Kiwi La Malaisie Juice
Salam..
Suka makan buah kiwi. Dulu saya tak suka. tapi dah berusia ni jadi suka pula. Nampak dari luar macam ciku..ciku New Zealand..heeheh..Saya suka makan macam tu saja atau dibuat jus. Memang sedap. Rasa masam-masam sikit. Nampak kecil tapi memang berguna untuk kesihatan dan kecantikan. Cuma harganya agak mahal.
Menurut Hidayah Mohamad, kiwi ni banyak khasiatnya. Sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60 kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.
Menariknya menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren selain mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijirin. - (Sumber dipetik dari http://jkbertindak.ump.edu.my oleh Hidayah Mohammad)
Baguskan? Cara membuatnya senang sangat..
1 biji buah kiwi - dibuang kulit dan dihiris-hiris
1 tbsp gula - kalau nak lagi sihat jangan letak gula
1/2 gelas air
Kiub ais secukupnya
Cara-caranya
Kisar hirisan kiwi dengan air dan gula. Kemudian, tuang ke dalam gelas. Masukkan kiub ais secukupnya. Siap untuk diminum.
bestnya tengok drink ni. tapi sekarang kena pantang. batok tak lega2 lagi
ReplyDeletechek cun> klau mcm tu kena minum lemon campur madu..insyaallah sembuh
ReplyDelete