Lontong Lodeh vs Rojak

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua 💐

Kali ini saya ingin kongsikan resepi biasa-biasa sahaja namun begitu ianya ringkas dan dalam masa yang sama saya mengajar anak-anak saya untuk makan makanan tradisional.

Kuah Lontong saya ni hanya ada sayur-sayuran. Ianya cepat dan pantas dimasak. Sementelah pada hari kejadian ialah hari pertama PdPR PKP 3.0.

Bila masak Lontong Lodeh dalam masa yang sama, saya buat juga Rojak. Kebetulan bahan-bahannya ada. Saya suka Rojak sebab ianya ringkas dan berkhasiat. Hilangkan muak pun ye 😬. Cuma Kuah Kacang tu saya beli je … hihi. Lontong tu juga saya perasakan dengan Kuah Kacang. Biar rasa pedas sedikit.


Jom saya kongsikan Lontong Lodeh cara Fara Dean. 

Bahan-bahan A

3 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia 

1/2 inci lengkuas

1/2 inci kunyit hidup

Kisar semua bahan A

Bahan B

2 batang serai dititik

Sayur-sayurnya pula ialah

1 biji kentang *

1 batang lobak *

* dipotong panjang dan jangan tebal

Kobis dipotong halus-halus

2 keping tauhu dipotong 4 segi

1 keping tempe dipotong 4 segi

Suhun dan fucuk direndam

Gula dan garam

Santan kotak yang kecil

1 liter air

Telur direbus

Tempe goreng 

Tauhu goreng

Timun dipotong halus

Kalau ada sengkuang lagi bagus


Cara-caranya

Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik

Tumis bahan kisar sampai wangi

Masukkan sayur- sayuran, masak hingga layu sedikit

Masukkan santan kacau hingga sebati

Masukkan air agak2 santan tu cair sikit

Masukkan pula tauhu dan tempe 

Kacau hingga mendidih

Perasakan dengan gula dan garam 1:3 untuk sudu kecil

Masukkan suhun dan fucuk

Tunggu sehingga lembut dan boleh tutup api.

Mudahkan..😀





Comments

Post a Comment

Popular Posts