Advertisement

Monday, March 25, 2013

Tidurlah Intan, Tidurlah Sayang

Tidurlah Intan
Tidurlah sayang
Cerita ibu kisahkan
Lagu ibu dendangkan

Puisi dah ibu baca
Teka-Teki dah ibu cuba
Lelapkan mata
Tidurlah sayang....

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bait-bait puisi tu saya ambil dari nukilan sidang editor buku yang paling saya suka baca di Zaman kanak-kanak.

Anda pernah tak baca buku Tidurlah Intan? Masa saya sekolah rendah dulu...dalam tahun 80-an buku ni kira popular macam buku Harry Porter...maksudnya semua orang akan ada...emm ye ke? Tak tahulah saya..sebab saya memang ada koleksi buku ini dari nombor 1-12..

Dulu...setiap tahun ayah dan mak akan bawa kami ke Changkat Pavillion...kat situlah Pesta Buku Antarabangsa dibuat. Kat situ juga pelbagai Ekspo pertanian dan macam2 jenis exhibition akan dibuat di situ. Saya tak pasti masih wujud ke tidak.

Buku ini memang menggamit nostalgia..di mana sifat cintakan buku telah tersemai dijiwa kami adik-beradik sejak kecil lagi. Seingat saya..kalau hadiah hari jadi dan peperiksaan mak ayah akan bagi kami buku sahaja. Selain buku cerita.. Ayah n mak ajar kami menggunakan atlas, ensiklopedia dan kamus...Alhamdulillah ...dengan didikan itu..pengetahuan am kami memang meluas. (Perasann--- untuk tujuan perkongsian ilmu..hihi). Sebab itu, rumah kami ada Perpustakaan ..bila saya ada rumah sendiri..saya wujudkan Perpustakaan di rumah. Rasa puas hati dan gembira bila dapat beli buku dan susun buku..hihi.. Kalau saya bad mood..saya sukaaaa pergi kedai buku. Relakss je..

Berbalik pada buku Tidurlah Intan ni..Buku ini ada cerita rakyat, cerita moden, puisi, pantun dan juga teka-teki. Antara cerita2 yang saya ingat sampai sekarang ialah Sang Lamri Yang Bijak, Rambutan Untuk Cikgu, Burung Cenderawasih dan macam2 lagi. Ceritanya sarat dengan nilai-nilai moral dan teladan.

Harapan saya...si Noura Fathnina akan ada sikap cintakan ilmu, buku dan rajin membaca macam ayahnya, atoknya, wannya dan umminya...hihi ( perasann)...







Monday, March 18, 2013

Program 5S

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Emm..agaknya si Noura ni tau kot Umminya jadi AJK Kitar Semula..

Sebenarnya saya kagum dengan Cikgu-Cikgu yang boleh uruskan kitar semula dengan jayanya. Maklumlah kalau tengok rumah kitar semula boleh terus kena migraine ( tengah pening Kerala ni).. Nak wawarkan tu tak de masalah..nak cari murid...emm mula-mula masalah...tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi nak jadi AJK.. Masalah..bukan...cabaran seterusnya ialah nak clearkan rumah tu...

Tapi, perlu kuatkan semangat sebab dah tanggungjawab dan fikir...siapa lagi nak buat kalau bukan kita..cuma perlu teamwork yang bagus dan komited serta tahu tanggungjawab masing-masing...

Sedikit coretan...snap peek ni Cik abang yang ambik..

Tajuk : Cara-cara yang betul untuk 5S.......









Friday, March 8, 2013

Khalifa Suites & Apartments dan Wakaf Che Yeh

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Minggu lepas saya terlibat dengan Benchmarking Visit ( cheyy). Kami semua menginap di Khalifa Suites and Apartment di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu berhadapan dengan Masjid Muhammadi. Saya membiayai sendiri penginapan sebab bawa cik abang dan Noura. Maklumlah si Noura is still breastfeeding. Tak sampai hati nak tinggalkan dia dan nak minta mak ayah jaga 3 hari, 2 malam. Kesian...tak pelah lagipun my todd jenis dah biasa jalan jauh..setakat ni Alhamdulillah ..dia jarang meragam.

Seronoknya menginap di sini. Bersih, kemas dan selesa. Lagi2 bilik saya menghadap Masjid Muhammadi...pagi2 sebelum subuh saya dah ready untuk prepare keperluan Noura dan Suami. Seronok dapat dengar bacaan Al-Quran sebelum azan Subuh. Terasa segar dan cepat bangun dari tidur..hihi..Harap cepat2lah siap masjid dekat rumah tu..

Hotel ni menyediakan makan pagi yang sedap! Tapi menu orang sinilah..seperti nasi dagang, nasi kerabu dan laksam. Lokasinya amat strategik. Turun je tangga...ke kanan terus ke bazaar ..ke belakang ada muzium kraftangan, restoran nasi ulam, Pasar Siti Khadijah dan Parkson. Sebenarnya ada lagi...tak ingat.

Ok...malam tu saya pergi ke Wakaf Che Yeh...Cik Abang pergi sana for the first time..Haha...tapi tak kemana2 sangat sebab si Noura tidur...penat sangat agaknya..atau mungkin Seronok naik bas..ok Sekian dulu.



Tuesday, March 5, 2013

Payang Serai

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sedikit mukadimah...semoga Allah melindungi Pasukan Keselamatan Negara...Amin

Oklah..saya saja nak berkongsi pengalaman makan Chinese and Thai Cuisine di Payang Serai, Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ni saya tak pernah pun tahu yang KB ada restoran ala-ala macam ni. Sehinggalah kami semua di bawa untuk Majlis Makan Malam bersama Datin Pengetua.

Alhamdulillah ...memang sedap..tom yam putihnya, ikan masak Nyonyanya, Buttered Prawn..emm apa lagi ye.. Ooo ada juga dihidangkan Murtabak Raja yang sememangnya sedap....tapi Saya tak sempat nak merasa semua..maklumlah sedikit busy...si kecil Noura pun ikut serta..Alhamdulillah dia tak banyak kerenah yang memalukan I..hihi

Lokasinya berhampiran dengan pusat bandar Kota Bharu. Emm...Jika anda mahukan makanan Thai yang sedap bolehlah cari di alamat PT 351 - 352, Jalan Dusun Raja, Kota Bharu
Ok..enjoy!





Tuesday, February 26, 2013

I Love Tosei

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kata orang...termasuklah Dr Halina ( wife Dr Sheikh Muzaffar)...kata kalau kita ni betul2 orang Malaysia (bukan New York) mesti pandai dan suka makan

1) kat Kedai Mamak
2) nasi lomak
3) teh Tarik ....pulled tea ahaks..

Ye..I'm Javanese+Mandailing Malaysian Netizen..
Cik abang pulak Kelantanese Malaysian Netizen..

Masa saya mengandungkan Anak saya kan...hampir setiap hari makan roti canai. Tapi masa tu puasa minum teh tarik dan teh ais..dekat setahun 1/2 kot tak minum....sekarang belasah minum...kalau makan tengahari wajib ada kuah kari. Kalau tak, tak selera. So, sekarang si Noura memang suka makan tosei..3/4 tu dia makan seorang ( ayat skema rama). Siap nak cicah2 kuah kari lagi..tapi tak bagi lah..takut tak mesra perut dia.

Setakat hari ni, tak pernah lagilah nak buat tosei sendiri...sebab flat pan tak de ( alasan munasarawakkan?). Katanya senang je nak buat...3 cawan beras...1 cawan urad dal..garam dan ghee je..tak pelah.. Lain kali saya cuba buat sendiri..kalau pandai nanti...tak delah chance nak berwifi2 kat mamak kan? Ok...tata!



Saturday, February 23, 2013

Ummi Migraine Again and Again!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kesian my baby and my beloved hubby. Sebab migraine datang lagi..dah 2 hari tak larat..Hari ni ok sikit . Tapi kat sekolah ok..atau buat-buat ok.. Alhamdulillah dah settle pun majlis hari ini. Hari ni si kecil Noura banyak makan kiwi. Dia memang suka kiwi. Tapi yang warna kuning tau! Cik Abang banyak tolong akak 2-3 Hari ni. Sebab akak balik rumah dah pengsan...kepala pusing 360*..haha. Rasa macam nak jadi Suri rumah tangga semi-D sepenuh masa (berangan nak semi-D)..huhuhuhu.

Ini antara aktiviti hands-on anakku...dikala umminya migraine...huhu



Tuesday, February 19, 2013

Kuah Spaghetti Ihsan Ty Na

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Kembali bersiaran. Ty Na tu adik saya. Nama betul Ana... Anak saya panggil dia Ty Na ( Tià - in Spanish maksudnya makcik). Seorang lagi Ida dipanggil Ty Da..dan adik yang bongsu di panggil Cle Rid...hahah.

Ty Na masak spaghetti untuk her beloved husband. Akak apa lagi pergi singgah makan sekaki lah kan. Siap bawa bekal balik rumah...tapi spaghetti dah habis. Maka pasta yang ada kat rumah jenis spiral...tak pelah yang penting kenyang. Si Noura memang suka pasta. Cuma kuahnya kalau tak pedas bolehlah dia makan. Kalau tak makan macam tu je atau dengan sup sayur.

Cik abang pula dah suka makan macam ni...hihi...Alhamdulillah ...senang den nak masak ala2 chef Farra Quinnn..ala2 Bharat ..Oklah jemputlah makan...tak de hiasan pun....



Monday, February 18, 2013

Kentang Belanda Panggang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Resepi mudah yang disukai seisi keluarga, termasuklah si kecil Noura. Bukan sahaja mudah, cepat malah mengenyangkan. Resepinya ialah :

1 kentang Holland / russet dipotong wedges
Baby carrot
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Minyak zaitun

Hiasan:
Sos cili
Cheesy cheese

Cara-caranya :
Basuh dan berus kentang bersih-bersih
Rebus dengan air sampai mendidih
Toskan dan siramkan kentang yang baru diangkat dengan air sejuk
Potong kentang
Susunkan kentang n baby carrots atas pemanggang
Taburkan garam, lada hitam dan minyak zaitun
Panggang dalam 15 minit....

Sedap dimakan dengan Sos cili dan cheezy cheese

* Tapi untuk si Noura is without the cheese...

Selamat mencuba!

Source : Faradean's recipes



Saturday, February 16, 2013

Kimchi Vs Budu...

 Assalammualaikum dan salam sejahtera
Pengalaman menarik semasa melancong ke Korea ialah emm..membawa si kecil Noura. Masa tu dia baru 6 bulan. Risau juga, sebab perjalanan jauh tak berhenti...tak de RnR dan toilet sekangkang kera. Paling menarik yang saya boleh katakan ialah ketika Perjalanan pergi dan balik dengan Korean Air. Saya rasa amat selesa masa take off n touched down tak terasa..pramugarinya bukan sahaja cute mute tetapi ikhlas...baik...dan sopan. Sebab apa tau..anak saya nangis..dia pujuk..dukung sambil berjalan...pastu ada penumpang tu anaknya muntah..pramugarinya dengan sabar dan ikhlas lap dan bersihkan muntah tu tanpa rasa geli. Satu lagi makanan halal memang dia awal2 lagi dah tag.
Anak saya, turun je flight dia beron. Lepas mandikan n bersihkan, si Noura tu tidur..dari pukul 7 pagi sampai pukul 2 petang. Dah berapa kali singgah, berhenti makan, shopping, melawat sana-sini..dia tetap tidur. Itu hari pertama. Alhamdulillah Noura tak banyak ragam. Mungkin cuaca yang sejuk-sejuk air-cond tu buat dia nyaman dan tenteram. Dari segi kebersihan memang bersih. Lagi satu kalau nak melintas kat sini tak perlu risau sebab pemandunya prihatin. Berbeza semasa di Beijing ..ya ampunn takuttt!!

Heavennya bershopping ialah baju (of course utk si Noura)...topi..shampoo rambut (sebotol RM70- berbaloi sbb Alhamdulillah dah x gugur rambut saya lps brsalin), seaweed dan saya ada juga terbeli hanbok..teringin nak pakai..lagi pun menutup aurat..haha

Satu lagi yang best bagi sayalah kan coffee blended, green tea blended...kat mana2 sama je harganya. Walaupun kat Seoul Tower..kalau kt sini harganya berbeza2 kan? Makan kat sini, sampai je dia bawa kami makan tradisional Korea..yang macam2 lauk..termasuklah kimchi. Ooo patutlah kulit orang Korea ni licin..sbb makan kimchi n sup seaweed. Cara pemeraman kimchi sama macam budu. Disimpan dalam tempayan. Tempat- tempat makan lain kami makan di restoran Pakistan. Kat sini restoran pakistan ada juga kami makan bakkeubap ( salah ejaan ni). Daging bakar tu..makanan korea yang tu Je yang saya suka.







Oklah..rasanya dah panjang berjela...harap-harap di izinkan Allah untuk pergi ke tempat-tempat lain pula.. In Shaa Allah





Thursday, February 14, 2013

Ayam Panggang Ajaib

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Mesti ramai yang dah ada kuali ni...agak memudahkan kerja memasakkan? Resepi simple dari dapurku kali ini ialah Ayam Panggang Ajaib..mudah sahaja
Apa-apa pun saya nak kongsikan resepi mudah...dan pastinya ianya amat berkhasiat dan sedap, ringkas dihidang untuk makan malam.
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam kampung
2 biji kentang- dipotong wedges
5 biji tomato ceri
2 labu bawang holland - dipotong 4
garam, kunyit, lada Hitam, rosemary dan minyak zaitun digaul mesra

Cara-caranya
Basuh ayam bersih-bersih...gaulkan ayam, kentang, bawang, tomato ceri dengan garam, kunyit, lada hitam, rosemary dan minyak zaitun 
Susunkan ayam yang sudah diperap dalam kuali dan panggang 30 minit atau hingga ayam masak, Selamat mencuba



Gaul ..jangan tak gaul







jangan lupa terbalik-balikkan ayam tu..


Tada!! Inilah hasilnya!

Wednesday, February 13, 2013

Lebuhraya Pantai Timur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bila agaknya LPT ni nak siap sepenuhnya? Rasanya 8 tahun ulang-alik balik kampung tak siap2...mungkin maintainance tinggi? Eh budget lah..harap-harap cepat siap..bukan apa..selesa n pantas sikit orang2 nak balik kampung.

Beza antara LPT dengan PLUS..toiletnya lah..kalau LPT tu kurang sikit...tisu pun tak de. Selain tu, kalau nak makan...nak dulang pun tak de. Rasanya kalau Hari-Hari biasa LPT ni tak ramai orang. Tapi apa-apa pun..syukur sebab laluan Jabor-Temelung dah siap..dalam 70 km. Dapat jimatkan masa 2-3 jam rasanya...

Saya suka Perjalanan Jauh melalui highway ni..masa pergi Korea...tol gate dia dari Incheon ke Seoul..1 je..kalau di Beijing pun sama...maknanya nak jumpa tol gate tu jauhhhhhh baru jumpa balik...kalau kat sini especially di Lembah Klang..baru nak gear 6 jumpa lagi tol gate..hahaha...

Kalau lalu sini..yang best dibeli ialah kerepek2... Dan keropok lekor losonglah....selain tu beli bahulu...nak buat sendiri malaskan..
Ok ...Jauh Perjalanan Luas pemandangan...In Shaa Allah






Monday, February 11, 2013

Bercanda di Tepian Pantai...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gong Xi Fa Cai pada semua kaum cina. Semoga berbahagia dan gembira selalu. Bercuti di mana? Balik kampung ke?


Seronok juga sekali sekala pergi bercanda di Pantai. Tapi tak dapatlah nak mandi-manda sebab airnya deras. Bawa si kecil Noura rasa-rasa angin Pantai, bunyian ombak dan air laut. Sekarang di Tok Bali dah ada resort baharu..macam best Je..ok Selamat bercuti!







Tuesday, February 5, 2013

Ayam Sambal Tumis Perang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Setiap tahun berazam, paling lewat balik dari keroje pukul 2.30.. Tapi azam tinggal azam..tau tak sebab apa? Saya pernah terdengar ada seorang blogger namanya tak ingat apa yang pasti dia mengutuk cikgu dia..sampai hatinya ye..maknanya dia tolong cikgunya tak ikhlas. Agak-agak apa perasaan cikgunya? Siapa kata cikgu loceng je terus balik...HELLO!! Silap besar tau!

Mungkin ada tapi bukan semua yang macam tu.. Bak kata seorang pengetua..kita bekerja mencari redha Ilahi dan jalan ke syurga.

Ok..di sini saya nak kongsikan masakan simple dari dapurku...

Bahan-bahan
~ 5 ketul ayam kampung
~ 2 labu bawang merah India
~ 3 ulas bawang putih
~ 5-7 biji cili padi kampung
~ sedikit gula merah
~ garam
~ kunyit
~ secubit asam jawa
~ air
~ minyak canola

Cara-caranya
Lumur ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Perap seketika dan goreng dengan minyak canola.
Kemudian, chopkan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Jangan hancur sangat. Selepas itu, tumis bahan yang dichop sampai naik baunya. Masukkan gula Perang dan air asam jawa. Masukkan sedikit air, biarkan mendidih, masukkan ayam..kacau hingga sebati.

Saya hidangkan dengan Sayur Campur Lada Hitam

Source : Farawmdean's Recipes





Monday, February 4, 2013

Nasi Lembik Beras Merah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Hari yang Indah ini saya nak berkongsi dengan satu resepi makanan yang selalu saya buat untuk anak saya. Saya mula mengenalkan makanan pejal pada anak saya semasa umurnya nak masuk 6 bulan. Masa umurnya 5++ saya bagi makan buah kiwi kuning atau purée. Dah masuk 6 bulan, saya akan buat purée atau saya blendkan bubur tu biar lembut. Dah umurnya setahun barulah bagi nasi lembik.

Resepinya ialah :
~ segenggam beras merah
~ sebatang batang seleri
~ 1/2 batang lobak merah
~ 5 ekor ikan bilis
~ sesudu minyak canola
~ 3 cawan air

Cara-caranya :
~ basuh beras merah
~ tumis seketika lobak merah, batang seleri dan ikan bilis dengan minyak
~ kemudian, masukkan beras merah dan air
~ tanak nasi sambil dikacau
~ kacau sehingga nasi tanak..

Kalau nak lagi lembut, masukkan dalam food processor kisar sekejap...In Shaa Allah sedap..Anak saya memang suka makan..sebab tu dia memang suka sangat makan resepi ni. Selamat mencuba.

Sunday, February 3, 2013

i-THINK

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Apa khabar? Harap sihat-sihat hendaknya...sekarang ni memang malas tahap gaban..lagi-lagi nak ambik gambar guna DSLR, pastu edit...memang tabikk springgg toing2 lah kat sapa2 yang update blog siap edit gambar...siap masak ala2 hotel lagi tu...tahniah! Saya ntah zaman bila boleh buat macam tu.

Nampak tak gambar..ok nak cerita semalam kami ada LADAP... Biasalah cikgu2 memang ada LADAP..macam saya tiap2 tahun terlebih LADAP..paling minimum 6 hari...saya kadang2 kira tambah tolak gitu gini adalah 12 hari...tulah ada nak buat macamana...

Semalam pasal i-THINK.. Emm nak eksyen skit..rasanya setiap PdP memang stail tu yang saya buat..apa? Bukti? Tu lah lain kali kena ambik gambar ye..







Sunday, January 27, 2013

ICT Family Day

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Hampir setahun tidak menjenguk blog. Bukan tidak minat, tapi tak pandai uruskan masa..hihi. Sekadar berkongsi kenangan semasa mengadakan Hari Keluarga Panel ICT Mac tahun lalu. Seronoknya kami..saya amat bertuah kerana mendapat rakan-rakan yang sentiasa membantu dan tak lokek idea. Alhamdulillah ..saya harap persahabatan ini kekal dan harapan saya, rakan-rakan ICT kekal begini Inshaa Allah.

Satu lagi, saya nak kongsikan kekecewaan apabila melihat 'pembangunan' yang Amat rancak I'd Cameron Highlands...saya rasa perkara ini perlu dikawal selia agar tidak berlakunya kemusnahan alam..patutlah dah tak sejuk. Oklah..Sekian..gtg..wasalam








Related Posts with Thumbnails