Air Soya Bean..bila Ramadhan..

Salam..

Rasanya sehari tak update blog..sebab teramat sibuk..sibuk untuk membantu anak-anak murid yang ingin mengambil SPM tahun ni. Kadang-kadang rasa kita je yang terlebih-lebih nak bantu..tapi ada sebilangan daripada mereka yang ambil tak peduli langsung..kita nak tolong dapatkan 30% markah pentaksiran untuk dibawa ke SPM..maknanya kalau diorang ni nak dapatkan A, tinggal cari 45 markah dalam kertas 1, tapi saya tak faham kenapa mereka-mereka ni..(tolong sambung sendiri)..Ya Allah..minta ditambahkan keimanan dan kesabaran aku menghadapi murid-murid seperti ini..Amin.


Entri kali ni saya ingin mengimbau perasaan minum air soya bean semasa bulan Ramadhan Al-Mubarak..sebenarnya tiap-tiap hari bole minum dan beli di pasar malam..tapi bila masa bulan puasa..memanglah..semacam ada satu perasaan yang luar biasa menikmati air ni. 


Apakah khasiat kacang soya? Menurut Monaniza (http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/monaniza.html) -Kacang soya merupakan sejenis makanan popular di Malaysia. Bijirin ini digunakan untuk membuat tempe, tauhu dan kicap, juga diproses untuk mendapatkan ‘susu’nya yang berkhasiat. Pokok kacang soya yang berasal daripada spesies Glycine max dalam keluarga Leguminosae, biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolesterolnya rendah dalam makanan yang diproses daripada kacang soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Sementara minyak yang diproses daripada bijirin ini mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan. Ia membantu peredaran darah, menghapuskan kesan-kesan keracunan makanan, meredakan demam dan bertindak sebagai penawar untuk keracunan makanan. 

Ok macamana? Ada setengah orang yang tak boleh minum susu akan mengambil air kacang soya ni sebagai ganti. Memang sedap baunya dan sedap juga kalau diminum panas-panas. Waa..kalau nak tahu..puasa tahun lepas tiap-tiap hari order air ni dengan kawan. Sedapp..Resepinya saya rasa..kalau saya nak cuba..mungkin dientri yang lain. Yang ni saya beli je dengan dengan kawan di tempat saya kerja..air gulanya diasingkan supaya lebih tahan lama. Sedap sangat..harganya pun murah..1 liter, RM2.00.

Comments

Popular Posts