Fried Cauliflower With Oyster Sauce and Oregano Dashed

Salam,

Cauliflower atau kobis bunga ni dikatakan sebagai raja segala Kobis. Kenapa? Sebab setiap batangnya ada bunga putih yang dikelilingi daun hijau yang besar. Ianya sesuai untuk digoreng dan stim.


Khasiatnya pula ialah ianya mengandungi vitamin C dan Folate (membantu melancarkan peredaran darah dan memerangi kanser dan sakit jantung). Ntahlah.. takut dengar pasal kanser..teringat saya kat cikgu muzik saya masa darjah 1-3..dah meninggal pun sebab kanser. Kandungan 3-carbinol atau 13C nilah yang boleh mengurangkan risiko kanser.

gambar ini diambil di google images - www.jaxnaturalfoods.com/wp-conte..._images


Dalam masakan ini, saya letakkan oregano. Oregano ni memang berkhasiat kerana ianya antioksida, antibakteria, menguatkan sistem imunisasi, sistem pembuangan dan sistem pernafasan.

Untuk resepi kali ini apa yang perlu disediakan ialah

1/4 biji Cauliflower
1/2 batang lobak merah yang dihiris panjang-panjang
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah dibuang biji
1 tsp garam
1 tbp sos tiram
1/3 cawan air
1 dash oregano
2 tbp minyak jagung

Cara-caranya
Masukkan minyak jagung dan biarkan panas sedikit
Kemudian masukkan Cauliflower, lobak merah, bawang merah dan putih, cili merah. Kacau biar sebati. Selepas itu masukkan sos tiram, sedikit garam, oregano dan air. Biarkan selama 2 minit dan boleh dihidang.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Comments

Popular Posts