Advertisement

Tuesday, March 22, 2011

Summer Palace dan Kisah Maharani Cixi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ke-3 kami meneruskan lawatan ke Summer Palace. Sehari sebelum ke sini, pemandu pelancong kami mengingatkan agar memakai pakaian yang lebih tebal, kerana suhu di sini lebih dingin. Ye..memang betul..sangat sejuk dan muka dan mata saya memang tak tahan apabila ditiup angin. Tangan pun macam nak beku..


Mungkin sebab cuaca di sini lebih sejuk maka ianya dinamakan Summer Palace..walaupun di musim panas..suhu di sini tetap dingin dan nyaman. Di sini juga menjadi tempat persinggahan Maharani Cixi ketika musim bunga dan panas. Menurut Lisa, tasik ini kalau musim panas akan ditumbuhi dengan pokok bunga teratai. Mesti cantik sangatkan? Summer Palace ini terletak di utara Beijing. Ia dikelilingi oleh bukit yang namanya Longevity Hill dan Tasik Kunming yang luasnya kira-kira 2.9 kilometer persegi. 3/4 kawasannya adalah tasik. Struktur bangunannya sangat cantik dan klasik.


Dahulu, China pernah diperintah oleh seorang Maharani yang terkenal dengan panggilan Dragon Lady. Baginda ialah Empress Dowager Cixi. Baginda merupakan seorang yang sangat berkuasa dan berkarisma dan menjadi de facto Manchu d zaman Dinasti Qing selama 47 tahun.  


Selain itu, baginda juga terkenal dengan kecantikannya. Menurut Lisa, setiap hari baginda akan minum susu. Susu apa? Susu manusia tau! Kecantikkannya juga dikatakan berpunca dari pemakanan dan penggunaan serbuk mutiara. Di malam hari beliau akan mandi susu. Sebab itu, ketika akhir hayatnya walaupun umurnya sudah menjangkau 70an tetapi raut wajahnya tetap muda dan jelita!

Dibelakang itu adalah Bot yang diperbuat daripada batu marmar

Selepas ke Summer Palace kami makan tengahari di restoran muslim yang sedap kemudian pergi melawat Kilang Mutiara dan Rawatan Muka berasaskan mutiara. Kemudian perjalanan diteruskan ke Pusat Urut Kaki dan Pusat Ubat Tradisional China. Di sini kaki anda akan diurut dan boleh mendapatkan khidmat nasihat kesihatan. 


Amaran kepada yang ada penyakit...kalau ada baik jangan bagi tapak tangan anda kepada tabib untuk diperiksa..kerana anda akan tahu penyakit apa dan ubat apa yang perlu diambil sebagai penawarnya..hihi....tapi kalau anda memang berkemampuan..tak salah mencuba dan membeli ubat-ubatnya. Di sini saya hanya membeli minyak panas dan uncang untuk rendaman kaki. Itu je yang mampu..hihi..Selepas itu, jalan-jalan di sekitar Beijing dan makan malam....


6 comments:

  1. Aslmkm, best nya baca n3 pasal beijing. Bila lah nak merasa pulak...

    ReplyDelete
  2. HomeKreation> Waalaikumussalam.. ala Along Insyaallah mesti satu hari nnt akan k sana juga..
    tp klau p kedai pearl cream tu kan..klau d suruh bli krim tu..along tak yah bli..sebab kulit muka along lagi cantik dr orang sana..hihi

    ReplyDelete
  3. WOW... CANTIK tempat2 nya.... uploadlah gambar sekitar bandarayanya.... sungai, etc... teringin nak tengok

    ReplyDelete
  4. wahh bestnyer baca cerita fara kat beijing ni...saya lum sampai sana lagi..sungguh menarik..:)

    ReplyDelete
  5. nizaineese> akak..hihi..ada gambo yg sy tak nak upload..atas sbb2 masuk dlm kategori Intellectual Property...haha

    ReplyDelete
  6. Nieza> Haii!! lamoo tak dgr cite..
    alhamdulillah..sampai juga sy..mmg seronok..tgk negeri org ni..klau ada rezeki bole p finland plak..bersih n aman kan kt sana? sbb tak penah dgr apa2 kejadian kat berita..betul x?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails