Rubyah Emeralda Mango Milk

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Bukan mainkan nama resepi saya kali ni.
Nama tu diilhamkan berdasarkan warna sagu merah dan hijau yang saya jadikan penyeri pemanis dan pencuci mulut Ramadhan saya kali ni.


Rubyah Emeralda Mango Milk nama diberi, hihi...

Saya ada membeli mangga Kemboja. Besar-besar dan tebal isinya. Manisnya..sungguh tidak terperi. Lepas tu, tergerak dihati nak buat pemanis mulut semasa berbuka. Bahan-bahan yang saya gunakan memang senang dan sentiasa ada stok di rumah.


Bahan-bahan yang saya gunakan ialah isi mangga yang dipotong dadu, sagu, pewarna merah dan hijau, sedikit garam dan susu sejat.

Cara-caranya mudah sangat, mula-mula saya sediakan sagu yang dimasak (saya letak secubit garam) seperti biasa. Sagu tu saya warnakan dengan warna merah dan hijau. Kemudian, mangga dipotong dadu. Masukkan ke dalam bekas atau mangkuk hidangan. Sudukan sagu merah dan hijau. Tuangkan susu sejat. Sejukkan.


Menu ini sangat sesuai dihidang sejuk-sejuk.

Inilah mangganya


Selamat mencuba!

Source : faradean - farawmdean.blogspot.com

Comments

Post a Comment

Popular Posts