Mee Sup Daging Ala Thai




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anak-anak suka sup. Tapi teringin nak rasa bezanya bila kita letak akar ketumbar.. hihi..

Resepinya agak mudah. Cuma ada beberapa bahan tu tak saya letakkan sebab tak de hihi

Bahan yang ditumbuk kasar


Bahan- bahannya

Bawang holland - hiris-hiris

Bawang Putih*

Biji Ketumbar*

Lada Hitam*

Daun basil ( saya ada yang dalam botol je)

Tiga Sekawan

Akar daun ketumbar - potong akarnya dan bersihkannya

Daging lembu dipotong serong

Bebola daging

Sawi dipotong-potong

Daun ketumbar

Kicap perasa kacang soya cair ( resepi sebenar sos ikan tapi tak de)

Stok Ayam ( saya tak letak ) 

Garam dan gula

Sedikit serbuk perasa

Mee atau Mihun dicelur

Taugeh dicelur

Chili flakes

Bawang goreng


Cara-caranya

Tumbuk bahan bertanda * 

Saya tumbuk kasar sahaja

Akar ketumbar tu saya potong bahagian akarnya dan saya bersihkan akarnya supaya hilang kesan tanah.

Tumis bahan * , akar ketumbar  dan tiga sekawan sehingga harum mewangi 

Kemudian, masukkan bawang holland. Tumis sampai layu sedikit. 

Masukkan daging.. dan kicap cair ..goreng hingga sebati dengan bahan tumisan tadi.

Selepas itu, masukkan air secukupnya. Tutup periuk. Biarkan mendidih.

Selepas itu, masukkan bebola daging. Biarkan mendidih.

Bila daging dan bebola dah empuk, masukkan sawi dan daun ketumbar. Perasakan dengan sedikit serbuk perasa, garam dan gula.

Hidangkan dengan taugeh celur dan chili flakes.

Selamat Makan!

Resepi FaraDean




Comments

Post a Comment

Popular Posts