Kuih Lapis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar semua? Masak apa hari ni. Hari ni saya nak cerita tentang zaman kanak-kanak hingga remaja saya. Saya bersyukur kerana mak ajar kami menghargai kuih-kuih tradisional. Semenjak dari kecil kami dihidangkan kuih-muih tradisional contohnya kuih seri muka, kuih lapis, bronok, kuih bingka ubi kayu, kuih bakar, bahulu, cucur udang, pelbagai lagi cucur, karipap, nagasari, kasuwi, kek gula hangus, abok-abok dan pelbagai jenis lepat. Macam-macamkan...
 

Itulah menu petang atau pagi kami sekeluarga. Mak walaupun bekerja tapi masih ada masa mengukus kuih di malam hari atau di kala petang. Agaknya beban guru pada masa itu tak sehebat sekarang..sigh.. Apa-apa pun saya amat-amat berterima kasih kat mak dan ayah sebab ajar kami makan dan menghargai kuih tradisional. Malangnya saya dan adik-adik tak begitu mahir dalam membuatnya..huhu!! Sejak mak kurang sihat ni..memang mak dah jarang buat kuih-muih ni..lagi-lagi sekarang ni start je enjin kereta dah boleh jumpa macam-macam jenis kuih kan? Sebab itulah saya berazam nak belajar juga buat kuih-muih tradisional ni sikit-sikit..yang senang-senang jekk..LOL!
 


Kuih Lapis Pelangi pada asalnya (tp saya punya tak pelangilah) ni saya skodeng dari dapur Kak Hana. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi melayan seribu macam pertanyaan saya yang kemahirannya tak berapa gaban tahapnya..LOL! Nak tanya mak atau ayah..nanti tak surprise pulakkan! Cerita lain yang ada kait mengait sehingga tercetusnya saya buat Kuih lapis ni ialah masa saya hantar kasuwi (belum jd blogger lg time ni) mak berbunyi macam ni
'Kak, kalau ko buat kuih lapis, mak nak warna putih dan merah je..'

Masa saya hantar Puding Pelangi, mak cakap lagi, 
'Kak, kalau ko buat kuih lapis, mak nak warna putih dan merah je..'

Setiap kali saya hantar juadah lain-lain, mak cakap lagi,
'Kak, kalau ko buat kuih lapis, mak nak warna putih dan merah je..'.....

Maksudnya apa tu ye kawan-kawan?? Maksudnya saya kenalah buat kuih lapis! LOL!

Tapi kuih lapis saya tak secantik Kak Hanieliza, Kak Ummi dan Kak Hana buatlah...rasanya je sama..LOL! (Perasan!)
 

Resepi asal dari Kak Chef Hanieliza yang saya copy and paste dari Kak Hana..tapi dari dapur Kak Ummi..Terima kasih kakak-kakak..

Bahan-bahan: (loyang bulat 7 inci)
• 2 cawan santan pekat - hana lebihkan 1/4cwn
• 1 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan gula pasir
• 2 sudu makan tepung beras
• 2 sudu makan tepung kastad - hana buh tpg jagung
• 1 sudu teh garam
• pewarna merah, hijau, kuning & ungu - ungu tadak!- Saya pakai merah jek

Cara Menyediakan
1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian.
2. Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
5. Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
7. Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali Ummi biarkan kukus selama 15 minit)

(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)

Sumber : Chef Hanieliza
               : Kak Ummi dan Kak Hana

Comments

Popular Posts