Puding Karamel

Salam, 

Puding karamel ni memang sedap dimakan semasa set induction berbuka puasa. Sejuk anak tekak..tapi seeloknya makanlah kurma dulu ye..Hari Rabu lepas iaitu hari pertama Ramadhan Kak Norlidah tanya sama ada saya ada tak resepi Puding Karamel sebab anak dia suka sangat makan puding ni. 


 Maka, saya pun menerokalah blog-blog ni dan jumpa satu resepi yang ringkas...iaitu dari blog Kak Hana. Malam tu juga, Kak Norlidah ni sms saya dan bagitau "Ehh..adik..resepi puding karamel yang adik beri tu memang betul dan boleh dipercayai. Sukatannya tepat. Memang sedap dan laris". 


 Agaknya Kak Hana sukat memang betul-betul pakai pembaris..hehe..ke penimbang akak ada censor bila terlebih sukat..Bip!Bip!Bip! Macam tu kot..

Itulah kisahnya. Oleh itu, saya mohon halalkanlah resepi yang saya ambil dari blog Kak Hana ni ye..buka semalam saya pulaklah cuba try test..memang SoDaPP! Terima kasih kak..


Saya tekap je dari blog Kak Hana ni..takut tersalah n tertinggal..

Bahan-bahan
•    400cc(400ml) susu segar/susu cair
•    5 sudu besar gula halus
•    3 biji telur- pada suhu bilik
•    2 biji telur kuning-pada suhu bilik
•    2-3 titik esen vanila
•    [ KARaMEL ]
•    5 sudu besar gula
•    2 sudu besar air

Cara-cara
1.    Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2.    Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3.    Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4.    Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5.    Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6.    Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7.    Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8.    Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Sumber: http://hanamemories.blogspot.com/

Comments

Popular Posts