Ikan Bilis Tumis Rendang Asam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bersua lagi di hari Khamis. Semoga semua sihat-sihat belaka. Di sini saya ingin mengucapkan Selamat jalan kepada Kak Hana sekeluarga. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali ke sekolah! Susah juga kalau nak tune semula kehidupan setelah lama bercuti..kalau saya mesti susah sikit kot..harapnya kak Hana tak delah macam saya..semoga dapat meneruskan perjuangan sebagai pendidik demi anak bangsa...


Oklah..bercerita mengenai menu hari ni..ini saya masak kelmarin. Sebab dah lama tak ke pasar..peti sejuk di rumah tu kosong le..ada bahan-bahan kering. Bilalah nak ke pasar ye...harap-harap hujung minggu ni tak de aktiviti yang mengganggu acara ke pasar. Saya pinjam dan tekap dari dari Sifu Ummi. Memang sedap dan menyelerakan..ringkas dan cepat!!! Kalau kat dapur Kak Ummi ni..memang terasa dapur keibuan..hihi..macam mak dan mak mertua saya masak! Oklah..Kak Ummi..saya pinjam ye resepi ni..terima kasih..moga Kak Ummi jadi lebih terkenal macam Chef Wan!!

Saya buat garing sikit..sebab tak suka makan ikan bilis liat.  :D

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 genggam ikan bilis (yg siap dibelah, kalau boleh jgn yg jenis masin sgt tuh..)
  • 8 ulas bawang merah - dimayang kasar
  • 4 ulas bawang putih - dimayang kasar
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 3 tangkai cili kering - dikerat serong
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1/3 cawan air
  • 1 sudu besar cili kering yg dikisar
  • 2 biji cili hijau - dipotong serong
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Panaskan kuali dan goreng ikan bilis hingga benar-benar garing, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan hiris hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan cili kering. Kacau sebentar.
  4. Masukkan perahan air asam jawa dan air. Biarkan mendidih dan kuah surut/pekat sikit.
  5. Masukkan ikan, biar mesra sekejap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula (biar ada rasa masam2 sikit)
  6. Bila kuah agak pekat, masukkan cili hijau. Kacau kejap dan tutup api.
  7. Sedia untuk dihidang.

Comments

  1. whhh sedap nampak nyerrr, senang pun senang..ishh masuk list neh. nak buat jugak la esok esok..
    opss chipmunks ni kan slalu kaco bila nak ngomen..tertekan dia..haha

    ReplyDelete
  2. izahdaut> mmg sedap..nak kelainan sikit..asyik buat sambal tumis tak pun boh petai..
    ala comellnya chipmunks..mesti cute je time sibuk2 tu kan??

    ReplyDelete
  3. pasti sedap nie kan fara... teringin suatu hari nak try gak... tak perna lg makan ikan bilis mcm nie..

    ReplyDelete
  4. Diana> mmg sedap..mmg sebelum ni tak penah try..rasanya klau disimpan elok tahan 2-3 hari ni..ratah pun sedap!

    ReplyDelete
  5. fara,mmg lauk gini akak selalu buat..tak yah pening pale.ringkas dan sedapkan..makan ngan nasi panas2 wallaaa sedap..

    ReplyDelete
  6. fara kalau ade lauk ni ayam daging tak pandang dah kena ngan nasi panas2 kan

    ReplyDelete
  7. kakAsma> betul3x..hihi..mmg sedapkan kak..tak yah basuh pggn bnyk2..hihi

    ReplyDelete
  8. ChikMimi>Mmg dh takde lauk pun..hihi..malas pun ye sy ni..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts