Advertisement

Tuesday, February 5, 2013

Ayam Sambal Tumis Perang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Setiap tahun berazam, paling lewat balik dari keroje pukul 2.30.. Tapi azam tinggal azam..tau tak sebab apa? Saya pernah terdengar ada seorang blogger namanya tak ingat apa yang pasti dia mengutuk cikgu dia..sampai hatinya ye..maknanya dia tolong cikgunya tak ikhlas. Agak-agak apa perasaan cikgunya? Siapa kata cikgu loceng je terus balik...HELLO!! Silap besar tau!

Mungkin ada tapi bukan semua yang macam tu.. Bak kata seorang pengetua..kita bekerja mencari redha Ilahi dan jalan ke syurga.

Ok..di sini saya nak kongsikan masakan simple dari dapurku...

Bahan-bahan
~ 5 ketul ayam kampung
~ 2 labu bawang merah India
~ 3 ulas bawang putih
~ 5-7 biji cili padi kampung
~ sedikit gula merah
~ garam
~ kunyit
~ secubit asam jawa
~ air
~ minyak canola

Cara-caranya
Lumur ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Perap seketika dan goreng dengan minyak canola.
Kemudian, chopkan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Jangan hancur sangat. Selepas itu, tumis bahan yang dichop sampai naik baunya. Masukkan gula Perang dan air asam jawa. Masukkan sedikit air, biarkan mendidih, masukkan ayam..kacau hingga sebati.

Saya hidangkan dengan Sayur Campur Lada Hitam

Source : Farawmdean's Recipes





4 comments:

  1. Sungguh menyelarakan sambal ayam perang ni...sedap buat auk tengahari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah..
      a'a memang sedap makan macam tu..hihi

      Delete
  2. sedap ayam sambal perang ni..mkn pulak dgn nasi panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak yon...
      memang senang dan mudah untuk saya yang mala* ni..hihi

      Delete

Related Posts with Thumbnails