Advertisement

Sunday, March 6, 2011

Kiwi Upside-down Retro Cake

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Lama betul tak bersiaran atas sebab-sebab tertentu. Kali ini saya ingin kongsikan resepi kek yang telah saya ubahsuai. Ini kek retro. Maknanya dah berzaman orang membuatnya. Kisahnya begini..asal resepinya ialah Pineapple Upside-down Cake, tapi sebab mak tak suka makan nenas, dan stok buah kiwi masih ada maka saya gantikan nenas tu dengan kiwi.


Dan saya selit-selitkan buah strawberi. Malangnya, strawberi tu mencair bila dibakar..haha..tapi rasanya Alhamdulillah...kombinasi antara kiwi dan strawberi serta lapisan kek dibawahnya memang enak dan rasa macam nak buat lagi..tapi pastikan buah kiwi tu manis ye..hihi.


Bahan-bahan
3 sudu besar gula perang
4 biji buah kiwi - dibuang kulit dan dipotong sederhana tebal
3 biji buah strawberi - dihiris untuk diselitkan dilopongan antara kiwi.
125 g mentega - suhu bilik
100 g gula kastor
2-3 sudu besar zest orange navel
2 biji telur
80 g tepung naik sendiri
1/2 baking powder
2 sudu besar jus orange navel


Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 150* (ikut oven masing-masing) selama 10 minit. Griskan loyang bulat 20cm. Kemudian, taburkan gula perang diatas loyang dan susunkan buah kiwi dan selitkan buah strawberi dibahagian-bahagian kosong.
Putar mentega dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.Masukkan zest orange navel dan telur satu persatu. Kemudian ayak tepung dan baking powder. Masukkan ke adunan mentega tadi dan kaupkan hingga sebati. 
Masukkan pula perahan jus orange navel.
Tuangkan adunan ke atas susunan buah kiwi dan ratakan dengan menggunakan belakang sudu. 
Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk dalam 15 minit. Terbalikkan, dan hidangkan. 
Sedap dimakan ketika panas dan apabila disejukkan.

Sumber : Resepi asal dari Susannah Blake tapi diubahsuai oleh Faradean 


12 comments:

  1. buah kiwi banyak tp malas nak wat cam ni... nampak sedap! suka makan gitu saja!

    ReplyDelete
  2. fara, sedapnya kek ni...nampak lak kiwi yg dok bersusun tu memang suka sangat...bagus mkn kiwi tu byk khasiatnya.

    ReplyDelete
  3. wahh kreatip kreatip..memang nampak retro la...terasa2 la kombinasi kiwi ngan stroberi tu atas kek..sedappp nyerr

    ReplyDelete
  4. Assalam fara,
    akak ni upside down ke left right turn cake ke
    tak pernah cuba..sebab budak2 kat rumah akak ni biasalah coklat jugalah dia orang makan..
    meh sini nak rasa sepotong..lepas lah terpingin ..hehe..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Fara...
    Comelnya kek...kak cek nak sikit....

    ReplyDelete
  6. wah.. pandai nya awak create resepi ni... good job.. creatve.. ;) thumbs up

    zu
    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  7. Kak Rose > kak rose mmg suka makann yg sihat kan? mmg makan cmtu je best..cepat..hihi..cuma tak reti lg nak cari yg manis..ikut rezeki je

    ReplyDelete
  8. Nieza > tgh rajin menyusun tu..hihi..mmg baguskan..warnanya pun menarik!

    ReplyDelete
  9. izah> hihi..kita bnyk belajar dr blogger masak yg lebih kretip cth mcm izah..

    ReplyDelete
  10. Ayu> wslm kak..hihi..jemputlah mkn kak..sy br trial n erroe ni..tu pun hilang plak strawberry nya..hah..

    ReplyDelete
  11. cik cek > waalaikumussalamm..
    tima kasih ..nah..ambilah ..jemput mkn

    ReplyDelete
  12. bobhandburry> tima kasih..sbb tak suka nenas lah tu..hihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails