Nasi Lembik Beras Merah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Hari yang Indah ini saya nak berkongsi dengan satu resepi makanan yang selalu saya buat untuk anak saya. Saya mula mengenalkan makanan pejal pada anak saya semasa umurnya nak masuk 6 bulan. Masa umurnya 5++ saya bagi makan buah kiwi kuning atau purée. Dah masuk 6 bulan, saya akan buat purée atau saya blendkan bubur tu biar lembut. Dah umurnya setahun barulah bagi nasi lembik.

Resepinya ialah :
~ segenggam beras merah
~ sebatang batang seleri
~ 1/2 batang lobak merah
~ 5 ekor ikan bilis
~ sesudu minyak canola
~ 3 cawan air

Cara-caranya :
~ basuh beras merah
~ tumis seketika lobak merah, batang seleri dan ikan bilis dengan minyak
~ kemudian, masukkan beras merah dan air
~ tanak nasi sambil dikacau
~ kacau sehingga nasi tanak..

Kalau nak lagi lembut, masukkan dalam food processor kisar sekejap...In Shaa Allah sedap..Anak saya memang suka makan..sebab tu dia memang suka sangat makan resepi ni. Selamat mencuba.

Comments

Popular Posts