Advertisement

Thursday, March 3, 2011

Tahniah Kak Ummi !!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Walaupun agak lewat..setelah beberapa kali online..hari ni barulah lengkap entri ni. Kelmarin saya taip setakat ucapan salam..pastu tak dapat nak sambung. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari Kejohanan Bowling MSSD. Alhamdulillah..murid saya tu dapat tempat ke-15 dari 126 peserta. Dan murid saya tu baru je tingkatan 1 dan kecil molek susuk tubuhnya. Tapi gayanya menghayun dan melontar..memang saya pun terkagum. Apa yang saya suka dan 'respect' ialah ibu bapanya yang begitu komited dan sungguh2 dan tak putus-putus memberi kata perangsang dan semangat serta begitu memahami  hobi anaknya bermain bowling! 


Baiklah..sekalung tahniah saya ucapkan ke Kak Ummi. Gembira saya melihat hasil air tangan Kak Ummi masuk majalah kegemaran saya iaitu Jelita. Resepinya macam orang tengah buat PHD..lain dari yang lain..mesti penat nak perah idea tu kan kak? Apa-apa pun memang ada KLASS!! 


Kisahnya..saya mula meminati blog Kak Ummi kira-kira 2 tahun yang lepas..tapi sekadar silent reader dan copy serta mencuba resepi-resepinya sahaja. Masa tu belum lagi ada blog. Tapi setahun yang lepas..tiba-tiba terilham nak buat blog..semuanya gara-gara minat sangat ngan blog Kak Ummi. Kiranya Kak Ummilah pencetus untuk saya buat blog masak-masak ni..sebabnya beliau seorang isteri, ibu dan wanita yang bekerjaya .tapi masakannya..Masyaallah...serba serbi lengkap dan kira mencabarlah nak buat! Dan dari situ jugalah saya mula skodeng dapur Kak Hana, Ika Bangkok, Kak Ayu, Kak AlongRoz, Izah, En Ben, Mat Gebu serta semuaaa geng2 blogger!

Resepi dari blog Kak Ummi yang saya kerap buat sebagai pencuci mulut..

Apa-apa pun TAHNIAH KAK UMMI! SEMOGA AKAK AKAN TERUS AKTIF DAN KREATIF DALAM ILMU MASAK MEMASAK! 

2 comments:

  1. Salam Fara, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....rasa nak terkucil lagiiiiiii.....adeeeehhh...terima kasih banyak2 laaa siap wat entry khas pulak...Apa yg akak share semuanya ikhlas dan 8 resepi tu hadiah buat semua yg ingin mencuba resepi2 akak dan yg sudi selalu ke dapur akak...itu sahaja sebagai membalas jasa adik2 followers dan visitors...InsyaAllah selagi ada kelapangan dan daya, akak cuba meriahkan dunia masak2 cyber nih....Tq so much Fara...! Muaaahhh!

    ReplyDelete
  2. kak ummi> hihi..sama2..ye lah kak ..gembira tau tgk resepi akak yg x de lg org buat tu..kagum sesangat!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails