Ayam Serai Thai Ala SR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Satu hari saya terlihat menu ayam goreng ala SR. Nampak sedap je ayam tu. 

Jadinya saya pun cubalah ikut kaedahnya. 


Bahan-bahannya serai ditumbuk sehingga agak lumat. Kemudian, bawang putih, akar ketumbar dan lada hitam ditumbuk juga.  Saya tambah biji ketumbar dan sedikit kunyit.

Seterusnya, gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tu dengan garam hingga sebati. Kemudian gaul juga dengan 1 sudu gula perang, sos tiram, sos perasa hamadaya secukup rasa, 1 sudu tepung gandum. Gaul hingga sebati. Perapkan seketika.

Panaskan minyak, goreng ayam sampai garing.

Toskan dan hiaskan dengan hirisan halus daun limau purut.

Saya makan bersama sambal lado….sedap! 

Resepi asal dari SR

Comments

Popular Posts