Bihun Goreng Siam

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dari pagi sampai ke awal petang ada latihan personel. Walaupun duduk sahaja tapi kematu dan penat juga. 

Malam ingatkan nak makan seringkas mungkin. Tapi sebab teringat sambal goreng yang sedap tu sayang pulak nak biarkan je maka saya pun padankan dengan bihun goreng.

Perangai saya kalau masak semua bahan kena ada. Tak lengkap tak boleh. Dari nak masak seringkas mungkin jadi berat pula.

Mari saya kongsikan resepi Bihun Goreng Siam Cara FaraDean

Bahan-bahan

Bihun yang direndam dengan air suam

5 ulas Bawang merah dan 6 ulas bawang putih dikisar 

2 sb cili giling

Kicap manis sesedap rasa dan mata memandang warnanya

2sb Sos tiram

3 biji telur

Tauhu, kek ikan, bebola ikan yang sudah digoreng

Lobak merah dipotong memanjang halus

Sawi

Taugeh

Daun ketumbar dipotong halus

Garam dan gula secukup rasa

Limau nipis

Bawang goreng

*kalau ada udang lagi sedap 🤭


Cara- caranya

Tumis bahan kisar sehingga harum mewangi

Masukkan cili giling tumis seketika

Masukkan gula, tumis hingga cili masak

Masukkan sos tiram, kicap, lobak merah dan gaulkan sebati

Pecahkan telur dan tunggu hingga telur masak

Masukkan bihun yang sudah di toskan dan kacau hingga sekata warnanya

Masukkan bahan gorengan seperti tauhu, kek dan bebola ikan

Kacau hingga sekata

Masukkan sawi, daun ketumbar dan taugeh 

Kacau sehingga warnanya sekata dan seterusnya perasakan dengan garam.

Bila dah siap, hidangkan bersama sambal goreng, hiaskan dengan bawang goreng dan limau nipis yang dipotong untuk diperah bila nak makan.



Resepi Sambal Goreng

Gorengkan bawang merah, bawang putih dan cili padi merah dan  cili merah. Kemudian kisar dan perasakan dengan garam dan gula. Selepas itu, ditumis semula atas dapur. Nak letak belacan pun boleh. 

Selamat Mencuba!

Resepi FaraDean

Comments

  1. Waalaikumussalam.
    Apa-apa menu yang ada"Siam' memang saya suka. Sedap!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts