Lemon and Honey Skuizz

Salam Sejahtera..

Dah makan? Meh kita minum air lemon. Tapi sebelum tu nak cerita sikit tentang kebaikan buah lemon ni. Orang kita jarang guna lemon kan? Mungkin sebab tak diwawarkan sangat atau..kalau saya sebab harganya mahal! Tapi kalau kita fikirkan tentang kebaikan dan khasiatnya..ermm tak kisahlah berapa hinggit sebiji pun sanggup dibeli (yee kee..)


Lemon ni sejenis Citrus yang berasal dari Asia. Menurut Mohana Sundari

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.
Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

gambar ni diambil dari health.slides.kaboose.com

Ok bahan-bahannya senang je..

2 inci buah lemon dipotong wedges untuk diperah jusnya
1 tbsp madu lebah
1/2 gelas air
kiub ais secukupnya

Cara-caranya
Perahkan lemon ke dalam air dan campurkan dengan madu. Kacau hingga sekata dan masukkan kiub ais. Hiaskan dengan hirisan lemon. Jemput minum...

Comments

  1. Lemon mmg byk khasiatnya. Sue pun mmg gemar dgn lemon..

    ReplyDelete
  2. sue> salam ..kita br suka guna lemon ni..hihi

    Cek chun> bagus2..amalkan setiap pagi! awet muda youu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts