Advertisement

Saturday, December 31, 2011

Setelah 7 tahun tidur nyenyak...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Entri kali ni bunyinya lain macam..tak de kait mengait pun dengan makanan. maklumlah saya tak ke dapur..kalau ke dapur pun sekadar basuh tangan dan buat air..hihi. Alhamdulillah..anak saya dah sebulan sekarang. Emm risau sebab susu badan saya tak dapat menampung pembesaran anak. Tapi saya cuba dan berazam nak menyusukan anak walau tidak secara eksklusif. Beruntunglah ibu-ibu yang boleh memberikan breastfeeding (BF) sepenuhnya. Bagi saya semua rezeki yang Allah berikan.


Maka, sebab azam saya macam tu mak saya tiap-tiap hari rebuskan lobak putih, sawi untuk saya tambahkan susu badan. Kawan-kawan ada petua lain tak? Bolehlah berkongsi di sini. Saya ada juga minum air rebusan halba..tapi lepas minum saya terus sakit tekak dan selsema...dan akibatnya anak saya pun terjangkit..kesiann..

Rupanya masa ni saya dah 3 minggu..kalau tau saya pregnant..confirm saya tak daki Great Wall ni..hihi
Pengalaman yang maniss bila dah bergelar Ummi ni ialah..waktu tidur..WAAAAAAA!!! Macam ni rupanya kalau dah ada baby. Bangun ikut suka-suka dia..hahah..ye lah lapar..dah la tak boleh makan lain..siannn..Ummi punya susu kadang2 buat baby tak puas. Kelam kabut bila meraung tengah malam2. Alhamdulillah Cik Abang dengar je baby nangis dia terus bangun tolong apa yang patut. Tak pe lah...berkorban sedikit..sebab kami dah tidur nenyak selama 7 tahun..hihi.

Wednesday, December 28, 2011

My Little Bean Part 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Setelah lama berehat.. bukan tak masak langsung tapi tak masak sangat..haahha..Saya rasa sekarang macam nak merajinkan diri untuk menyambung berblog. Insyaallah lepas pantang ni bolehlah masak memasak macam dahulu. 


Sekadar berkongsi kegembiraan..saya telah selamat melahirkan anak sulung pada 26 November 2011 di Pusat Perubatan UKM. Hari akhir tahun Hijrah. Alhamdulillah..


Syukur sangat2 ke hadrat Allah SWT yang mendengar doa hambanya ini. Sebelum ini saya sering diduga dengan cakap2 orang yang asyik tanya 'Bila nak ada anak?'..dan ada yang ingat saya nak jaga badan sebab tak mengandung2 lagi..apa2 pun saya percaya rahsia Allah tak siapa yang tahu..berkat doa suami, mak, ayah, adik-adik dan teman2...


Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan. Doa dan harapan saya agar anugerah ini menjadi anak yang solehah dan insan gemilang yang mukminah! Amin..

Friday, June 10, 2011

Selamat Pengantin Baru Yana!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua!!

Sesi membersihkan sawang. Rasanya memang dah tak de yang sudi berkunjung ke blog ni. Hahah..maklumlah..tak de bahan nak letak. Apa-apa pun saya sekadar ingin berkongsi kegembiraan perkahwinan adik ipar saya yang saya panggil Yana. Alhamdulillah..dah jadi isteri adik ipar sayangku sorang ni pada 6 Jun 2011. 


Kalau balik ke rumah ibu mertua, beliau lah antara yang paling rajin memasak selain Mc Lin. Lepas ni makin kuranglah kakitangan kat dapur..especially kalau beliau balik ke rumah ibu mertuanya..huhu. 


Doa saya agar Yana dapat menempuh bahtera berumahtangga dengan matang, baik dan menjadi isteri, ibu dan menantu yang solehah. Semoga bahagia dan kekal ke ahir hayat. Amin...




Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Ini tengah buat housekeeping. Memang lama tak masuk blog sebab cuti! Haha! Dan setiap hari berdoa agar diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk kembali cergas seperti biasa. Namun begitu, kegiatan seharian saya hanya untuk menjalankan tugas saya di sekolah. Balik rumah saya terpaksa rehat dan tidak lasak. Alhamdulillah..cik abang memahami dan sentiasa bekerjasama dengan saya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada Mak, Adik-adikku (Ana dan Ida), rakan-rakan di sekolah dan rakan-rakan di blog yang juga Cikgu macam saya. 



Sesungguhnya bergembiralah menjadi seorang guru..walaupun tugas kita makin hari makin berat dan mencabar! Sabar tunggak segala-galanya! Insyaallah...Allah Maha Mengetahui!

* Sudi-sudilah ambil kad ni ye kawan-kawan!

Wednesday, April 20, 2011

Fruits and Yogurt...and Aktiviti Gantung Kuali untuk Seketika

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Sudah lama benar tidak mengupdate blog atas sebab kesihatan. Tapi nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung yang masih sudi jengok-jengok blog ni...Terima kasih. Di kesempatan ini nak bagitau yang saya terpaksa menggantungkan kuali untuk seketika sehingga kesihatan saya pulih kembali. Walaupun kurang sihat..tapi saya bersyukur kerana sedang mengalami pengalaman nak kata masalah kesihatan tidak tapi pengalaman mengalami masalah ini....Insyaallah minta-minta sekejap sahajalah.....

Apa-apa pun saya nak kongsikan resepi mudah...dan rasanya ramai yang tahu nak buat dessert ni...pastinya ianya amat berkhasiat dan sedap dimakan sejuk-sejuk.


Bahan-bahan
1 biji buah oren - dipotong dadu
2 biji buah kiwi - dihiris
5 biji buah strawberi - dibelah dua
10 biji buah blueberry
1 tub yogurt

Cara-caranya
Potong semua buah...gaulkan dengan yogurt. 
Sejukkan dan hidangkan...

Wednesday, April 6, 2011

Asam Pedas Tenggiri Bunga Kantan yang Ringkas!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Emm..susah mencari waktu untuk meng'update' blog kesayanganku ini. Kadang-kadang terlupa sudah..hari ni saya cuba masuk dan mengonlinekan diri. Sebenarnya sepanjang waktu online tapi masa untuk berblog tu bukanlah selalu...ada waktu-waktunya.. iaitu kalau free tak de kelas..dan fening tengok data..grafik dan penat otak mengupload dan menggodek...huhuhu....


Resepi ni memang tersangat ringkas! Selain senang...tak yah fening-fening kepala. Ceritanya..saya cari daun kesum tapi tak dapat..semua kedai saya cari dah sold out..maka masak cuma letak bunga kantan je la. 


Bahan-bahan
2 keping ikan tenggiri
2 batang bunga kantan- dibelah 2
4 biji bawang merah- dikisar
4 sudu cili giling
1 sudu asam jawa- dilarutkan dengan air
300ml air - secukupnya
gula dan garam secukup rasa..

Cara-caranya
Tumis bawang merah hingga harum. Kemudian tumiskan bersama cili giling hingga masak. Masukkan gula. Gaul hingga sebati. Masukkan ikan...gaul berhati hati. jahn sampai ikan pecah! Masukkan air + air asam dan bunga kantan. Gaul dan biarkan hingga mendidih dan pekat. Perasakan dengan garam. Siap untuk dihidang.

Monday, April 4, 2011

Puding Jeli Bandung Bercincau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Puding Jeli ni di buat sempena Majlis Perpisahan dan Penghargaan untuk seorang guru ganti. Beliau menggantikan kawan saya yang cuti bersalin. Majlis ringkas dan kecil-kecilan je. Kebetulan makcik-makcik saudara suami nak datang ke rumah..maka rezeki mereka juga sebenarnya...sebab bila nak masukkan dalam acuan..jadi banyak pula. Jadi bolehlah dihidang sebagai pencucu mulut..opps...cuci..


Resepinya ringkas..dan cepat untuk dibuat. Suka saya..hihi

Resepi  ni saya pinjam dari salah seorang blogger masak-memasak yang kreatif. Along Roz...kreatif serba serbi. Masakannya pun lain dari yang lain. Bilalah nak jadi kreatif macam AlongRoz. Resepi asal dari Cik Mat Gebu..blogger kreatif serba serbi gak cik mat ni.  Jangan buang masa..jom 
makan!!!


Ooppss..Along kita minta izin copy and paste ye...

Bahan-bahan
1 packet Jelly Powder (Konyaku) - saya guna agar-agar tali
200g Sugar
800ml Water
250ml Milk
3 Daun Pandan
3/4 tsp Rose Syrup (I used 1/2 cup) 
1 cup Grass Jelly
Few drops Rose color (I added this)


METHOD:
1. Boil all ingredients until dissolved, stirring with whisk all the time.
Discard pandan leaves.
Add in Grass Jelly.


2. Pour into mould.
Cool & chill. 

Sumber: Cik Mat dan AlongRoz

Sunday, April 3, 2011

Tahniah Kak Nor dan Kak Hana!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Alamak..berhabuk sudah blogku.. Dalam beberapa hari ni terpaksa rela bagi laluan kat Cik Abang guna Internet sepenuhnya sebab ada projek. Tak dapek Cik Akak nak guna..tengok tv je le..hahah. Maka..banyaklah entri yang tidak dapat dimasukkan. Kekadang auto publish ni pun mengundang nestapa. Kadang-kadang boleh...agaknya den salah setting kot. Tak mengapalah..


Walaupun terlewat...tapi nak juga ucapkan tahniah kat Kak Nor dan Kak Hana. Sebab hasil masakannya dapat masuk majalah Jelita..kegemaranku. Terutamanya kalau edisi perkahwinan dan perayaan. Sekarang blogger masakan pun ada peluang mengembangkan bakat di dapur..tak semestinya chef di dapur-dapur hotel, restoran besar atau chef selebriti je kan? Seronok melihat resepi-resepi yang sedap-sedap hasil tangan suri rumahtangga yang mungkin hanya memasak untuk keluarga tercinta! Tapi rezeki dan bakat mereka dapat diintai Chef Hanieliza. Tahniah sekali lagi!!

Bilalah nak teror dan rajin macam akak-akak ni?!?!?

Monday, March 28, 2011

Nasi Lemak Sambal Kerang Purut Berdaun Pisang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Menu paling suka dimasak! Sebab..boleh makan sama ada dari pagi sampai ke malam atau dari tengahari sampai ke malam! Maka tak payah pening-pening nak masak banyak kali...hihi. Sekarang kerang sekilo dah RM3.50...mahal tak? Saya jarang beli kalau tak teringin nak makan. Bukan apa..nak mengonyoh tu malas sikit. Tapi Cik Abang tu rajin menggonyoh! Hihi...Lepas tu..kerang ni mudah tercemar lagi-lagi kalau ada air laut yang terkena tumpahan minyak dan pembuangan sisa toksik. Harap-harap tak de apa-apa..


Senang je cuci kerang ni..(eh tadi kata malas)...nak bersihkannya..ambil garam kasar. Taburkan dan gonyoh dengan daun pisang...Insyaallah bersihlah kulit kerang tu. Kemudian, rebus dengan bawang putih dan serai..biarkan mendidih. Kopek kulitnya...dan sedap dimakan dicicah sos! 

Saya bungkus 20 minit ...baru makan!

Nasi lemak ni saya bungkus dulu dengan daun pisang sebelum dimakan. Sebenarnya daun pisang ni memang bagus untuk menyimpan makanan supaya tahan lama. Dan membangkitkan aroma harum dan enak makanan panas apabila dijadikan lapik makanan menggantikan pinggan.  Oklah jemput makan nasi lemak saya ni ye..

Nasi Lemak
Bahan-bahan
2 pot beras
1/2 cawan santan
air secukupnya
garam
1-2 helai daun pandai diikat

Cara-caranya
Basuh beras dan toskan. Masukkan air secukupnya dan santan. Masukkan pula garam secukup rasa. Gaulkan dengan sudu. Masukkan daun pandan. Tanak nasi hingga masak.



Sambal Kerang Purut
Bahan-bahan
1 kilo kerang - direbus dan dikopek, ambil isinya sahaja
3 sudu besar cili giling
2 biji bawang India - dimayang 
5 biji bawang merah - sederhana besar - dimayang
5 biji bawang putih - dimayang
1/2 cawan air + secubit asam jawa - larutkan
2-3 helai daun limau purut
gula dan garam secukup rasa.

Cara-caranya
Panaskan minyak. Tumis bawang India, merah dan putih hingga harum mewangi. 
Masukkan cili giling. Tumis hingga cili masak. Masukkan gula. Gaulkan.
Masukkan air asam dan garam. Biarkan mendidih. 
Masukkan kerang. Gaul dan biarkan hingga kuah pekat. 
Masukkan daun limau purut. Gaul...biarkan hingga pekat dan naik aroma daun limau tersebut. 
Hidangkan..

Sumber : Faradean's Cooking Recipe


Sunday, March 27, 2011

Cucur Hijau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Menu ni sebenarnya dibuat sebelum berjalan-jalan tempohari. Sebenarnya dalam 2-3 hari ni tak sempat nak upload dan publish entry. Nak ronda-ronda dapur orang lain pun macam tak sempat..ditambah dengan kelembapan talian jalur lebar ni. Nak tukar je rasanya...dan mungkin saya tak pandai menguruskan masa kot saya ni...minggu ni kerja 6 hari...from 7.20am - 5.30 pm..cuma semalam balik awal sikit..kalau tak mesti ada yang mengamuk..hihi!!


Cucur Hijau ni bila digigit nampak isinya hijau...sebab semua sayur saya blend. Nak buat kelainan sikit. Tapi kalau ada yang pernah buat macam ni..minta maaflah..tuan rumah ni kadang-kadang perasaan juga..kononnya cipta resepi sendiri..rupa-rupanya ada yang dah pernah buat..ekekekke..


Resepi ni memang sesuai untuk kaki makan sayur...saya suka sangat makan sayur..yang hijau-hijau..tapi kulit tak pulak 'lincin lincau'..hahaha...apa salah saya ye?? Oklah jemput makan!

Bahan-bahan
*2 batang seleri - dihiris
* 1/2 ikat daun sup
* 1/2 ikat daun sawi
* 1/2 labu bawang holland - dihiris
* 1/4 labu brokoli
* 3 biji cili merah - dihiris
1-2 cawan air
1 cawan tepung gandum (ikut sukatan masing-masing)
secubit yis
garam secukup rasa


Cara-caranya
Kisar semua bahan bertanda * dengan air (1/4 dari bahan kisar)
Bancuh tepung gandum dengan air , yis dan perasakan dengan garam. 
Campurkan adunan dengan bahan kisar. Gaul hingga sekata. 
Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak. Sudukan adunan..goreng hingga garing.
Sedap dicicah sos..

Sumber : Faradean's Cooking Recipe

Thursday, March 24, 2011

Ikan Bilis Tumis Rendang Asam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bersua lagi di hari Khamis. Semoga semua sihat-sihat belaka. Di sini saya ingin mengucapkan Selamat jalan kepada Kak Hana sekeluarga. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali ke sekolah! Susah juga kalau nak tune semula kehidupan setelah lama bercuti..kalau saya mesti susah sikit kot..harapnya kak Hana tak delah macam saya..semoga dapat meneruskan perjuangan sebagai pendidik demi anak bangsa...


Oklah..bercerita mengenai menu hari ni..ini saya masak kelmarin. Sebab dah lama tak ke pasar..peti sejuk di rumah tu kosong le..ada bahan-bahan kering. Bilalah nak ke pasar ye...harap-harap hujung minggu ni tak de aktiviti yang mengganggu acara ke pasar. Saya pinjam dan tekap dari dari Sifu Ummi. Memang sedap dan menyelerakan..ringkas dan cepat!!! Kalau kat dapur Kak Ummi ni..memang terasa dapur keibuan..hihi..macam mak dan mak mertua saya masak! Oklah..Kak Ummi..saya pinjam ye resepi ni..terima kasih..moga Kak Ummi jadi lebih terkenal macam Chef Wan!!

Saya buat garing sikit..sebab tak suka makan ikan bilis liat.  :D

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 genggam ikan bilis (yg siap dibelah, kalau boleh jgn yg jenis masin sgt tuh..)
  • 8 ulas bawang merah - dimayang kasar
  • 4 ulas bawang putih - dimayang kasar
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 3 tangkai cili kering - dikerat serong
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1/3 cawan air
  • 1 sudu besar cili kering yg dikisar
  • 2 biji cili hijau - dipotong serong
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Panaskan kuali dan goreng ikan bilis hingga benar-benar garing, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan hiris hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan cili kering. Kacau sebentar.
  4. Masukkan perahan air asam jawa dan air. Biarkan mendidih dan kuah surut/pekat sikit.
  5. Masukkan ikan, biar mesra sekejap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula (biar ada rasa masam2 sikit)
  6. Bila kuah agak pekat, masukkan cili hijau. Kacau kejap dan tutup api.
  7. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, March 22, 2011

Summer Palace dan Kisah Maharani Cixi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ke-3 kami meneruskan lawatan ke Summer Palace. Sehari sebelum ke sini, pemandu pelancong kami mengingatkan agar memakai pakaian yang lebih tebal, kerana suhu di sini lebih dingin. Ye..memang betul..sangat sejuk dan muka dan mata saya memang tak tahan apabila ditiup angin. Tangan pun macam nak beku..


Mungkin sebab cuaca di sini lebih sejuk maka ianya dinamakan Summer Palace..walaupun di musim panas..suhu di sini tetap dingin dan nyaman. Di sini juga menjadi tempat persinggahan Maharani Cixi ketika musim bunga dan panas. Menurut Lisa, tasik ini kalau musim panas akan ditumbuhi dengan pokok bunga teratai. Mesti cantik sangatkan? Summer Palace ini terletak di utara Beijing. Ia dikelilingi oleh bukit yang namanya Longevity Hill dan Tasik Kunming yang luasnya kira-kira 2.9 kilometer persegi. 3/4 kawasannya adalah tasik. Struktur bangunannya sangat cantik dan klasik.


Dahulu, China pernah diperintah oleh seorang Maharani yang terkenal dengan panggilan Dragon Lady. Baginda ialah Empress Dowager Cixi. Baginda merupakan seorang yang sangat berkuasa dan berkarisma dan menjadi de facto Manchu d zaman Dinasti Qing selama 47 tahun.  


Selain itu, baginda juga terkenal dengan kecantikannya. Menurut Lisa, setiap hari baginda akan minum susu. Susu apa? Susu manusia tau! Kecantikkannya juga dikatakan berpunca dari pemakanan dan penggunaan serbuk mutiara. Di malam hari beliau akan mandi susu. Sebab itu, ketika akhir hayatnya walaupun umurnya sudah menjangkau 70an tetapi raut wajahnya tetap muda dan jelita!

Dibelakang itu adalah Bot yang diperbuat daripada batu marmar

Selepas ke Summer Palace kami makan tengahari di restoran muslim yang sedap kemudian pergi melawat Kilang Mutiara dan Rawatan Muka berasaskan mutiara. Kemudian perjalanan diteruskan ke Pusat Urut Kaki dan Pusat Ubat Tradisional China. Di sini kaki anda akan diurut dan boleh mendapatkan khidmat nasihat kesihatan. 


Amaran kepada yang ada penyakit...kalau ada baik jangan bagi tapak tangan anda kepada tabib untuk diperiksa..kerana anda akan tahu penyakit apa dan ubat apa yang perlu diambil sebagai penawarnya..hihi....tapi kalau anda memang berkemampuan..tak salah mencuba dan membeli ubat-ubatnya. Di sini saya hanya membeli minyak panas dan uncang untuk rendaman kaki. Itu je yang mampu..hihi..Selepas itu, jalan-jalan di sekitar Beijing dan makan malam....


Monday, March 21, 2011

Blueberry Smoothie ..yg sihat n segar!

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Kita break sekejap pasal Beijing. Sebenarnya dalam hati tak ada perasaan nak menunjuk-nunjuk pun. Tapi ada sesuatu dan perkara yang saya perlu berkongsi dengan kawan-kawan mengenai lawatan ini. Supaya ..kita sentiasa berhemat berbelanja...nanti saya ceritakan...


Oklah.. berbalik pada tujuan asal berblog..haha...lama tak minum air yang sihat dan menyegarkan!! Saya suka buat smoothies ni lagi-lagi saya dah jumpa tempat yang mudah mencarinya..cuma agak masam dan kena perati elok-elok. Takut ada yang busuk sudah... dan macam biasa resepi saya pinjam dari Kak Hana..alhamdulillah..sifu saya hampir kembali ke Malaysia..satu rahmat dan rezeki  untuk beliau sekeluarga..disaat-saat begini..Oklah jemput minum!!!!


Bahan-bahan
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan blueberry segar - buh jem@filling pong bleh juga
  • 1/2 cawan yogurt plain - nih hana tambah> saya takde stok
  • 1/4 cawan gula
  • 1sk esen vanila - x ltk> sy tak letak juga..
  • 10 ketul kiub ais atau lebih  
Cara-cara 
Blend semua bahan hingga smooth. 
Tuang ke dalam gelas dan hidangkan.

Sumber: Kak Hana Kanazawa

Sunday, March 20, 2011

Ai Beijing...Hari Kedua

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari kedua di Beijing dimulakan dengan mengunjungi Pusat Jade, Kilang Membuat Tembikar dan Batu Kristal dan Burning Cream Centre. Selepas itu, kami makan tengahari di restoran Muslim di Golden Palace. Di sini turut disediakan kemudahan musolla untuk solat sebelum ke tempat seterusnya.


Hari kedua merupakan kemuncak percutian kami kerana hari ini kami melawat Tembok Besar China. Kami melalui lebuhraya Badaling kira-kira 1 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan itu, terdapat banyak panorama menarik dan cantik. Sebenarnya, panorama yang kami dapat lihat semasa musim ini mungkin berbeza ketika musim-musim lain. Dan untuk memasuki tempat ini ada 4 laluan, dan kami melalui 'North Pass' iaitu Juyongguan atau Badaling.


Cerita mengenai Tembok Besar China ini ialah ia dibina untuk mengawal sempadan utara Empayar China daripada serangan musuh. Sebahagiannya telah dibina pada abad ke-5 dan pembinaan telah diteruskan sehingga abad ke-16. Salah satu tembok yang paling terkenal telah dibina semasa 220-206 BC oleh Maharaja Qin Shi Huang. Dan tembok yang masih kekal hingga ke hari ni dibina semasa Dinasti Ming. Besarnya tembok ini ialah dari China hingga ke Inner Mongolia.

Semasa mendaki tembok ini, hati memang rasa sungguh kagum dengan kecekakalan dan ketabahan buruh-buruh yang telah membina tembok ini. Bayangkan bagaimana mereka memikul batu-batuan  yang keras, besar dan berat ke kaki-kaki gunung. Saya sebenarnya tak larat..tapi malu pulak dengan  ayah yang selamba mendaki hingga ke atas..hahaha..maka saya dan adik-adik berusaha jugalah nak sampai ke atas tu..Cik abang dan adik lelaki saya ntah sampai mana-mana ntah..mereka lagi laju!


Ooo..hari kedua ni, saya adalah membeli batu jade untuk perhiasan. Mak pula berminat dengan lapik meja untuk 8 kerusi hanya berharga RM40. Kalau beli jade, ada jaminan dari pihak kerajaan bahawa jade di sini adalah yang tulen. Berbanding jika kita beli di luar walaupun boleh ditawar, tapi tiada jaminan kerajaan.



Balik dari Great Wall....kami terus singgah untuk makan malam.......dan balik ke hotel untuk merelakskan kaki!!

Saturday, March 19, 2011

Ai Beijing...Hari Pertama

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Rasullullah SAW pernah berkata 'Carilah ilmu walau sampai ke negeri China'. Apa istimewanya China ini? Kalau melihatkan besarnya negaranya..kita pasti akan kagum dengan kehebatan tamadun yang begitu hebat. Dengan pelbagai budaya, bangsa dan keunikannya. Beijing moden memang berbeza dengan dahulu. Saya kira selepas Beijing menjadi penganjur Sukan Olimpik 2008, ia menjadi satu bandaraya yang bersih, selamat dan cantik! Kita boleh melihat tiada sampah langsung di kaki-kaki jalan..longkang dan jalanraya. 



Pendapat saya, Beijing ingin menjadi sebuah kota yang bersih seperti Tokyo dan Seoul. Dan untuk mendidik 17 juta penduduk Beijing yang  itu memang agak sukar,kerana masih ada rakyatnya yang membuang sampah-sampah kecil sesuka hati..namun begitu pihak kerajaan memperhebatkan tenaga pekerja yang begitu komited menjaga kebersihan bandaraya itu. Polis-polis dan penguatkuasa bandaran memang sentiasa ada di mana-mana. Begitu juga dengan tukang sapu.



Saya teruja untuk menceritakan pengalaman saya dan keluarga ke Beijing. Untuk pengetahuan, saya berlepas ke sini pada 12 Mac dan tiba di Peking Airport tepat pukul 6.30 pagi. Cuaca ketika itu sejuk kira-kira 10*c (max) dan 1*C (min). Dan tiada perbezaan waktu antara Beijing dan Kuala Lumpur. Cuma waktu solatnya lebih awal satu jam. 


Sebelum 1949, Beijing dikenali dengan nama Peking oleh dunia barat. Tetapi selepas 1949, ia ditukarkan namanya kepada Beijing hingga ke hari ini. China kini telah mengamalkan dasar pintu terbuka sebab itu, Beijing kini lebih moden dan menjadi salah satu destinasi pilihan dunia! Ia terletak di Utara China, 43.5m dari paras laut. Semasa saya di sini, cuacanya sejuk dan angin bertiup agak kuat. Jadi pakaian perlulah sesuai iaitu winter coat yang tebal, mufflers dan gloves perlu dipakai untuk menahan tiupan angin kering yang agak kuat!


Pemandu pelancong kami namanya Lisa, beliau fasih berbahasa Inggeris dan sopan orangnya. Saya rasa beliau seorang je yang mudah tersenyum..kalau kita pergi ke tempat-tempat lain susah nak jumpa orang Beijing yang membalas kembali senyuman kita. Nak kata sombong..entahlah..tapi mereka ni excited tengok orang pakai tudung dan mata besar..haha!


Hari pertama kami melawat Tiananmen Square. Kemudian terus ke Forbidden City. Perjalanan berjalan kaki.mengambil masa 4 jam untuk menghabiskan lawatan kedua-dua tempat ini. Kemudian, kami pergi makan tengahari di sebuah restoran muslim. Makanannya..emm sedap juga. Setiap kali makan wajib ada 8 lauk dengan satu hidangan sup. Kebanyakkan lauknya berasaskan sayur. 


Sebahagian hidangan..ada lagi yang x sampai..

Selepas makan, kami pergi ke Masjid Chao Nei untuk Solat Jamak Zohor dan Asar. Kemudian, kami pergi ke Pasaraya Muslim terbesar di Niu Jie, Beijing. Di sini pelbagai produk Muslim dari pelbagai wilayah di China ada dijual di sini. Eloklah beli makanan seperti roti, biskut dan minuman 3 in 1 sebagai alas perut kerana cuaca sejuk buat perut kita cepat lapar.




Selepas itu, kami terus ke Pertunjukkan Akrobatik dan sebelum pulang ke hotel, kami makan malam di sebuah lagi restoran Muslim di Beijing. Itulah kisah hari pertama..


Related Posts with Thumbnails