Advertisement

Saturday, February 16, 2013

Kimchi Vs Budu...

 Assalammualaikum dan salam sejahtera
Pengalaman menarik semasa melancong ke Korea ialah emm..membawa si kecil Noura. Masa tu dia baru 6 bulan. Risau juga, sebab perjalanan jauh tak berhenti...tak de RnR dan toilet sekangkang kera. Paling menarik yang saya boleh katakan ialah ketika Perjalanan pergi dan balik dengan Korean Air. Saya rasa amat selesa masa take off n touched down tak terasa..pramugarinya bukan sahaja cute mute tetapi ikhlas...baik...dan sopan. Sebab apa tau..anak saya nangis..dia pujuk..dukung sambil berjalan...pastu ada penumpang tu anaknya muntah..pramugarinya dengan sabar dan ikhlas lap dan bersihkan muntah tu tanpa rasa geli. Satu lagi makanan halal memang dia awal2 lagi dah tag.
Anak saya, turun je flight dia beron. Lepas mandikan n bersihkan, si Noura tu tidur..dari pukul 7 pagi sampai pukul 2 petang. Dah berapa kali singgah, berhenti makan, shopping, melawat sana-sini..dia tetap tidur. Itu hari pertama. Alhamdulillah Noura tak banyak ragam. Mungkin cuaca yang sejuk-sejuk air-cond tu buat dia nyaman dan tenteram. Dari segi kebersihan memang bersih. Lagi satu kalau nak melintas kat sini tak perlu risau sebab pemandunya prihatin. Berbeza semasa di Beijing ..ya ampunn takuttt!!

Heavennya bershopping ialah baju (of course utk si Noura)...topi..shampoo rambut (sebotol RM70- berbaloi sbb Alhamdulillah dah x gugur rambut saya lps brsalin), seaweed dan saya ada juga terbeli hanbok..teringin nak pakai..lagi pun menutup aurat..haha

Satu lagi yang best bagi sayalah kan coffee blended, green tea blended...kat mana2 sama je harganya. Walaupun kat Seoul Tower..kalau kt sini harganya berbeza2 kan? Makan kat sini, sampai je dia bawa kami makan tradisional Korea..yang macam2 lauk..termasuklah kimchi. Ooo patutlah kulit orang Korea ni licin..sbb makan kimchi n sup seaweed. Cara pemeraman kimchi sama macam budu. Disimpan dalam tempayan. Tempat- tempat makan lain kami makan di restoran Pakistan. Kat sini restoran pakistan ada juga kami makan bakkeubap ( salah ejaan ni). Daging bakar tu..makanan korea yang tu Je yang saya suka.







Oklah..rasanya dah panjang berjela...harap-harap di izinkan Allah untuk pergi ke tempat-tempat lain pula.. In Shaa Allah





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails