Advertisement

Monday, March 25, 2013

Tidurlah Intan, Tidurlah Sayang

Tidurlah Intan
Tidurlah sayang
Cerita ibu kisahkan
Lagu ibu dendangkan

Puisi dah ibu baca
Teka-Teki dah ibu cuba
Lelapkan mata
Tidurlah sayang....

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bait-bait puisi tu saya ambil dari nukilan sidang editor buku yang paling saya suka baca di Zaman kanak-kanak.

Anda pernah tak baca buku Tidurlah Intan? Masa saya sekolah rendah dulu...dalam tahun 80-an buku ni kira popular macam buku Harry Porter...maksudnya semua orang akan ada...emm ye ke? Tak tahulah saya..sebab saya memang ada koleksi buku ini dari nombor 1-12..

Dulu...setiap tahun ayah dan mak akan bawa kami ke Changkat Pavillion...kat situlah Pesta Buku Antarabangsa dibuat. Kat situ juga pelbagai Ekspo pertanian dan macam2 jenis exhibition akan dibuat di situ. Saya tak pasti masih wujud ke tidak.

Buku ini memang menggamit nostalgia..di mana sifat cintakan buku telah tersemai dijiwa kami adik-beradik sejak kecil lagi. Seingat saya..kalau hadiah hari jadi dan peperiksaan mak ayah akan bagi kami buku sahaja. Selain buku cerita.. Ayah n mak ajar kami menggunakan atlas, ensiklopedia dan kamus...Alhamdulillah ...dengan didikan itu..pengetahuan am kami memang meluas. (Perasann--- untuk tujuan perkongsian ilmu..hihi). Sebab itu, rumah kami ada Perpustakaan ..bila saya ada rumah sendiri..saya wujudkan Perpustakaan di rumah. Rasa puas hati dan gembira bila dapat beli buku dan susun buku..hihi.. Kalau saya bad mood..saya sukaaaa pergi kedai buku. Relakss je..

Berbalik pada buku Tidurlah Intan ni..Buku ini ada cerita rakyat, cerita moden, puisi, pantun dan juga teka-teki. Antara cerita2 yang saya ingat sampai sekarang ialah Sang Lamri Yang Bijak, Rambutan Untuk Cikgu, Burung Cenderawasih dan macam2 lagi. Ceritanya sarat dengan nilai-nilai moral dan teladan.

Harapan saya...si Noura Fathnina akan ada sikap cintakan ilmu, buku dan rajin membaca macam ayahnya, atoknya, wannya dan umminya...hihi ( perasann)...







Monday, March 18, 2013

Program 5S

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Emm..agaknya si Noura ni tau kot Umminya jadi AJK Kitar Semula..

Sebenarnya saya kagum dengan Cikgu-Cikgu yang boleh uruskan kitar semula dengan jayanya. Maklumlah kalau tengok rumah kitar semula boleh terus kena migraine ( tengah pening Kerala ni).. Nak wawarkan tu tak de masalah..nak cari murid...emm mula-mula masalah...tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi nak jadi AJK.. Masalah..bukan...cabaran seterusnya ialah nak clearkan rumah tu...

Tapi, perlu kuatkan semangat sebab dah tanggungjawab dan fikir...siapa lagi nak buat kalau bukan kita..cuma perlu teamwork yang bagus dan komited serta tahu tanggungjawab masing-masing...

Sedikit coretan...snap peek ni Cik abang yang ambik..

Tajuk : Cara-cara yang betul untuk 5S.......









Friday, March 8, 2013

Khalifa Suites & Apartments dan Wakaf Che Yeh

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Minggu lepas saya terlibat dengan Benchmarking Visit ( cheyy). Kami semua menginap di Khalifa Suites and Apartment di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu berhadapan dengan Masjid Muhammadi. Saya membiayai sendiri penginapan sebab bawa cik abang dan Noura. Maklumlah si Noura is still breastfeeding. Tak sampai hati nak tinggalkan dia dan nak minta mak ayah jaga 3 hari, 2 malam. Kesian...tak pelah lagipun my todd jenis dah biasa jalan jauh..setakat ni Alhamdulillah ..dia jarang meragam.

Seronoknya menginap di sini. Bersih, kemas dan selesa. Lagi2 bilik saya menghadap Masjid Muhammadi...pagi2 sebelum subuh saya dah ready untuk prepare keperluan Noura dan Suami. Seronok dapat dengar bacaan Al-Quran sebelum azan Subuh. Terasa segar dan cepat bangun dari tidur..hihi..Harap cepat2lah siap masjid dekat rumah tu..

Hotel ni menyediakan makan pagi yang sedap! Tapi menu orang sinilah..seperti nasi dagang, nasi kerabu dan laksam. Lokasinya amat strategik. Turun je tangga...ke kanan terus ke bazaar ..ke belakang ada muzium kraftangan, restoran nasi ulam, Pasar Siti Khadijah dan Parkson. Sebenarnya ada lagi...tak ingat.

Ok...malam tu saya pergi ke Wakaf Che Yeh...Cik Abang pergi sana for the first time..Haha...tapi tak kemana2 sangat sebab si Noura tidur...penat sangat agaknya..atau mungkin Seronok naik bas..ok Sekian dulu.



Tuesday, March 5, 2013

Payang Serai

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sedikit mukadimah...semoga Allah melindungi Pasukan Keselamatan Negara...Amin

Oklah..saya saja nak berkongsi pengalaman makan Chinese and Thai Cuisine di Payang Serai, Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ni saya tak pernah pun tahu yang KB ada restoran ala-ala macam ni. Sehinggalah kami semua di bawa untuk Majlis Makan Malam bersama Datin Pengetua.

Alhamdulillah ...memang sedap..tom yam putihnya, ikan masak Nyonyanya, Buttered Prawn..emm apa lagi ye.. Ooo ada juga dihidangkan Murtabak Raja yang sememangnya sedap....tapi Saya tak sempat nak merasa semua..maklumlah sedikit busy...si kecil Noura pun ikut serta..Alhamdulillah dia tak banyak kerenah yang memalukan I..hihi

Lokasinya berhampiran dengan pusat bandar Kota Bharu. Emm...Jika anda mahukan makanan Thai yang sedap bolehlah cari di alamat PT 351 - 352, Jalan Dusun Raja, Kota Bharu
Ok..enjoy!





Related Posts with Thumbnails