Nasi Lemak Sambal Kerang Purut Berdaun Pisang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Menu paling suka dimasak! Sebab..boleh makan sama ada dari pagi sampai ke malam atau dari tengahari sampai ke malam! Maka tak payah pening-pening nak masak banyak kali...hihi. Sekarang kerang sekilo dah RM3.50...mahal tak? Saya jarang beli kalau tak teringin nak makan. Bukan apa..nak mengonyoh tu malas sikit. Tapi Cik Abang tu rajin menggonyoh! Hihi...Lepas tu..kerang ni mudah tercemar lagi-lagi kalau ada air laut yang terkena tumpahan minyak dan pembuangan sisa toksik. Harap-harap tak de apa-apa..


Senang je cuci kerang ni..(eh tadi kata malas)...nak bersihkannya..ambil garam kasar. Taburkan dan gonyoh dengan daun pisang...Insyaallah bersihlah kulit kerang tu. Kemudian, rebus dengan bawang putih dan serai..biarkan mendidih. Kopek kulitnya...dan sedap dimakan dicicah sos! 

Saya bungkus 20 minit ...baru makan!

Nasi lemak ni saya bungkus dulu dengan daun pisang sebelum dimakan. Sebenarnya daun pisang ni memang bagus untuk menyimpan makanan supaya tahan lama. Dan membangkitkan aroma harum dan enak makanan panas apabila dijadikan lapik makanan menggantikan pinggan.  Oklah jemput makan nasi lemak saya ni ye..

Nasi Lemak
Bahan-bahan
2 pot beras
1/2 cawan santan
air secukupnya
garam
1-2 helai daun pandai diikat

Cara-caranya
Basuh beras dan toskan. Masukkan air secukupnya dan santan. Masukkan pula garam secukup rasa. Gaulkan dengan sudu. Masukkan daun pandan. Tanak nasi hingga masak.



Sambal Kerang Purut
Bahan-bahan
1 kilo kerang - direbus dan dikopek, ambil isinya sahaja
3 sudu besar cili giling
2 biji bawang India - dimayang 
5 biji bawang merah - sederhana besar - dimayang
5 biji bawang putih - dimayang
1/2 cawan air + secubit asam jawa - larutkan
2-3 helai daun limau purut
gula dan garam secukup rasa.

Cara-caranya
Panaskan minyak. Tumis bawang India, merah dan putih hingga harum mewangi. 
Masukkan cili giling. Tumis hingga cili masak. Masukkan gula. Gaulkan.
Masukkan air asam dan garam. Biarkan mendidih. 
Masukkan kerang. Gaul dan biarkan hingga kuah pekat. 
Masukkan daun limau purut. Gaul...biarkan hingga pekat dan naik aroma daun limau tersebut. 
Hidangkan..

Sumber : Faradean's Cooking Recipe


Comments

  1. wah hebat tul tgk nasi lemak daun pisang fara tu mcm kat kedai dh tu...sedapnya lauk kerang tu. nieza hari tu pun try bungkus guna kertas tapi bungkus tak pas2 juga last2 en hubby buat senang jer..dia lagi pandai sebab maknya dulu pernah jual nasi lemak.

    ReplyDelete
  2. I agree, the simplest comfort food...Nasi Lemak! :D

    Aaahhh, pass me one pack please...can't wait any longer! ;)

    ReplyDelete
  3. Nieza> tu gambo kedua..daunnya besar skit..yg 1st..bwhnya terkoyak..hihi..camno nak buat pulut inti..kena praktis lagi..haha..
    bestnya niaga nasi lemak..rindu ngan dialog
    " acik..nak nasi lemak lauk paru satu.." hihi

    ReplyDelete
  4. Love> betul kan..lauknya pun senang..ahahha..
    here Love! want to grab a pack or three packs...hihi

    ReplyDelete
  5. sedapnya... bila nak buat bagi akak makan...ehehhe

    ReplyDelete
  6. nizaineese> ala akak ni..akak punya lagi sedap!!
    nntlah..bila lah agaknya..hihi

    ReplyDelete
  7. Assalam fara,
    waduh2 akak kecur ni tengok sambal kerang tertenggek kat atas nasi tuuu..aiakak NAKKKK jugakk..

    Thanks fara for the wishes ya..
    mudah2han ..doa2 semaunay teramakbul insyaallah..

    ReplyDelete
  8. Kak Ayu> Wslm kak ayu
    ye ke kak..klau sy tgk akak punya masakan lg la..perut berbunyi terus..
    terima kasih kak..
    tgk anak2 akak comel2 n hensem2..
    mesti akak pun comei juga ni!!
    Insyaallah ..Amin

    ReplyDelete
  9. hihi..da makan 5 bungkus nasi lemak fara dean ni pon tak kenyang2 sdp sgt. petua gonyoh kerang tu sy baru tau, trm kasih ye fara :)

    jom la baca ni berkongsi trafik dari Bangku Kosong

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum fara..
    makan nasi lemak bungkus dgn daun pisang memang best... terliur sudah...

    ReplyDelete
  11. leyzajamil> hihi..ye ke? jemput mkn lagi..bg 10 bungkus plak..suami sy le yg ajar tu.,hihi

    ReplyDelete
  12. Diana> Waalaikumussalam..hihi terliur sudah..meh makan sama2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts