Prawns Coated with Parsley
Salam,
Menu udang goreng bersalut tepung ala KFC yang sangat mudah disediakan. Sungguh ringkas dan cepat!!!
Bahan-bahan
- 500g udang (dibuang kulitnya)
- 2 cawan tepung ala-ala KFC
- 1-2 biji telur
- 2 sudu daun parsley flakes
- 2 sudu serbuk lada hitam
Cara-cara
Basuh udang bersih-bersih dan toskan  betul-betul
Gaul tepung bersama-sama dengan parsley  flakes dan lada hitam.
Pukul telur seperti biasa.
Celupkan udang dengan tepung kemudian celup  dengan telur. Selepas itu, masukkan semula ke dalam tepung dan salut udang tadi. 
Panaskan api dan goreng di dalam minyak (deep  fry).
Toskan minyak dan  hidangkan bersama sos cili atau pencicah kesukaan.
Selamat menjamu selera!Sumber : Faradean's Cooking Recipes

Comments
Post a Comment