Kuih Kasui MCO
Assalamualaikum dan Salam Bersiaran
Kuih Kasui ni memang salah satu kuih kegemaran saya sejak kecil. Arwah Maklah yang banyak mengajar kami tentang kuih-muih tradisional ni. Sebab tu saya dan adik-adik amat menghargai dan menyukai kuih-muih tradisional.
Masih teringat lagi, kalau ada kenduri di rumah, Mak pasti buat kuih Abok-abok. Mak memang rajin membuat kuih-muih, tidak seperti anaknya 🤣. Masa saya kecil, saya tengok je la. Hihihi...
Terkenang juga..bila pertama kali saya berjaya buat Kuih Kasui, siap je kuih ni saya terus drive bawa ke rumah Mak Ayah. Masa tu cuti...dan saya belum ada anak lagi. Memang gembira sangatlah...nak tunjuk hasil air tangan sendiri.
Kuih Kasui ni saya buat masa PKP (MCO). Resepi saya pinjam je (NorDiana Mat Desa -MAHN- semoga dimurahkan rezeki) . Nak ikutkan, kuih ni senang je nak buatnya...cuma...kalau kanak-kanak ramai..lambat sikit nak habis. Tapi saya simpan dan saya kukus semula buat minum petang.
Cara nak membuatnya, saya guna 2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung ubi, 1 sudu air kapur yang siap dibancuh (1/4 cawan air), 1 cawan gula merah dan 5 cawan air.
Mula-mula saya larutkan gula pasir 1/4 cawan dan gula merah dengan 2 cawan air, masak sampai gula larut. Masa melarut ni letaklah sehelai daun pandan. Dah larut, tunggu sejuk sekejap.
Kemudian, campurkan tepung gandum, tepung ubi dan kapur bersama 3 cawan air. Gaulkan sebati. Kemudian, masukkan air gula ke dalam adunan tepung. Kacau sampai sebati sampai ketulan tepung hilang.
Masukkan adunan ke dalam loyang 8x8. Tapis tau masa menuang tu...
Saya gunakan teknik water bath. Letakkan air panas ke dalam dulang pembakar. Letakkan loyang ke dalam oven. Setkan selama 40 minit dengan suhu 150°c.
Sementara tu, saya sediakan kelapa parut yg putih saja. Campurkan sedikit garam dan kukus sekejap untuk tahan lama.
Tingg!! Keluarkan loyang. Dan biarkan sejuk...baru potong. Gaulkan dengan kelapa parut.
**Saya ada simpan untuk dimakan 2 hari selepas itu..saya kukus semula..macam lagi sedap dan mudah nak potong.
Selamat Menjamu Selera
Kuih Kasui ni memang salah satu kuih kegemaran saya sejak kecil. Arwah Maklah yang banyak mengajar kami tentang kuih-muih tradisional ni. Sebab tu saya dan adik-adik amat menghargai dan menyukai kuih-muih tradisional.
Masih teringat lagi, kalau ada kenduri di rumah, Mak pasti buat kuih Abok-abok. Mak memang rajin membuat kuih-muih, tidak seperti anaknya 🤣. Masa saya kecil, saya tengok je la. Hihihi...
Kuih Kasui ni saya buat masa PKP (MCO). Resepi saya pinjam je (NorDiana Mat Desa -MAHN- semoga dimurahkan rezeki) . Nak ikutkan, kuih ni senang je nak buatnya...cuma...kalau kanak-kanak ramai..lambat sikit nak habis. Tapi saya simpan dan saya kukus semula buat minum petang.
Cara nak membuatnya, saya guna 2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung ubi, 1 sudu air kapur yang siap dibancuh (1/4 cawan air), 1 cawan gula merah dan 5 cawan air.
Mula-mula saya larutkan gula pasir 1/4 cawan dan gula merah dengan 2 cawan air, masak sampai gula larut. Masa melarut ni letaklah sehelai daun pandan. Dah larut, tunggu sejuk sekejap.
Kemudian, campurkan tepung gandum, tepung ubi dan kapur bersama 3 cawan air. Gaulkan sebati. Kemudian, masukkan air gula ke dalam adunan tepung. Kacau sampai sebati sampai ketulan tepung hilang.
Masukkan adunan ke dalam loyang 8x8. Tapis tau masa menuang tu...
Saya gunakan teknik water bath. Letakkan air panas ke dalam dulang pembakar. Letakkan loyang ke dalam oven. Setkan selama 40 minit dengan suhu 150°c.
Sementara tu, saya sediakan kelapa parut yg putih saja. Campurkan sedikit garam dan kukus sekejap untuk tahan lama.
Tingg!! Keluarkan loyang. Dan biarkan sejuk...baru potong. Gaulkan dengan kelapa parut.
**Saya ada simpan untuk dimakan 2 hari selepas itu..saya kukus semula..macam lagi sedap dan mudah nak potong.
Ini versi Frozen |
Selamat Menjamu Selera
ijin share resepnya ya kak
ReplyDeletecara memasak sosis gulung mie