The Keladi Godoque

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hai semua…semoga dalam keadaan sihat hendaknya.

Semua orang mesti ada hidangan yang menggamit kenangan semasa kecil kan? 

Saya nak kongsikan satu hidangan ringkas yang sering dihidangkan sebagai sarapan pagi. Arwah Mak dan Arwah Nenek sangat suka keladi. Seingat saya, masa cuti sekolah tiba…saya dan adik-adik dan kadang-kadang Mak akan berkampung di rumah Nenek. Bila tiba waktu tengah hari Arwah Datuk Akan pulang dari berkebun dan membawa  hasil tanamannya. Antaranya ialah keladi. Ya Keladi sangat istimewa dari segi rasa dan teksturnya. Pelbagai hidangan enak kita boleh hasilkan dengan Keladi.

Ok ..hidangan sarapan pagi yang saya nak kongsikan ialah Keladi Godok. Godok tu dalam bahasa Jawa dan maksudnya ialah rebus. Resepinya sangat mudah dan anak-anak saya mula menyukainya. 

Bahan-bahan 

1 biji keladi yang dikupas kulitnya dan dipotong dadu bersaiz sederhana, rendam di dalam air untuk hilangkan rasa miangnya.

Air

Kelapa parut

Garam 

Gula

Cara-Caranya 

Keladi dipotong dadu. Direndam di dalam air garam.

Kemudian bilas keladi tu sehingga agak jernih air basuhannya. 

Masukkan keladi dengan air untuk direbus. Rebuskan keladi sehingga empuk. 

Bila agak empuk masukkan kelapa parut, garam dan gula. Gaul sehingga sekata. Kalau boleh jangan lama sangat rebus keladi tu takut lembik sangat.

Toskan dan kalau nak gaul lagi dengan kelapa parut dan garan boleh je..

Senangkan..

Makan ketika masih panas..Selamat Mencuba!


Comments

Popular Posts