Seafood Galore Fried Kuey Tiow

Salam..
Suka makan kuey tiow? Resepi ni memang sesuai untuk orang-orang bujang yang nak cepat, ringkas dan berduet...bukan duit tau..berdua.. Resepi macam biasa..cuma ikut cara masing-masing. Bahan basah cuma udang dan kerang. Saya tak suka letak sotong, sebab berair..Harus diingat, jangan campur pula dengan ayam atau daging. Tak baik untuk kesihatan. Kalau laut dengan laut. Yang darat dengan yang darat. Nanti timbul pula konflik..dalam badan..hihi. Sebab kalau kita campurkan, tindakan biokimia yang merosakkan usus kita..bila selalu amalkan berlaku tu yang jadi tak elok tu...


Ok..Bahan-bahannya ialah

1 bungkus kuey tiow yang sudah dibasuh
200g udang basah
200g kerang-yang sudah direbus dan dikupas
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tiram
4 biji telur
taugeh
1/2 ikat daun kucai
1/2 ikat daun bawang
5 biji tomato ceri-dibelah 2
gula dan garam secukup rasa
bawang goreng untuk hiasan

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga harum.
Kemudian, masukkan cili giling..tumis cili hingga masak. 
Masukkan gula. Masukkan sos tiram.
Masukkan udang dan kerang. Gaul hingga sekata. 
Bila dah masak, masukkan kuey tiow. Gaul hingga mesra. Masukkan telur. Gaul dan biarkan seketika.
Selepas itu masukkan sos cili, tomato dan kicap.
Dan masukkan pula taugeh, daun bawang, daun kucai dan tomato ceri. Perasakan dengan garam.
Hiaskan dengan bawang goreng dan limau purut.

Comments

  1. err.. teloq campq takpa ka? :D
    sedapnya.. bukan macam kat kantin tadi.. taksdeap langsung .. toge ja banyak..
    kuman "kesalahan jujur .." Entry

    ReplyDelete
  2. uish sedapnya nampak mee tu fara!!....i like kalau goreng basah2 gini..

    ReplyDelete
  3. kuman> utk kes terpencil kuet tiow jek..hihi..klau buat mee goreng ke tak boh pun udang dgn kerang ni.. :D

    ReplyDelete
  4. ayu> hehehe..tapi tak cukup char tu..macamana ye nak kasi lebih char..mungkin telur masukkan paling last kot..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts