Roti Jala Gradient Cicah Kuah Ikan Tongkol

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Pagi ini menjala dengan bahagia. Sebab anak-anak belum bangun lagi. 

Kalau tidak agak sukar maknya nak menyekilkan kemahiran menjala. 🤭 Kali ini saya gunakan botol 5 bucu yang beli kat kedai atas talian terkenal di Malaysia. 

Kebetulan semalamnya masak Nasi Dagang..kuahnya saya memang buat banyak. Maka bolehlah dijadikan kuah pencicah 😀

Roti Jala Gradient Fara Dean


Saya namakan Roti Jala Gradient sebab guna 2 warna. 

Resepi bancuhan roti jala ni dari Dapur Kak Zura

3 cawan tepung gandum

3 cawan air

1 biji telur

2 sb minyak masak

2 sb santan pekat

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit pewarna ( ikut suka .. saya guna 2 warna je )




Cara-caranya

Bancuh tepung dengan air dan masukkan semua bahan- bahan

Saya blend semua guna whisk..Bila dah sebati, saya bahagikan kepada 2 warna dan jala seperti biasa.

Sekian, selamat menjala!

FaraDean


Comments

Popular Posts