Advertisement

Sunday, March 27, 2011

Cucur Hijau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Menu ni sebenarnya dibuat sebelum berjalan-jalan tempohari. Sebenarnya dalam 2-3 hari ni tak sempat nak upload dan publish entry. Nak ronda-ronda dapur orang lain pun macam tak sempat..ditambah dengan kelembapan talian jalur lebar ni. Nak tukar je rasanya...dan mungkin saya tak pandai menguruskan masa kot saya ni...minggu ni kerja 6 hari...from 7.20am - 5.30 pm..cuma semalam balik awal sikit..kalau tak mesti ada yang mengamuk..hihi!!


Cucur Hijau ni bila digigit nampak isinya hijau...sebab semua sayur saya blend. Nak buat kelainan sikit. Tapi kalau ada yang pernah buat macam ni..minta maaflah..tuan rumah ni kadang-kadang perasaan juga..kononnya cipta resepi sendiri..rupa-rupanya ada yang dah pernah buat..ekekekke..


Resepi ni memang sesuai untuk kaki makan sayur...saya suka sangat makan sayur..yang hijau-hijau..tapi kulit tak pulak 'lincin lincau'..hahaha...apa salah saya ye?? Oklah jemput makan!

Bahan-bahan
*2 batang seleri - dihiris
* 1/2 ikat daun sup
* 1/2 ikat daun sawi
* 1/2 labu bawang holland - dihiris
* 1/4 labu brokoli
* 3 biji cili merah - dihiris
1-2 cawan air
1 cawan tepung gandum (ikut sukatan masing-masing)
secubit yis
garam secukup rasa


Cara-caranya
Kisar semua bahan bertanda * dengan air (1/4 dari bahan kisar)
Bancuh tepung gandum dengan air , yis dan perasakan dengan garam. 
Campurkan adunan dengan bahan kisar. Gaul hingga sekata. 
Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak. Sudukan adunan..goreng hingga garing.
Sedap dicicah sos..

Sumber : Faradean's Cooking Recipe

12 comments:

  1. Waa... cucur sehat! Semua bahan ada di dapur, boleh cuba ni. Ni asyik buat cookies aje!

    ReplyDelete
  2. ku lihat hijauuuu heheh best fara suka makan sayur,anak-anak akak makan sayur tertentu aje

    ReplyDelete
  3. Ha..Faradean....bagus idea ni.!!!! Pakai slogan: Cucur khasiat....Keluarga Sihat!!! amacham..ok tak he..he..he...Creative dia.. .

    ReplyDelete
  4. mcm best....

    kalo wat kat budak2 yg x mkn sayur, diowank bkn taw pon kn..

    hehehe

    ReplyDelete
  5. Madam Sooyaree> hihi..memang sihat!! baunya mmg hijauu je..ni pun tgh rajin tahap gaban..sbb tu gune blender..klau tak slalu berpikir nak blend ke potong2 je..haha

    ReplyDelete
  6. Chik Mimi> kak..masa sy kecik2 dulu ada gak sayur sy tak suka..skali ayah sy kata klau tak makan sayur nnt jadi mcm org tu (org africa yg kebuluran)..maka saya terus insaff..hahah

    ReplyDelete
  7. Noor Zaleha> hi kak..ye betul! saya setuju dgn slogan tu..boleh bg kat kempen kementerian kesihatan mesia..hihi

    ReplyDelete
  8. faa rosli sulaiman> Insyaallah best..hihi..
    betul..dah blend langsung tak nampak bendanya..ala2 bubur sayur utk baby

    ReplyDelete
  9. Wah betul-betul menyambut seruan kerajaan. Ini sudah kalah Green Technology. Good idea, boleh masuk list and try.

    ReplyDelete
  10. Wah, cucur sayur... tak pnh mkn lagi ni...

    ReplyDelete
  11. Paty's Kitchen> hihi..maklumlah br ngan kempen Earth Hour hr tu..klau hijau je mesti org kata mcm alien..tp sebenarnya hijau tu lambang kesihatan...save our environment!

    ReplyDelete
  12. HomeKreation> Nak Along..jemput makan..rasalah..hihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails