Advertisement

Sunday, February 27, 2011

Orange Moist Chocolate Cake

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah sekian lama berhibernasi..haha..hari ni barulah saya berkesempatan mengemaskini blog. Nak blogwalking pun tak sempat..langsung tak sempat!!! 24 jam tu macam 12 jam je rasanya.. :P.


Resepi kek ni saya pinjam dari Izah Daut yang rajin sangat ke dapur. Masaknnya juga selalu menggoda anak tekak untuk merasa..dan makan! Terima kasih ye Izah, sudi kongsikan resepi ni. Kek ni memang tak muak..sebab ada perasa oren di dalamnya. Keluarga saya suka dengan rasa kek ni. Makan sejuk-sejuk pun sedap..emm..jemputlah makan!


Sumber Resipi : Teratak Chetam Kek Coklat Kukus Zaiima Noor Masri dan Izah Daut
Bahan-Bahan:
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko - Izah guna serbuk koko Van Houten - me too
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur
    Izah tambah 3 sudu oren sunquick-kak Maz cuma 2 sudu - Saya tambah 3 sudu besar 


Cara- caranya

1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.


2.Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak.


3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . (kita bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C)-Izah dan saya ikut Maz




TOPPING COKLAT dari Noor Masri
Bahan-bahan:

  • 250 g coklat masakan } potong kecil2
  • 1 sudu besar majerin
  • 130 ml double cream atau whipping cream
  • sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional (Izah ganti dgn susu pekat)
Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler. Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

Tuesday, February 22, 2011

Mee Hokkien

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Bersiaran kembali. Apa khabar semua? Emm macam tak de idea je nak tulis. Mee ni sedap juga ..sebab ada udang. Cuma udang saya tak cukup pulak. Cukup-cukup untuk dibuat kuah. Oklah tanpa membuang masa saya kongsikan resepi yang saya pinjam dari Kak Hana. Kak ampun ye..asyik pinjam je resepi akak. Terima kasih ye kak..


source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *15 tangkai lada kering
  • *5 biji bawang merah
  • *2 biji bawang putih - bahan * blend
  • 1 mangkuk udang
  • mee kuning
  • bihun - xde stok, ltk mee kuning je
  • telur rebus
  • hirisan daging rebus
  • kangkung celur - hana xde ganti sawi je
  • taugeh
  • fishcake
  • bawang goreng
  • garam dan gula
  • air secukupnya

Cara-cara
  • Rebus udang. Kemudian kopek kulit dan juga buang kepala. Asingkan isinya. Blend kulit dan juga kepala udang hingga hancur kemudian tapis. Simpan sebentar stok udang.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan blend hingga pecah minyak. Masukkan garam dan juga gula sedikit. Ambil sesenduk kecil utk utk tumiskan dengan isi udang.
  • Masukkan air rebusan/stok udang tadi.(boleh masukkan air rebusan daging juga) dan masukkan lagi sedikit air. jgn byk sgt air nanti kurang rasa. didihkan.
  • Cara hidangan, letakkan mee kuning, bihun ke dalam mangkuk. Letak udang, kangkung, taugeh, fishcake dan telur. Curahkan kuah ke atasnya. Taburkan dengan bawang goreng.
  • Sedia untuk dinikmati.

Indahnya Alam Ciptaan Mu 1




Sunday, February 20, 2011

Banana Walnut Cake

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat berhujung minggu. Penatnya baru balik pasar. Tapi nak singgah sekejap update blog. Cik abang dah pesan sejam je tau!! Hahahhaap...Nampaknya tak sempat nak jenguk dapur kawan-kawan sambil menghayati kesedapan menu yang disediakan..huhu. Resepi ni kes nak abiskan pisang Lang tu cepat-cepat. Sebenarnya kek ni dah habis pun dimakan. Satu hari masa saya skodeng rumah Madam Sooyaree..nampak dia buat kek pisang. Maka saya pun cari-carilah resepi. Oh.. saya masih ada lagi 455+160 resepi kek dan pencuci mulut yang masih belum dicuba..hahha...itulah agaknya Cik Abang kadang-kadang perli saya...beli je buku resepi bukan main...tapi kalau buat kek..balik-balik kek yang sama..hihihi.


Bahan-bahan
2 biji pisang
2 biji telur
175 ml minyak sayuran
3 sudu besar susu segar
300g gula perang - boleh kurangkan kalau tak nak manis
150g tepung naik sendiri
1 sudu kecil gula cinnamon
1/2 cawan walnut - dicincang 



Cara-caranya
Panaskan oven dengan suhu 150*. lengserkan loaf tin dengan mentega atau minyak dan lapikkan dengan kertas serap minyak.
Lenyekkan pisang hingga penyek..dalam mangkuk besar. dan campurkan dengan walnut. Pukul telur dalam bekas lain hingga kembang. Masukkan minyak sayuran dan susu segar. Masuk pula gula perang. Gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam pisang yang sudah dilenyekkan. Kacau hingga sebati. Ayak tepung bersama dengan cinnamon sugar tadi dan kaupkan adunan. Masukkan kedalam loaf tin, taburkan sedikit walnut di atas adunan dan bakar selama 40-50 minit atau bila the skewer inserted in the centre comes out clean. Biarkan sejuk dahulu selama satu jam sebelum dihidangkan.


Sumber: 500 Cakes by Susannah Blake

Saturday, February 19, 2011

Garlic Bok Choy dan Ikan Bakar Tawar

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hihi..apsal saya gelak ek? Sebab hari ni ada Road Run kat sekolah. Patutnya huhu kan? Apa-apa je la..Lama betul tak update blog. Ada resepi tertunda-tunda. Apalah sibuk sangat minggu ni..ke saya yang tak pandai manage masa..emm..dah makan tengahari? Resepi paling cepat dan segera..sayur tu saya masaklah..Sayur ni..semua orang tahu buat kan?? Selalunya nampak je sayur tu macam sama ..tapi saya suka pelbagaikan kaedah memasaknya. kali ni tak guna minyak. 



Dan ikan bakar tu Cik Abang yang buat..ikut resepi dia..hihi. Alhamdulillah dapat ikan kembung yang masih segar. Jadi rasanya manis-manis gitu..tapi nama resepinya Ikan Bakar Tawar sebab tak boh apa-apa..basuh dan bakar terus...lagi sedap dibakar dengan daun pisang! Makan nasi seperiuk pun tak perasan! Oklah jemput makan!

Sedap dicicah sambal cili kicap
Resepi Garlic Bok Choy

Bahan-bahan
3 ikat sayur Bok Choy - direndam dengan garam dan dibilas bersih. 
10 ulas bawang putih - diketuk
2 sudu besar sos tiram


Cara-caranya
Panaskan seketika kuali. Masukkan sayur ke dalam kuali. Biarkan seketika. Masukkan bawang putih dan gaulkan rata. Kemudian baru masukkan sos tiram. Gaul hingga sebati.

Resepi Ikan Bakar Tawar

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembong - disiang dan dibersihkan
2 sudu minyak zaitun

Mak pesan..kalau suami masak jangan komplen..senyumm je..terima kasih cik abang!!
Cara-caranya
Panaskan grill pan. Titiskan minyak zaitun.
Letak ikan kembong. Biarkan hingga masak. Terbalikkan supaya kedua-dua belah ikan masak dibakar. Hidangkan / sedap dicicah sambal cili kicap atau kuah asam.

Sumber: Faradean

Wednesday, February 16, 2011

Tom Yam Udang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tomyam ni macam-macam versi dan resepi. Kali ni guna pes Usman Tomyam. rasanya ada rasa macam ada kacang tanah la..dan lain sikit. Masa memasak tu, cik abang siap pesan..jangan guna banyak-banyak. Sebab susah nanti nak cari..haha..Oklah jemput makan ye..


Bahan-bahan
12 ekor udang - dibersihkan dan ditoskan
2 sudu besar pes Usman Tomyam
1/2 inci lengkuas - diketuk
5 biji cili padi - diketuk
5 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang Holland- dimayang
3 batang serai - diketuk
2 kelopak besar kobis bunga - dipotong nipis-nipis
3 batang seleri - dipotong nipis-nipis
3 biji tomato
5 helai daun limau purut
1 biji limau nipis - diperah jusnya
3 sudu besar susu sejat
1 sudu besar sos ikan
gula secukup rasa
2 liter air


Cara-caranya
Rebus dulu udang dengan air untuk menerbitkan rasa manis udang. 
Kemudian, masukkan bawang Holland, bawang putih, cili padi, serai, lengkuas. Biarkan hingga mendidih. Masukkan pula pes tomyam. Gaul sebati. Masukkan pula batang seleri, kobis bunga dan daun limau purut. 
Selepas itu, masukkan sos ikan, gula dan susu sejat. Biarkan mendidih lagi. Perahkan jus limau nipis. Kacau..dan hidangkan.


Sumber: Faradean

Monday, February 14, 2011

Cengkodok Pisang Lestari dan Lang dan Salam Maulidur Rasul1432H

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Dah minum petang..petang ni cuma sempat buat cengkodok. Alhamdulillah dapat balik awal sikit dan tak delah bertembung dengan kesesakkan lalu lintas. Pisang yang kat rumah ni memang agak berkurun. Saya cuma suka makan pisang berangan. Kalau selain dari tu tak berapa nak makan..kecuali kalau dibuat cengkodok. Cuma kali ni saya campurkan dua jenis pisang. Pastu kalau goreng mesti nak sampai hitam..haha..orang kata hitam-hitam si tampuk manis..(betul ke?)


Pisang lang ni nama standard dia tak tahu..tapi mak kata arwah nenek suka buat kerepek pisang..arwah dulu pengusaha kerepek dan bahulu kecil-kecilan. Sekarangnya susah nak dapat pisang ni..sebab kampung mak banyak ketek - dalam bahasa jawa..dalam melayunya kera..haha..


Ooo..Selamat menyambut Maulid Rasul 1342H. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas Junjungan Besar Rasullullah SAW.  
"Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" dan  para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat." - dipinjam dari http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm

Bahan-bahan
5-6 biji pisang lestari
1 biji pisang lang
2-3 cawan tepung gandum
6 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Masukkan semua bahan kecuali minyak. Kacau dan sebatikan. Panaskan minyak. Jemput-jemputkan atau sudu-sudukan adunan ke dalam kuali. Goreng hingga agak hitam..jangan hangus pula!

Sunday, February 13, 2011

Chicken 65

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Makan apa hari ni? Hihi..satu lagi resepi yang saya pinjam dari Love iaitu resepi Chicken 65. Kat dapur Love ni banyak resepi ayam yang menarik!! Oo..macam ni kot ayam yang selalu-selalu dimakan bersama roti naan. Memang sedap. Dan kalau rajin pangganglah di dalam tempayan...mesti lagi umphh!!! 

Daun kari tu dengan batang-batang sekali den masukkan..haha

Selalunya saya akan cari resepi yang mudah-mudah je..hahah..tak pelah..nanti dah pandai sikit bolehlah saya cuba resepi yang mencabar pula. Cik Abang saya pun nampaknya macam suka sangat makan ayam resepi ni. Selalu-selalu susah sikit nak ajak dia makan ayam..haha.. Alhamdulillah..
Terima kasih Love sebab sudi berkongsi resepi yang sedap ni!


Bahan-bahan
5 -8 ketul ayam - Love guna boneless chicken breasts
2 sudu besar pes bawang putih dan halia
150 ml yogurt asli - saya guna perisa oren..itu je yang ada dalam stok
2-3 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa 
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil pewarna merah/ oren
2 batang daun kari
1 biji limau - ambil jusnya
2 biji bawang - dipotong dan digoreng - Love guna yang fresh
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Dalam mangkuk besar, campurkan ayam dengan pes bawang putih, halia, yogurt, serbuk cili, garam, cuka, pewarna merah dan daun kari. Perap lebih kurang 1 jam (saya perap 2 jam). 
Panaskan minyak, goreng ayam dalam minyak yang dalam..- deep-fry..bersama-sama dengan daun kari. Goreng hingga ayam masak. Toskan. 
Perahkan jus limau ke atas ayam dan hidangkan bersama taburan bawang goreng. 
Sedap dimakan bersama nasi atau roti naan.

Sumber : Love to Cook

Saturday, February 12, 2011

Keladi Goreng dan Sambal Tumis Hijau

Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Selamat hari Sabtu semua. Tengah buat apa tu? Rasanya dah dua hari tak dapat update blog. Macam tak ada masa nak menyelit-nyelit..haha..hari ni lepas buat sarapan..rasanya ada masa sebelum memulakan aktiviti masak untuk tengahari. Oklah, pagi ni saya sarapan ringkas je..iaitu Keladi Goreng yang dicicah dengan Sambal Tumis Hijau- sambal kegemaran saya. Cuma untuk kali ini saya blend saja. Tak sempat nak menumbuk menggunakan lesung. Sebenarnya lagi sedap kalau ditumbuk! 


Takpelah..asal baunya dan rasanya sama. Keladi ni mak yang bagi..sekarang macam susah je nak cari keladi. Kalau arwah datuk ada..confirm tiap-tiap minggu dapat makan pelbagai jenis ubi (ubi kayu, keledek dan keladi). Keladi ni cuma disalut dengan bancuhan tepung gandum..dan harum mewangi pula tu baunya..padahal saya tak letak pun pewangi..haha..agaknya tindakan bendalir yang keluar dari keladi bila dicampur tepung dan digoreng buatkan keladi goreng saya ni harum mewangi. Oklah jemputlah makan..

Bahan-bahan untuk keladi goreng
1 biji keladi - dibuang kulit, dipotong dan keladi itu direndam dahulu dalam 1/2 jam..cuci dan toskan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air - ikut selera masing-masing..asal tepung tu jangan cair sangat
2 tsp garam
1 tsp serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Bancuh tepung gandum dengan air. Kacau dan gaulkan tepung itu sehingga larut dengan air. Agak-agak bila masukkan air..jangan sampai bancuhan tu cair sangat.
Kemudian masukkan garam dan kunyit. Gaul hingga sekata. Masukkan keladi yang telah dibasuhkan dan ditoskan. Gaul dengan bancuhan tepung dan pastikan keladi tu tersalut dengan bancuhan tepung tadi.
Panaskan minyak..goreng keladi hingga garing dan rangup!


Bahan-bahan untuk Sambal Tumis Hijau
segenggam biji cili padi (lombok rawit)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
1 tsp garam kasar
2 tsp gula
1 dash Ajinomoto
Minyak


Cara-cara
Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam kasar hingga lumat. (Gunakan lesung batu). Kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang sudah lumat ke dalam kuali. Tumis hingga bau harum. Tambahkan gula dan ajinomoto. Bila dah agak sebati dan rasanya OK, angkat dan bolehlah dihidang.


Sumber: Faradean

Wednesday, February 9, 2011

Apam Beras Putih

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Apam Beras ni menjadi kegemaran saya dan keluarga. Untuk versi kali ni saya tak masukkan pewarna. Sebab mak saya kalau saya boh warna macam kurang nak makan. Bila tak boh warna ni cik abang pun lagi suka. Saya suka makan panas-panas. Sebab lagi lembut dan terasa keapamannya. Untuk adunan ni saya dapat berbijon-bijon..hahah..boleh bagi jiran tetangga... Resepi ni saya tekap mulat-mulat dari Kak Hana (terima kasih kak) yang dapurnya tu kerap diskodeng saya. Nasib tak de CCTV..haha..Oklah jemput makan!!


Sumber: cha myresipi.com
Ditekap bulat2 dari : Kak Hana

Bahan-bahan
•    2 cwn nasi
•    2 cwn tepung gandum
•    2 cwn tepung beras
•    1 cwn brown sugar
•    3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
•    2 1/2 cwn air
•    2 sudu kecil yis (mauripan)
•    kelapa parut dgn sedikit garam 


Cara-cara
1.    Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2.    Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3.    Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4.    Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5.    Perap selama 3 jam.
6.    Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7.    Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8.    Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9.    Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Tuesday, February 8, 2011

Sup Ayam Senang...

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah..demam dah pun pulih. Orang kata kalau demam kena hirup sup panas-panas. Maka menu utama sepanjang demam ialah sup. Saya suka buat sup secara merebus dahulu bahan-bahannya. Maka tak berminyaklah sup tu. Sedapnya makan sup masa demam ni badan cepat berpeluh. Itu yang baiknya makan sup. Baiklah meh kita hirup sup..


Bahan-bahan
5 ketul ayam yang dipotong kecil-kecil
1 labu bawang holland - dimayang
5 biji bawang putih- di mayang
5 biji cili padi
1 paket sup bunjut dan rempah ratus KSM
1/2 ikat daun sup - dipotong kecil-kecil
garam dan gula secukup rasa
1 tsp dashi
4 cawan air

bahan untuk bawang goreng
5 biji bawang India - dimayang


Cara-cara
Masukkan air ke dalam periuk bersama bawang holland, bawang putih dan cili padi. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bunjut dan masukkan separuh sahaja rempah ratus dalam paket sup KSM tu. Gaul. Dan biarkan mendidih aau hingga ayam empuk. 
Kemudian, perasakan dengan dashi, gula dan garam. Selepas itu, masukkan daun sup. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian tutup api dan hidangkan.

Untuk hiasan..
taburkan bawang goreng..gunakan bawang India sedap bawang ni manis dan sedap!


Sumber : Faradean

Saturday, February 5, 2011

Selamat Tahun Baharu Cina dan Selamat Bercuti

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Harap-harap tak terlewat hendak mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan Selamat Bercuti kepada semua !! Agak-agak ada tak yang tanya kenapa lama tak update blog?? Sebab tuan rumah kena demam panas!!! Tak lalu langsung makan dan lemah sangat!! Masyaallah!! Ujian besar betul buat saya nak cik abang. Dah tu kena pula balik ke Klate...jadinya sekarang ni saya dok melepek je kat bilik. Harap-harap ma tak marah saya asyik tidur je. Hari ni Alhamdulillah..kurang sikit. 


Sebenarnya tak berhajat pun nak update blog, tapi ada kerja yang perlu diuploadkan ke rakan untuk dibuat tindakan susulan. Terima kasih kepada pengunjung blog yang setia dan tak jemu-jemu menyinggah..Insyaallah saya akan update bila dah sihat. Ok..selamat bercuti!!

Tuesday, February 1, 2011

Ayam Goreng Tomyam

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Suka makan tomyam? Saya suka. Cuma kadang-kadang rasanya tak sehebat orang Siam buat. Mungkin pes yang saya gunakan kurang rasanya. Ok..untuk kali ini, resepi yang saya nak kongsikan ni saya masak kelmarin punya kelmarin. Tapi tak sempat nak post..gambar masih dalam kamera..tu yang payah sikit. Jadi hari ni cuti..maka sempatlah saya memuatnaikkan gambarnya di sini. Ohh..selamat bercuti!!


Pes tomyam yang saya gunakan jenama Usman. Cik abang beli di sana. Suka hati betul saya dapat pes ni. Baunya memang harum semerbak. Oh ya..Usman ni tuan punya restoran muslim Usman Tomyam yang terkenal di kota Bangkok. Di sana sukar juga nak cari makanan halal..tapi alhamdulillah..kalau nak rasa tomyam authenthic Thai Cuisine..singgahlah makan di sini. 


Ok jangan buang masa..jemput makan ye..

Bahan-bahan
1 sudu besar pes tomyam Usman - guna jenama lain pun ok
6 ketul ayam - dibersihkan dengan air beras - kemudian dilumur serbuk kunyit dan sedikit garam
1/2 labu bawang holland - dihiris
3 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
2-3 helai daun limau purut
secubit garam dan gula
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya
Gorengkan ayam hingga masak.
Kemudian kurangkan minyak goreng ayam.
Kita gunakan minyak yang sama untuk menumis. 
Masukkan bawang holland, merah dan putih. Tumis hingga harum. 
Kemudian masukkan pes tomyam..tumis hingga naik minyak.
Masukkan garam dan gula. Masukkan ayam. Gaulkan hingga sekata.
Masukkan daun limau purut..goreng hingga daun agak garing. 
Hidangkan

Sumber: Faradean
Related Posts with Thumbnails