Advertisement

Sunday, October 17, 2010

Cucur Udang Best WAN!

Salam sejahtera..

Pernah tengok siri Best WAN! di rangkaian AFC? Kalau tengok program tu kan..asyik terliur je ..sebab apa je yang Chef Wan masak mesti sedap. Dalam program ni juga Chef Wan memperkenalkan masakan popular dan sedap-sedap dari Malaysia dan bahan-bahan yang selalu digunakan dalam masakan. Selain tu, diceritakan juga bagaimana pertembungan budaya yang banyak mempengaruhi  cara masakan di Malaysia. Berinformasi sungguh program ni!


Pastukan..yang saya suka tengok ialah kuali tembaga Chef Wan yang diwarisi sejak turun temurun. Agak-agak saya dapat tak kuali tembaga Opah saya? Hehehe..kuali tembaga Arwah Nenek pulak dah kena curi drug addict..sebab Nenek letak kat luar umah..huhu..


Walaupun semua orang tahu macamana nak buat cucur, tapi kalau kita kreatif rasanya berbeza dengan resepi yang biasa dibuat. Bahan-bahan yang Chef Wan masukkan yang saya rasa agak luar biasa sikit ialah jagung manis dan kacang dal. Ermm rasanya memang sedap..cuma kuali cik akak ni tak dalam sangat ..dan sayang minyak nak goreng tenggelam..huhu..

Bahan-bahan

250g udang basah - dikupas kulit
4 cawan (metrik) tepung gandum
2 tbsp baking powder
1 tsp serbuk kunyit
1/2 cawan jagung manis - dalam tin
1/2 cawan kacang dal - direndam dan toskan
2 labu bawang merah - didadu
1/2 ikat daun kucai - dipotong 1 inci
2 biji cili hijau - di dadu
1 biji tomato - didadu
1 cawan taugeh
1 biji telur
garam secukup rasa
6 cawan air


Cara-caranya
Masukkan tepung gandum dan baking powder. Sebatikan. 
Kemudian, masukkan pula bawang merah, cili hijau, tomato, kucai, taugeh, kacang dal, jagung manis, serbuk kunyit dan udang. Gaulkan hingga sekata. Kemudian masukkan pula air secukupnya. Jangan cair sangat. Gaul sehingga sebati dan agak kental. Masukkan telur. Gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam. Biarkan adunan seketika. 
Goreng di dalam minyak yang banyak dan terendam. Goreng hingga keemasan dan toskan minyak menggunakan tisu dapur.

Sedap dimakan dengan sambal kacang atau sos cili.


Sumber: Chef Wan dari Best WAN!

2 comments:

  1. Ptg2 gini dpt cucur udang memang sedap..pekena pulak dgn kopi panas2. Terangkat habis!!!

    ReplyDelete
  2. cucur udang fara ni nampak sedap macam2 juga bahan2 yang digunakan..mestilah rasanya lagilah sedap..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails