Advertisement

Sunday, March 20, 2011

Ai Beijing...Hari Kedua

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari kedua di Beijing dimulakan dengan mengunjungi Pusat Jade, Kilang Membuat Tembikar dan Batu Kristal dan Burning Cream Centre. Selepas itu, kami makan tengahari di restoran Muslim di Golden Palace. Di sini turut disediakan kemudahan musolla untuk solat sebelum ke tempat seterusnya.


Hari kedua merupakan kemuncak percutian kami kerana hari ini kami melawat Tembok Besar China. Kami melalui lebuhraya Badaling kira-kira 1 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan itu, terdapat banyak panorama menarik dan cantik. Sebenarnya, panorama yang kami dapat lihat semasa musim ini mungkin berbeza ketika musim-musim lain. Dan untuk memasuki tempat ini ada 4 laluan, dan kami melalui 'North Pass' iaitu Juyongguan atau Badaling.


Cerita mengenai Tembok Besar China ini ialah ia dibina untuk mengawal sempadan utara Empayar China daripada serangan musuh. Sebahagiannya telah dibina pada abad ke-5 dan pembinaan telah diteruskan sehingga abad ke-16. Salah satu tembok yang paling terkenal telah dibina semasa 220-206 BC oleh Maharaja Qin Shi Huang. Dan tembok yang masih kekal hingga ke hari ni dibina semasa Dinasti Ming. Besarnya tembok ini ialah dari China hingga ke Inner Mongolia.

Semasa mendaki tembok ini, hati memang rasa sungguh kagum dengan kecekakalan dan ketabahan buruh-buruh yang telah membina tembok ini. Bayangkan bagaimana mereka memikul batu-batuan  yang keras, besar dan berat ke kaki-kaki gunung. Saya sebenarnya tak larat..tapi malu pulak dengan  ayah yang selamba mendaki hingga ke atas..hahaha..maka saya dan adik-adik berusaha jugalah nak sampai ke atas tu..Cik abang dan adik lelaki saya ntah sampai mana-mana ntah..mereka lagi laju!


Ooo..hari kedua ni, saya adalah membeli batu jade untuk perhiasan. Mak pula berminat dengan lapik meja untuk 8 kerusi hanya berharga RM40. Kalau beli jade, ada jaminan dari pihak kerajaan bahawa jade di sini adalah yang tulen. Berbanding jika kita beli di luar walaupun boleh ditawar, tapi tiada jaminan kerajaan.



Balik dari Great Wall....kami terus singgah untuk makan malam.......dan balik ke hotel untuk merelakskan kaki!!

4 comments:

  1. Hi Fara Dean, glad to know you in China not in Japan. And wow! Climbing the Great Wall! Must be cold I guess from your jacket I see.
    You have fun and enjoy the shopping.
    Best regards. Lee.

    ReplyDelete
  2. Assalam fara,
    waduh seronoknya pergi bercuti di Beijing,
    jauh tu..fara ikut tours ya..mesti padat berjalan2..macam akak pergi hong kong hari tu..mak ai...macam nak tecabut tapak kaki berjalan....tengok gambar, macam seronok betul dapat pergi ke one of the 7 wonders of the world kan..

    ReplyDelete
  3. Uncle Lee> Hi uncle!! Hihi..tapi hati ni risauuuuu juga tau! Gigill kesejukan....tp shopping mmg heaven!!

    ReplyDelete
  4. wslm kak..
    alhamdulillah...
    mmg penat..kami bertujuh pun padat n kena tepat masa..x dpt bygkan klau p 1 bas..
    org kita ramai kak kat sana (malaysia n Singapore) ..tpt mkn muslim mmg x de masalah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails