Advertisement

Monday, December 14, 2015

Blueberry Walnut Muffin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Si Noura likes to eat muffin. Si Nuhaa pun suka juga. Jadi, saya nam tak nak kenalah rajin-rajin sikit mem'baking'. Kalau cuti sekolah tak jadi masalah. Sekurang-kurangnya bolehlah jadikan aktiviti bersama anak-anak. Mari saya sharekan resepinya....
Bahan-bahan :
*untuk 12 biji muffins  
 Sumber : Muffins and other Morning Bakes oleh Linda Collister




50 g walnut
250 g tepung gandum, diayak 
1 tbs baking powder, diayak 
85 g gula kastor 
Sedikit parutan kulit lemon 
1 biji telur 
2 tbs jus lemon 
280 ml susu segar 
4 tbs vegetable oil 
150 g frozen blueberry (boleh dibeli dikedai bakeri atau kedai yang menjual makanan dari timur tengah) 
12 biji bekas /mangkuk kertas muffin 


Kaedahnya...

Potong-potong walnut..jangan halus sangat. Campurkan tepung, baking powder, gula, parutan lemon bersama dengan walnut. Pukul telur dengan jus lemon, susu dan vegetable oil. Campurkan dengan campuran tepung dan kacau hingga sebati. Campurkan biji2an blueberry dan kacau dengan kelajuan 5kmj..hehe. Masa mengacau tu..using as few strokes as possible..(mungkin untuk memerekahkan atas muffin bila sudah dibakar). Biarkan seketika. Jangan terlebih pukul dan terlebih bahan sebab boleh membuatkan muffin keras dan kering. Sudukan 3/4 bahan campuran ke dalam mangkuk kertas muffin saiz kecil yang diletakkan didalam loyang untuk muffin.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 200`C selama 20-25 minit. 


Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails