self-raising flour
  • 1 pinches salt
  • 1/2 tsp bicarbonate of soda
  • 1 tsp ground cinnamon
  • 1/2 tsp freshly grated nutmeg
  • 1/2 tsp mixed spice
For the orange cream cheese icing - Sy tak buat..hihi
  • 250 g cream cheese, chilled
  • 50 g butter, at room temperature
  • 1 tsp vanilla extract
  • 275 g icing sugar, sifted
  • 1 orange, zest only


Method

1. Preheat the oven to 150C/gas 2. Oil and line a 13 x 23cm loaf tin with greaseproof paper.

2. For the carrot cake: beat the eggs in a large bowl, then add the oil, brown sugar, grated carrot, raisins and chopped nuts.

3. Sift in the rest of the dry ingredients and bring the mixture together using a wooden or large metal spoon until well combined.

4. Pour the mixture into the prepared loaf tin, smooth the surface and bake in the oven for 1 hour 15 minutes, or until until a skewer inserted into the middle comes out clean.

5. Remove from the oven and allow the cake to cool in the tin for about five minutes before removing. Cool completely on a wire rack before serving.

6. For the icing: beat the cream cheese and butter together in a bowl until well combined. Add the vanilla extract, icing sugar and finely grated orange zest and mix until the icing is smooth and thick. Using a palette knife, spread the icing evenly over the cooled cake, dipping the knife into a bowl of hot water if the icing is hard to spread out. Cut into slices to serve.

Sumber : Dr Inahar Ali dan Rachel Allen

Saturday, January 22, 2011

Chicken Manchurian

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni hari Sabtu dan hari untuk berehat!Gembira betul dapat rehat hari Sabtu dan Ahad. Boleh melegakan fikiran yang kadang-kadang kusut sebab banyak berfikir..haha..kalau buat latihan Matematik tak pe gak..confirm dapat A+++ ..LOL! Emm..Sekarangnya terasa betul kelembapan Internet saya ni memuat naik dan memuat turun. Susah betul nak blogwalking..lambat loading..Oklah tak nak celoteh banyak-banyak ..panas tangan kena pad komputer ni. 


Resepi yang saya nak kongsikan ni ilham dari Mrs Love yang sangat baik hati.. dan ada juga saya baca dari dapur Izah yang kreatif tu. Cerita pasal Love ni, saya rasa mesti orangnya suka tersenyum..suka tengok anak-anaknya yang comel dan cerdik (besar nanti mesti gorgeous!). Love minta izin pinjamkan resepi yang sungguh yummy ni kat sini ye. Suami saya pun berkenan sungguh makan lauk ni dengan nasi beras siam panas-panas! Selera sungguh! Jemput makan!

CHICKEN MANCHURIAN by love2cook

Ingredients :~


(A)

700gm boneless & skinless chicken breasts ( sliced free form)
1 egg ~ beaten
2 tbsp cornstarch
2 tbsp all purpose flour
salt to taste
1/4 tsp coarse blackpepper
little water

(B)
for the sauce
4 garlic cloves ~ finely chopped
1 inch ginger ~ finely chopped
1 large onion ~ sliced
1 cup chicken broth
2 tbsp sweet soy sauce - I added another 2 tbsp
2 tbsp soy sauce
2 tbsp tomato puree (may sub with tomato ketchup) - I used tomato ketchup
2 tbsp chilli ketchup -
I added another 2 tbsp
1.5 tbsp cornstarch
1.5 tbsp water
chopped spring onions/ corriander leaves ~ for garnishing
cooking oil


Method :~ 


In a bowl, mix ingredients (A) and leave it to marinate for 15 minutes. Deep fry the chicken pieces in oil until golden brown. Drain on paper towel.

Heat up some oil, stir fry garlic, ginger and onion. Add chicken broth, sweet soy sauce, soy sauce, tomato puree and chilli sauce. Cook until sauce boils.
Mix cornstarch with water and add into the sauce. Let it thicken.
Put in the fried chicken pieces. Mix evenly. Garnish with some chopped spring onions or corriander leaves. Ready to serve. 



Sources : Love2cook

Friday, January 21, 2011

Ikan Goreng Sambal Hijau Tumis Belacan dan Kobis Tumis Caramelize

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 

Menu sempoi untuk makan malam. Ikan Goreng Sambal Hijau Tumis dengan Belacan. Lepas tu Kobis Tumis Caramelize (bawang tu digoreng hingga coklat tapi bukan gosong!). Sebelum makan kita mulakan dengan Bismillah dan buah oren...Jemput makan..



Wednesday, January 19, 2011

Jemput-jemput Ketam Kobis

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Selalu sangat copy paste resepi dari dapur Mbak Ayu ni. Tapi saya ambil resepi yang agak mudah la nak buat. Setakat ni belum lagi saya try yang tahap gaban. macam Mbak Ayu ni buat - tak berapa berseni kot tangan haku ni kott...hihi. Maklumlah..kadang-kadang bahannya tak de..Sedap juga buat jemput-jemput yang dicampur dengan nasi ni. Selalu kalau nasi lebih (leftover rice) ni asyik dibuat nasi goreng je..sekarang dah pintar sikit. Kalau tak buat jemput-jemput, saya buat apam..bijak dan ekonomi! Haha..Kak Hana pinjam resepi lagi ye..Meh la join saya makan..sedap tau makan panas2 n dah sejuk pun sedap lg (especially kalau dah lapar!) - cuma saya buat tak mulat2..agaknya ikut tuan punya badan kot..ahahaha


Bahan-bahan
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nasi + 1 cawan air - blend
  • setengah genggam ikan bilis (optional nak buh or tak sbb dah ada ketam)
  • 1/2 biji bawang besar kuning - hiris (hana blend skali dgn nasi)
  • 1/3 cawan kubis - dadu kecil/hiris halus
  • 5 batang crab stick - potong kecil
  • 1 biji kentang - potong dadu kecil (optional)
  • cili merah - cincang (optional)
  • sedikit air lagi untuk bancuh
  • garam
Cara-cara
  • Blend nasi dan 1 cawan air... Masukkan ke dalam mangkuk dan campur bahan2 lain.
  • Masukkan lagi air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di jemput.
  • Panaskan minyak. Jemputkan adunan sejemput demi sejemput ke dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
  • Hidangkan dengan sos atau sambal pilihan.
Sumber : hanamemories.blogspot.com

Tuesday, January 18, 2011

Ikan Keli Gulai Darat Dengan Daun Kesum

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Ini masakan kegemaran cik abang dan ini air tangan beliau juga. Saya ..hihi..kalau ikan keli saya surrender dulu. Ntahlah..takut! Tapi saya tengok, cik abang makan ni bukan main laju..maklumlah lauk dia sorang..kita makan lauk lain..sebab tak makan ikan keli..ntah bila nak belajar suka ikan ni..hihi..


Bahan-bahan
3 ekor ikan keli - dibasuh dengan asam jawa
500ml santan
7 tangkai cili kering*
7 biji bawang merah*
2cm kunyit*
2cm lengkuas*
1 tangkai daun kesum
1 sudu besar serbuk kari
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa - saya guna garam kasar




Cara-cara
Kisar bahan bertanda * dengan sedikit santan.
Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar. Masak di atas api perlahan
Masukkan asam gelugor dan garam secukup rasa.
Biarka mendidih dan kemudian masukkan ikan.
Apabila mendidih lagi masukkan daun kesum.
Biarkan seketika sebelum diangkat.

Sumber: Kompilasi Masakan Ikan Sungai

Monday, January 17, 2011

Award dari Deetha..

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Ya Allah..Deetha..terima kasihlah sudi bagi award ni kat saya..Hihi. Saya rasa banyak sebenarnya yang kreatif..Deetha ni kalau nak tahu blogger pertama yang pernah bagi saya award. Sebab, saya ni kawan blogger tak ramai..hihi...mungkin tak berapa peramah atau kadang-kadang entri saya biasa-biasa sahaja..hihi. Tapi saya enjoy berblog. Dan sangat menghargai sesiapa yang sudi bagi award..(maklumlah jarang dapat..ahakss). Deetha..kesuwon okeh2 (betul x grammar ni ye)..



:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL
yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM
bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO
bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang (calonnya 6) yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

forward award: 

Blogger yang saya rasa kreatif ialah : 
Kak Nooral ni salah seorang BFF saya..hihi. Beliau ni serba serbi kreatif..saya suka baca cara beliau menulis blog..bukan sahaja kreatif dlm masakan tapi kreatif dlm bidang penulisan..terutamanya blog

Emm..saya kagum dengan kek2 dan dessert2 yang beliau buat..foto2 yang beliau ambil pun sungguh mengkagumkan! teringin nak belajar cara shoot gambar dengan props yang sesuai..

Hihi..kalau baca blog cik mai ni..kalau tak gelak guling2 tak sah! 1st time baca..terus nak baca semua entri dalam blog cik mai ni..haha..memang menghiburkan dan kelakarama..teror betul dia mengengineerkan pemikiran saya sebagai pembaca setia blognya..hahah

Kalau nak hati tenang..saya suka singgah blog Kak Zaleha. Sebab kek-keknya sedap2 dan paling saya suka tengok apam dot2 nya..bilalah nak buat cantik macam tu..

Adik saya seorang ni pun kreatif juga..entri-entrinya memang informatif. Saya suka sangat baca dan tengok foto yang ada dalam blognya. Keep it up dik!

6) Love
Sebenarnya ..saya suka sangat dengan blog Love ni. Beruntung betul dapat berkenalan dengannya. . Selain kreatif memasak..Love ni juga pandai ambil gambar! Like a pro!

- Saya harap kawan-kawan sudilah ambil award ni ye -

Sunday, January 16, 2011

Kek Alunan Kasih...Mesra..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kek Alunan Kasih ni secantik namanya. Masa pertama kali tengok di blog Kak Zaleha iaitu seorang pakar dalam membuat kek fondant dan cupcakes..cantik-cantik keknya..(terima kasih Kak Leha, kongsi resepi kek yang menarik) dan resepi asal dari Pn Mastura Yasak, hati ni terus terpaut (hihi)..nak buat kek ni. Punyalah lama simpan resepi ni..baru semalam saya berkesempatan membuatnya. Maklumlah dah lama tak buat kek. Rindu nak bau haruman esen vanilla tu..haha..dan tak sabar nak merasmikan mixer yang cik abang baru belikan. Agaknya dia kesian dengan saya setelah kejadian nak buat Kek Puding Karamel tu tak jadi kek..jadi yang karamel tu je. Mungkin whisk yang saya gunakan tak sesuai untuk pukul putih telur secara manual. Dan tangan saya mungkin tak sekuat gaban..hahaha..Oklah..jemput makan..


Bahan-bahannya
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - ltk 250g butterpun boleh
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


Cara-cara:
1. Pukul planta dan gula smpai kembang...
2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
6. ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
7. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
8. Bakar lebih kurang 45min..150 Degree ikut oven masing2…


Nota:
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & merapatkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

Sumber : Pn Mastura Yasak dan Kak Zaleha 

Saturday, January 15, 2011

Daging Hitam Manis

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Selamat hari Sabtu..hari yang ditunggu-tunggu. Bukan apa, sebab boleh rehat. Tak payah keluar pukul 6.50 pagi dan balik 6.00 petang. Haha..sebab apa..sebab saya kena tunggu cik abang ambil dari tempat kerja dia. Saya masih cuti memandu kereta. Kereta saya manual. Jadi, bila kaki kena tekan clutch tu ..rasa ngeri plak kat bahagian abdomen saya. Maka..saya terpaksa rela tunggulah sampai ke petang. Jadi kalau tak de kelas tambahan atau tak de murid-murid yang nak buat kerja kursus dimakmal saya gunakan masa tu buat kerja-kerja pengurusan, menanda buku-buku latihan dan mereka bentuk apa yang perlu direka dan ditambahbaik (Cheh! macam rajin je bunyinya..LOL!).


Baiklah kawan-kawan. Resepi hari ni sebenarnya variasi daripada resepi asas Daging Masak Kicap. Cuma bahan-bahannya tu kadang-kadang saya ubahsuai dan tambah. Supaya setiap kali masak resepi ni rasanya terevolusi sedikit..haha. Daging yang saya guna ialah daging batang pinang. Saya tak rebus. Sebab nak cepat..dan malas nak basuh periuk..haha!


Bahan-bahan
250g daging batang pinang yang dipotong serong
1 labu bawang holland - dimayang
1 batang cili merah - dihiris
4 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*
2 tbsp cili giling
5 tbsp kicap pekat manis 
2 sudu air asam jawa
Garam secukup rasa
1 tbsp gula perang
1 cawan air
minyak masak secukupnya

Cara-caranya 
Kisar bahan-bahan bertanda * hingga hancur.
Masukkan minyak masak. Biarkan ianya panas dahulu.
Kemudian, tumis bahan yang sudah dikisar sehingga harum. Masukkan pula cili giling. Tumis hingga masak dan masukkan gula. Kemudian masukkan  bawang holland. Biarkan sehingga agak layu dan berkaramel. Masukkan daging. Kacau. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan kicap dan sedikit air .Gaul hingga sebati. Biarkan hingga airnya agak kering dan pekat Tambahkan kicap kalau masih pucat warnanya. Masukkan garam dan cili merah.Hidangkan..sedap dimakan dengan nasi beras siam yang panas!

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Thursday, January 13, 2011

Macaroni Tomato Soup

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Mesti semua dah kenyang..tengah lepak-lepak tengok tv atau main depan komputer. Saya tengah depan komputerlah ni sebab tu boleh nak update blog..LOL! Cik abang saya pula sedang berjuang dimedan bowling bersama rakan-rakan sekerja..huhu. Kalau sihat sejahtera..memang cik akak tak akan lepaskan peluang..rasa gatal je tangan nak baling pin bowling tu! Tapi takpelah..lain kali ..

 Menu yang hendak dikongsikan ialah menu sihat. Saya suka makan macaroni yang divariasikan. Rasanya masam-masam. Lemak-lemak.Emm..sedap-sedap..(huh! perasaan!) hahaha..oklah saya pinjam resepi dari food.com.

Ingredients:

Servings: 4

  • 1/2 lb ground beef- saya guna daging cincang
  • 1 onion, chopped
  • 1 (15 ounce) can diced stewed tomatoes
  • 1 (8 ounce) can tomato sauce
  • 1 cup elbow macaroni noodles
  • 1 teaspoon Worcestershire sauce
  • 1 teaspoon italian seasoning - saya guna thymes n parsley
  • 1/2 teaspoon brown sugar
  • 1 teaspoon salt
  • 1 cup water
  • 1 1/2 cups cheddar cheese, shredded- Saya tak letak..sbb tak de stok.

Directions:

Prep Time: 15 mins
Total Time: 45 mins
  1. 1 Sautee onions. Brown ground beef and drain.
  2. 2 Place onions and browned beef in a large stoup pot with lid. Add stewed tomatoes, tomato sauce, macaroni noodles, worcestershire sauce, Italian seasoning, brown sugar, salt and water.
  3. 3 Simmer on a low boil covered for 30 minutes until noodles are done.
  4. 4 Place in serving bowls and top with cheese. (Soup must be hot enough to melt cheese.).
  5. 5 Note: A can of diced tomatoes may be used, but the can with the label reading "stewed" is best. Also, noodles may be cooked, then added.
 
Sumber : http://www.food.com/recipe/macaroni-tomato-soup-395605

Tuesday, January 11, 2011

Ikan Singgang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kalau nak cepat masak dan cepat makan, saya cadangkan masak je singgang. Menu Anak Menangis..Cepat mudah. Sekejap je dah siap. Sedap dimakan panas-panas. Ini hasil air tangan cik abang. Suka sangat masak singgang..


Bahan-bahan
2 keping Ikan tongkol - dibasuh dengan air asam
2 inci lengkuas - dititik
1/2 biji bawang besar - dimayang
4 biji cili padi - diketuk
2-3 cawan air
garam kasar secukupnya - dihancurkan dahulu
2 keping asam keping

Cara-caranya

Rebus air dalam periuk. Masukkan bawang, cili, lengkuas. Biarkan hingga mendidih. Kemudian, masukkan ikan. Biarkan mendidih sekejap. Masukkan asam keping dan garam. Hidangkan...

Sunday, January 9, 2011

Ada apa di laman rumah saya?

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sekarang pukul 10.55 malam. Sambil tengok AJL..sebab nak tengok Yuna, Faizal Tahir dan A.P.I. Yuna dengan suara yang begitu mantap dan memang unik..sesuai. Faizal Tahir ..memang sedap betul dia nyanyi..haha..dan A.P.I, salah seorangnya tu namanya Loque yang unik..mengingatkan saya kepada zaman remaja. Masa tu saya memang peminat mati keras Butterfingers! Oklah..macam tak de kait mengaitkan? Tidak mengapalah..saya sedang belajar penulisan kreatif..haha.


Sebenarnya, saya masih lagi bercuti. Rindu nak memasak dan membakar..bukan rumah..kek dan kuih muih. Tapi belum mendapat lampu hijau dari ibu terchenta, beliau mahu saya berehat..kesian saya..huhu..bukan malas masak tau!Ok! Ok! Melalut lagi..sebenarnya saya nak berkongsi tanaman yang saya dan cik abang tanam di rumah. Kalau malas masak sayur, cik abang akan petik pegaga depan rumah. Kalau nak minum teh misai kucing, cik abang akan petik dan keringkan dan rebus...dan saya akan tambah sikit je gula. Kalau nak guna daun limau purut, cik abang petik je kat belakang rumah (macam eksyen je bunyinya). Sebenarnya hasrat besar saya dan cik abang ialah mahu melestarikan alam sekitar dengan menanam sendiri tanaman yang mudah ditanam.


Sebab sayang kepada alam sekitar, saya berkongsi kereta dengan cik abang dan tidak lupa membawa beg membeli belah sendiri setiap kali membeli belah pada hari Sabtu. Kalau difikir-fikirkan memang kita perlu risau dengan keadaan alam sekitar kita yang semakin hari semakin tenat. Saya anak jati Shah Alam memang terasa. Dulu Shah Alam merupakan sebuah bandar yang sunyi dan damai. Tak banyak kereta..tapi sekarang! Tapi memang susah kalau tak pandu kereta sendiri, sebab sistem pengangkutan masih lagi belum benar-benar efisien.

 bunga telang

Pastu, kalau kita tengok pelajar-pelajar IPTA or IPTS masing-masing berkereta...bayangkan kalau semua hanya berjalan kaki atau menggunakan basikal..mesti harmoni je. Tapi saya faham, dengan keadaan cuaca yang amat panas dan tiba-tiba hujan lebat..mana mungkin kita sanggup berjalan 15km ke kampus dengan hanya berjalan kaki. Tu belum fikir pasal keselamatan diri. Oh..ini semua pendapat cik akak yang selalu melihat dan merenungi kesesakan lalu lintas di Seksyen 7 Shah Alam.


 Berbalik kepada cerita tanaman yang ada dirumah saya..ada juga yang kurang menjadi. Contohnya roselle. kalau tumbuh pun kecil saja buahnya. Mungkin panas sangat Shah Alam ni. Kalau misai kucing membiak-biak sampai sukar dikawal (haha)..begitu juga pokok bunga telang. Tanam sebab berangan nak buat sendiri nasi kerabu biru..huh (in my dream!). Seronok sebenarnya..saya nak ikut macam Jamie Oliver atau Hugh Fearnley-Whittingstall yang tanam sendiri sayur-mayur dan pelbagai jenis herba. Harap-harap satu hari nanti saya berjaya melestarikan laman rumah saya dengan menanam sendiri lobak! Haha

  Tahniah Datuk Sharifah Aini..cantik dan elegan sungguh bertudung!

Thursday, January 6, 2011

Cupcakes Delectable by Su Yang Sungguh Comel!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kembali bersiaran. Lama benar tak update dan tidak menjenguk geng-geng blogger. Huhu..Insyaallah saya akan singgah nanti. Maklumlah sekolah baharu dibuka. Agak sibuk dengan kerja-kerja wajib. Tapi saya masih lagi bercuti untuk buat kerja-kerja surirumah sehingga ...emm..harap-harap tak sampailah sebulan..haha. Terima kasih kat Cik Abe Caye, sebab tugas-tugas memasak terpaksa dilakukan olehnya. Hihi..Insyaallah entri akan datang saya akan paparkan menu masakan air tangan Cik Abe.. Hihi. 


Hari ni saya nak cerita pasal Delectable by Su..Kak Noorallah yang kenalkan saya dengan kedai ni. Kalau pernah singgah ke kedai keknya yang terletak di Gardens Mid Valley..tengokkan kek-kek dan cupcakesnya cantik-cantik dan comel-comel. Geram dibuatnya. Kreatif dan teliti betul tuan empunya yang mesra dipanggil Su ni. Saya suka cuci mata tengok kat galerinya.

 cantik..
Kalau tengok design-design kek dan cupcakes di sini memang sangat berseni, teliti, kemas dan bersih. Kebanyakkan rekaannya diinspirasikan berdasarkan senibina arkitektur, fesyen, muzik dan sebagainya. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Su, bolehlah ke laman webnya http://delectable.com.my/.


 bilalah nak pandai buat design macam ni..huhu


Related Posts with Thumbnails