Ai Beijing...Hari Pertama

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Rasullullah SAW pernah berkata 'Carilah ilmu walau sampai ke negeri China'. Apa istimewanya China ini? Kalau melihatkan besarnya negaranya..kita pasti akan kagum dengan kehebatan tamadun yang begitu hebat. Dengan pelbagai budaya, bangsa dan keunikannya. Beijing moden memang berbeza dengan dahulu. Saya kira selepas Beijing menjadi penganjur Sukan Olimpik 2008, ia menjadi satu bandaraya yang bersih, selamat dan cantik! Kita boleh melihat tiada sampah langsung di kaki-kaki jalan..longkang dan jalanraya. 



Pendapat saya, Beijing ingin menjadi sebuah kota yang bersih seperti Tokyo dan Seoul. Dan untuk mendidik 17 juta penduduk Beijing yang  itu memang agak sukar,kerana masih ada rakyatnya yang membuang sampah-sampah kecil sesuka hati..namun begitu pihak kerajaan memperhebatkan tenaga pekerja yang begitu komited menjaga kebersihan bandaraya itu. Polis-polis dan penguatkuasa bandaran memang sentiasa ada di mana-mana. Begitu juga dengan tukang sapu.



Saya teruja untuk menceritakan pengalaman saya dan keluarga ke Beijing. Untuk pengetahuan, saya berlepas ke sini pada 12 Mac dan tiba di Peking Airport tepat pukul 6.30 pagi. Cuaca ketika itu sejuk kira-kira 10*c (max) dan 1*C (min). Dan tiada perbezaan waktu antara Beijing dan Kuala Lumpur. Cuma waktu solatnya lebih awal satu jam. 


Sebelum 1949, Beijing dikenali dengan nama Peking oleh dunia barat. Tetapi selepas 1949, ia ditukarkan namanya kepada Beijing hingga ke hari ini. China kini telah mengamalkan dasar pintu terbuka sebab itu, Beijing kini lebih moden dan menjadi salah satu destinasi pilihan dunia! Ia terletak di Utara China, 43.5m dari paras laut. Semasa saya di sini, cuacanya sejuk dan angin bertiup agak kuat. Jadi pakaian perlulah sesuai iaitu winter coat yang tebal, mufflers dan gloves perlu dipakai untuk menahan tiupan angin kering yang agak kuat!


Pemandu pelancong kami namanya Lisa, beliau fasih berbahasa Inggeris dan sopan orangnya. Saya rasa beliau seorang je yang mudah tersenyum..kalau kita pergi ke tempat-tempat lain susah nak jumpa orang Beijing yang membalas kembali senyuman kita. Nak kata sombong..entahlah..tapi mereka ni excited tengok orang pakai tudung dan mata besar..haha!


Hari pertama kami melawat Tiananmen Square. Kemudian terus ke Forbidden City. Perjalanan berjalan kaki.mengambil masa 4 jam untuk menghabiskan lawatan kedua-dua tempat ini. Kemudian, kami pergi makan tengahari di sebuah restoran muslim. Makanannya..emm sedap juga. Setiap kali makan wajib ada 8 lauk dengan satu hidangan sup. Kebanyakkan lauknya berasaskan sayur. 


Sebahagian hidangan..ada lagi yang x sampai..

Selepas makan, kami pergi ke Masjid Chao Nei untuk Solat Jamak Zohor dan Asar. Kemudian, kami pergi ke Pasaraya Muslim terbesar di Niu Jie, Beijing. Di sini pelbagai produk Muslim dari pelbagai wilayah di China ada dijual di sini. Eloklah beli makanan seperti roti, biskut dan minuman 3 in 1 sebagai alas perut kerana cuaca sejuk buat perut kita cepat lapar.




Selepas itu, kami terus ke Pertunjukkan Akrobatik dan sebelum pulang ke hotel, kami makan malam di sebuah lagi restoran Muslim di Beijing. Itulah kisah hari pertama..


Comments

  1. amboi bestnya dapat ke beijing..akak belum sampai lagi..teringin gak nak ke sini..insyaAllah suatu hari nanti..fara ikut travel agency ya..okay tak?..apa nama travel agent tu?

    ReplyDelete
  2. anymz> alhamdulillah..dh lama kami teringin nak p kak..n bila smua dpt cuti brulah decide tarikhnya..bebelumnya guna agent lain..tp kali ni
    sy p dgn tabung haji..sbb mak ayah dh biasa dgn agent ni..naik Mas..kami satu family je..mmg berbaloi n berpatutan..smua diuruskan termasuk visa..cuma bwa duit utk shopping je..hihi

    ReplyDelete
  3. Wow...great pics! Thanks for sharing your trip with us! :D

    ReplyDelete
  4. Love> u r welcome..nnt i nk share mcm mana nak bargain bila brshopping kt sini

    ReplyDelete
  5. Cik kamoo> mmg ..jln2 luaskan pengalaman..

    ReplyDelete
  6. Best nya mkn angin ke Beijing.... tak cakap awal2 boleh Along ikut...hehe. Along pun nak makan angin bulan depan, dah beli teket...nak tau tungguuu ya.

    ReplyDelete
  7. bestnya jenjalan... kak rose ni asik jln kat mesia je... 25th ni nak ke kk...

    ReplyDelete
  8. HomeKreation> Waaa..along nak g jln2 juga..ee tak sabarnya..best lg rasanya klau p time bukan cuti sekolah..org x rmai sgt..

    ReplyDelete
  9. kak rose> waa akak..nk g KK..jgn lupa beli pearl..n ikan bilis yang enak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts