Creme Caramel MCO
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tempoh PKP (MCO) ni memberi peluang untuk saya buat house keeping blog saya ni. Sayang pulak kalau dibiarkan begitu sahaja.
Resepi yang saya nak kongsikan kali ini ialah Creme Caramel, saya buat masa minggu kedua PKP ..sebab ..nak keluar pi makan kek tak bolehkan...kebetulan semua bahan ada...apalagi cubalah..resepi ni saya pinjam dari Farhanah Izani.
Teksturnya lembut dan lemak manis. Tak muak dan tak kuat bau telurnya. Sedap dan sesuai dimakan sejuk-sejuk.
Caranya begini..
Untuk gula hangus saya larutkan 75g gula dengan 3 sudu air. Saya guna gula perang..biarkan dia larut sendiri. Pastikan api perlahan kalau tak nanti hangit..pahit pula. Bila dah larut, tuangkan ke dalam loyang.
Untuk kastard pula...saya guna 500ml susu sejat dan 50g gula. Saya masukkan dalam periuk yang sama dengan gula karamel tadi untuk dapatkan rasa karamel
Agak-agak susu tu dah keluar buih sikit dan agak panas, tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar.
Bila dah agak sejuk, gabungkan susu tadi dengan 3 biji telur dan tambah 1 biji telur kuning sahaja, sedikit esen vanilla dan secubit garam.
Pukul bahan-bahan di atas sehingga sebati. Dalam 2-3 minit.
Kemudian, tuangkan kastard ke dalam loyang gula karamel tadi perlahan-lahan.
Saya gunakan kaedah water bath. Tuangkan air panas dalam dulang pembakar. Seterusnya, saya masukkan loyang dan pastikan ianya berada di tengah-tengah. Saya bakar dalam 30-40 minit dengan suhu 150•c.
Selamat mencuba!
cantik sekali hasilnya mau coba
ReplyDeleteresep brownies kentang