Advertisement

Wednesday, February 22, 2012

Majlis Tahnik dan Aqiqah Puteriku..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Kesyukuran dan Aqiqah anak saya yang telah diadakan pada 12 Februari 2012 di kediaman saya d Shah Alam. Majlis dimulakan pada pukul 11.30 pagi dengan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan diikuti dengan bertahnik. Ramai sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga yang hadir menambah seri dan kebahagian majlis.


Di sini saya nak kongsikan Cara-cara & perkara Sunat dalam Menyambut Kelahiran Bayi mengikut Islam yang saya baca dari blog Faizal.IITS dan beliau merujuk dari artikel artikel yang dipetik daripada buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman, Jasmin Enterprise.

Disunatkan mengucapkan tahniah
Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:
pg3b Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam
“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya
Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan
pg3c Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam
“ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau. 


Disunatkan azan dan Iqamah
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi
cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan
diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan
syaitan”

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang
alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.


Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.



Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”
Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).


Menamakan anak
Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.


Saya harap apa yang saya kongsian di sini memberi manfaat dan ilmu. Sekian jumpa lagi!

Friday, January 27, 2012

My Baby's Day Out

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Emm..first time bawa baby jalan-jalan..bukan apa...sebab ada beberapa urusan yang memaksa saya bawa baby bersama. Seronok memanglah seronok..dapat keluar makan-makan. Kadang-kadang tak sampai hati nak tinggalkan baby dengan wannya..yelah wan pun nak rehat-rehat juga.


Tapi bila bawa keluar..keadaan baby huru-hara sikit..nangis..meraung..breastfeed tak kira tempat..haha..sebab dah nangis, maka terpaksalah buka 'bekal'..aduihh..macamana nak train bagi baby berdisiplin bila duduk atas car seat dan stroller ye? Kena latih sebab tak lama lagi saya nak keluar bekerja..pagi-pagi baby dah kena angkut dan duduk atas car seat. Oklah..kalau ada tips minta share ye..
wassalam




Saturday, December 31, 2011

Setelah 7 tahun tidur nyenyak...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Entri kali ni bunyinya lain macam..tak de kait mengait pun dengan makanan. maklumlah saya tak ke dapur..kalau ke dapur pun sekadar basuh tangan dan buat air..hihi. Alhamdulillah..anak saya dah sebulan sekarang. Emm risau sebab susu badan saya tak dapat menampung pembesaran anak. Tapi saya cuba dan berazam nak menyusukan anak walau tidak secara eksklusif. Beruntunglah ibu-ibu yang boleh memberikan breastfeeding (BF) sepenuhnya. Bagi saya semua rezeki yang Allah berikan.


Maka, sebab azam saya macam tu mak saya tiap-tiap hari rebuskan lobak putih, sawi untuk saya tambahkan susu badan. Kawan-kawan ada petua lain tak? Bolehlah berkongsi di sini. Saya ada juga minum air rebusan halba..tapi lepas minum saya terus sakit tekak dan selsema...dan akibatnya anak saya pun terjangkit..kesiann..

Rupanya masa ni saya dah 3 minggu..kalau tau saya pregnant..confirm saya tak daki Great Wall ni..hihi
Pengalaman yang maniss bila dah bergelar Ummi ni ialah..waktu tidur..WAAAAAAA!!! Macam ni rupanya kalau dah ada baby. Bangun ikut suka-suka dia..hahah..ye lah lapar..dah la tak boleh makan lain..siannn..Ummi punya susu kadang2 buat baby tak puas. Kelam kabut bila meraung tengah malam2. Alhamdulillah Cik Abang dengar je baby nangis dia terus bangun tolong apa yang patut. Tak pe lah...berkorban sedikit..sebab kami dah tidur nenyak selama 7 tahun..hihi.

Wednesday, December 28, 2011

My Little Bean Part 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Setelah lama berehat.. bukan tak masak langsung tapi tak masak sangat..haahha..Saya rasa sekarang macam nak merajinkan diri untuk menyambung berblog. Insyaallah lepas pantang ni bolehlah masak memasak macam dahulu. 


Sekadar berkongsi kegembiraan..saya telah selamat melahirkan anak sulung pada 26 November 2011 di Pusat Perubatan UKM. Hari akhir tahun Hijrah. Alhamdulillah..


Syukur sangat2 ke hadrat Allah SWT yang mendengar doa hambanya ini. Sebelum ini saya sering diduga dengan cakap2 orang yang asyik tanya 'Bila nak ada anak?'..dan ada yang ingat saya nak jaga badan sebab tak mengandung2 lagi..apa2 pun saya percaya rahsia Allah tak siapa yang tahu..berkat doa suami, mak, ayah, adik-adik dan teman2...


Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan. Doa dan harapan saya agar anugerah ini menjadi anak yang solehah dan insan gemilang yang mukminah! Amin..

Friday, June 10, 2011

Selamat Pengantin Baru Yana!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua!!

Sesi membersihkan sawang. Rasanya memang dah tak de yang sudi berkunjung ke blog ni. Hahah..maklumlah..tak de bahan nak letak. Apa-apa pun saya sekadar ingin berkongsi kegembiraan perkahwinan adik ipar saya yang saya panggil Yana. Alhamdulillah..dah jadi isteri adik ipar sayangku sorang ni pada 6 Jun 2011. 


Kalau balik ke rumah ibu mertua, beliau lah antara yang paling rajin memasak selain Mc Lin. Lepas ni makin kuranglah kakitangan kat dapur..especially kalau beliau balik ke rumah ibu mertuanya..huhu. 


Doa saya agar Yana dapat menempuh bahtera berumahtangga dengan matang, baik dan menjadi isteri, ibu dan menantu yang solehah. Semoga bahagia dan kekal ke ahir hayat. Amin...




Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Ini tengah buat housekeeping. Memang lama tak masuk blog sebab cuti! Haha! Dan setiap hari berdoa agar diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk kembali cergas seperti biasa. Namun begitu, kegiatan seharian saya hanya untuk menjalankan tugas saya di sekolah. Balik rumah saya terpaksa rehat dan tidak lasak. Alhamdulillah..cik abang memahami dan sentiasa bekerjasama dengan saya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada Mak, Adik-adikku (Ana dan Ida), rakan-rakan di sekolah dan rakan-rakan di blog yang juga Cikgu macam saya. 



Sesungguhnya bergembiralah menjadi seorang guru..walaupun tugas kita makin hari makin berat dan mencabar! Sabar tunggak segala-galanya! Insyaallah...Allah Maha Mengetahui!

* Sudi-sudilah ambil kad ni ye kawan-kawan!

Wednesday, April 20, 2011

Fruits and Yogurt...and Aktiviti Gantung Kuali untuk Seketika

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Sudah lama benar tidak mengupdate blog atas sebab kesihatan. Tapi nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung yang masih sudi jengok-jengok blog ni...Terima kasih. Di kesempatan ini nak bagitau yang saya terpaksa menggantungkan kuali untuk seketika sehingga kesihatan saya pulih kembali. Walaupun kurang sihat..tapi saya bersyukur kerana sedang mengalami pengalaman nak kata masalah kesihatan tidak tapi pengalaman mengalami masalah ini....Insyaallah minta-minta sekejap sahajalah.....

Apa-apa pun saya nak kongsikan resepi mudah...dan rasanya ramai yang tahu nak buat dessert ni...pastinya ianya amat berkhasiat dan sedap dimakan sejuk-sejuk.


Bahan-bahan
1 biji buah oren - dipotong dadu
2 biji buah kiwi - dihiris
5 biji buah strawberi - dibelah dua
10 biji buah blueberry
1 tub yogurt

Cara-caranya
Potong semua buah...gaulkan dengan yogurt. 
Sejukkan dan hidangkan...
Related Posts with Thumbnails