Keria versi Derhaka vs Che' Mek 15 Minit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kuih Keria antara kuih kegemaran saya dan keluarga. Tapi sebenarnya saya kadang-kadang ...emm...jarang-jarang nak buat. Saya lebih suka buat Che' Mek kerana bagi saya CM lagi cepat dan senang dibuat.


Kisahnya saya ada membeli keledek putih. Selalunya saya beli keledek oren. Tapi sebab tak de, yang putih pun jadilah. Anak-anak saya memang suka makan keledek. Selain banyak khasiatnya, ia juga boleh menerbitkan pelbagai resepi minum petang.


Kalau ditanya resepi atau sukatan membuat keria ni...saya main agak-agak sahaja. Bila uli, saya akan pastikan yang doh tadi tidak melekat, barulah saya bentuk-bentukkannya.


Oo..lupa ..kenapa namanya Keria versi Derhaka? Sebabnya masa saya nak menyira, baru perasan yang rumah saya tak de langsung gula putih. Saya memang guna gula perang sahaja.


Untuk menyira keria, kalau Keria Gula Melaka, kita perlukan gula melaka, gula putih dan gula batu. Tapi saya hanya gunakan gula melaka dan gula perang. Hasilnya gula itu lambat mengeras 🤣🤣🤣🤣

Namun begitu, rasanya lembut...Nuhaa je makan 3 ketul sebelum berbuka tau!  😂

Buruk ghupanya sebab nak cepat!

Lebihan ubi keledek yang saya dah lenyek-lenyek tu saya simpan dalam peti sejuk. Esoknya saya keluarkan, campur tepung gandum dan buat Che' Mek pula. #zerofoodwaste

Ok..
Selamat Berbuka ye!

Comments

Post a Comment

Popular Posts