Tidurlah Intan, Tidurlah Sayang

Tidurlah Intan
Tidurlah sayang
Cerita ibu kisahkan
Lagu ibu dendangkan

Puisi dah ibu baca
Teka-Teki dah ibu cuba
Lelapkan mata
Tidurlah sayang....

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bait-bait puisi tu saya ambil dari nukilan sidang editor buku yang paling saya suka baca di Zaman kanak-kanak.

Anda pernah tak baca buku Tidurlah Intan? Masa saya sekolah rendah dulu...dalam tahun 80-an buku ni kira popular macam buku Harry Porter...maksudnya semua orang akan ada...emm ye ke? Tak tahulah saya..sebab saya memang ada koleksi buku ini dari nombor 1-12..

Dulu...setiap tahun ayah dan mak akan bawa kami ke Changkat Pavillion...kat situlah Pesta Buku Antarabangsa dibuat. Kat situ juga pelbagai Ekspo pertanian dan macam2 jenis exhibition akan dibuat di situ. Saya tak pasti masih wujud ke tidak.

Buku ini memang menggamit nostalgia..di mana sifat cintakan buku telah tersemai dijiwa kami adik-beradik sejak kecil lagi. Seingat saya..kalau hadiah hari jadi dan peperiksaan mak ayah akan bagi kami buku sahaja. Selain buku cerita.. Ayah n mak ajar kami menggunakan atlas, ensiklopedia dan kamus...Alhamdulillah ...dengan didikan itu..pengetahuan am kami memang meluas. (Perasann--- untuk tujuan perkongsian ilmu..hihi). Sebab itu, rumah kami ada Perpustakaan ..bila saya ada rumah sendiri..saya wujudkan Perpustakaan di rumah. Rasa puas hati dan gembira bila dapat beli buku dan susun buku..hihi.. Kalau saya bad mood..saya sukaaaa pergi kedai buku. Relakss je..

Berbalik pada buku Tidurlah Intan ni..Buku ini ada cerita rakyat, cerita moden, puisi, pantun dan juga teka-teki. Antara cerita2 yang saya ingat sampai sekarang ialah Sang Lamri Yang Bijak, Rambutan Untuk Cikgu, Burung Cenderawasih dan macam2 lagi. Ceritanya sarat dengan nilai-nilai moral dan teladan.

Harapan saya...si Noura Fathnina akan ada sikap cintakan ilmu, buku dan rajin membaca macam ayahnya, atoknya, wannya dan umminya...hihi ( perasann)...







Comments

  1. Assalamualaikum wbt,


    Puan Fara,


    Saya Nur Farhanah Zainal, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Saya ada terbaca di blog Puan yang Puan mempunyai koleksi buku Tidurlah Intan. Saya sebenarnya memang mencari koleksi buku Tidurlah Intan sebagai rujukan untuk kajian dalam menulis tesis Sarjana Muda saya. Saya cuba dapatkan di kedai buku serta di Internet, akan tetapi saya masih gagal menjumpainya.

    Oleh itu, bolehkah sekiranya saya dapatkan senarai lagu di dalam buku-buku tersebut daripada Puan Fara? Saya ada cuba menghubungi Puan Fara di alamat emel yang Puan Fara terterakan di blog ini. Sekiranya Puan Fara ada sebarang soalan yang mahu diajukan kepada saya atau Puan Fara memerlukan sebarang surat rasmi, saya akan usahakannya.

    Maafkan saya sekiranya menyusahkan Puan Fara. Kesudian Puan Fara membantu saya, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    Yang Benar,
    Nur Farhanah Zainal
    Kulliyah of Languages and Management
    International Islamic University Malaysia

    ReplyDelete
  2. Hi ms fara, budak 90’s jugak. Memang so crazy sangat dengan siri buku2 tidurlah intan. Cerita2 dlm tue mmg so nice ti read n with moral values. I dont own any of those books sbb my family cant afford to buy those days. One of my chinese fren mase kat sek rendah ade kesemua buku2 tue. She was so kind to borrow those books to me to read. Every two or three days I will change wit her new series. Mmg sampai sekarang i tengah cari buku2 nie untuk disimpan dan diberikan pada anak2 saya.. tapi saya g sampai sekarang saye tak jumpe buku2 nie. Its very nice to know u have all d collection. If u happen to see anyone selling the books , pls let me noe. My hp 0123073349

    ReplyDelete
  3. Im also looking for this series, it reminds me of my late mother...please any info, 01124132066

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts