Asam Pedas Tenggiri Bunga Kantan yang Ringkas!
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Emm..susah mencari waktu untuk meng'update' blog kesayanganku ini. Kadang-kadang terlupa sudah..hari ni saya cuba masuk dan mengonlinekan diri. Sebenarnya sepanjang waktu online tapi masa untuk berblog tu bukanlah selalu...ada waktu-waktunya.. iaitu kalau free tak de kelas..dan fening tengok data..grafik dan penat otak mengupload dan menggodek...huhuhu....
Resepi ni memang tersangat ringkas! Selain senang...tak yah fening-fening kepala. Ceritanya..saya cari daun kesum tapi tak dapat..semua kedai saya cari dah sold out..maka masak cuma letak bunga kantan je la.
Bahan-bahan
2 keping ikan tenggiri
2 batang bunga kantan- dibelah 2
4 biji bawang merah- dikisar
4 sudu cili giling
1 sudu asam jawa- dilarutkan dengan air
300ml air - secukupnya
gula dan garam secukup rasa..
Cara-caranya
Tumis bawang merah hingga harum. Kemudian tumiskan bersama cili giling hingga masak. Masukkan gula. Gaul hingga sebati. Masukkan ikan...gaul berhati hati. jahn sampai ikan pecah! Masukkan air + air asam dan bunga kantan. Gaul dan biarkan hingga mendidih dan pekat. Perasakan dengan garam. Siap untuk dihidang.
Asam pedas lagi....idup asam pedas....he he...ape kenala kak cek ni....hari ni sume org dok masak asam pedas....fav kak cek ni Fara...emmm....asam pedas memang best...
ReplyDeletewah sedapnya asam pedas fara...suka hirup kuah tu...slurrrpp..memang best..hehe
ReplyDeletesuka dengan asam pedas!tapi selalunya asam rebus aje sbb anak2 akak suka yang rebus
ReplyDeleteCik Cek> Hihi suka ke? mmg suka dan senang..ahah..masam2 ni mmg kenalah ngan saya
ReplyDeleteNieza> bole2..jemput2..tapi bahan tak cukup..bedall je le
ReplyDeletechik mimi> suka juga yg rebus..kadang2 je buat yg tumis ni..apa2 pun jemput mkn
ReplyDelete