Kentang dan Sayur sayuran Berlemon

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nak kata salad bukan tapi lebih kepada hidangan untuk anak saya yang claim dirinya seorang vegetarian 😬

Dalam hidangan ini cuma ada kentang, lobak merah dan brokoli yang saya tabur sedikit garam, minyak zaitun, perahan lemon, gula dan lada hitam.

Saya cadangkan kentang dan lobak tu dikukus sekejap supaya cepat empuk.

Kemudian saya bakar di dalam oven dalam 15 minit dengan suhu 100 celcius. 

Anak saya yang sulung makan ni dengan nasi sahaja pun ok dah 🤭

Ini saya makan dengan Nasi Arab Kabsah. Sedap! 

Popular Posts