Udang Mamak
Salam,
Udang ni nak masak apa ye? ok.takpe kita jenguk dapur kawan-kawan..ha! Jumpa pun resepi di dapur Kak Hana yang resepinya dihasilkan oleh ibu soda hikari . Akak pinjam resepi ye dikk...emm memang sedap sebab tumis dengan daun pandan.. baunya semerbak harum..Terima kasih Kak Hana dan Soda Hikari (kim salam kat mak ye..).
Bahan-bahan
• 1 kilo udang• 2 biji limau nipis - ambil jusnya
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 biji bawang putih - cincang
• 1 cm halia muda - tumbuk
• 1 batang serai - di ketuk
• 1/2 cawan air/stok ikan
• 1 susu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar serbuk kari ikan
• 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (Alamak lupa nak bubuh!)
• 1 senduk gulai cili kisar
• 2 tangkai daun kari
• 4 helai daun pandan
• Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
• Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus
limau untuk seketika.
• Panaskan minyak, goreng udang hingga masak,
ketepikan.
• Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun
pandan, daun kari hingga naik bau.
• Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili
kisar, goreng seketika.
• Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok
ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
• Last, masukkan udang, balik2 kan dantutup api.
Resepi sesuai juga dimasak time raya..
Sumber : Kak Hana dan Soda Hikari
Comments
Post a Comment