Advertisement

Monday, March 28, 2011

Nasi Lemak Sambal Kerang Purut Berdaun Pisang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Menu paling suka dimasak! Sebab..boleh makan sama ada dari pagi sampai ke malam atau dari tengahari sampai ke malam! Maka tak payah pening-pening nak masak banyak kali...hihi. Sekarang kerang sekilo dah RM3.50...mahal tak? Saya jarang beli kalau tak teringin nak makan. Bukan apa..nak mengonyoh tu malas sikit. Tapi Cik Abang tu rajin menggonyoh! Hihi...Lepas tu..kerang ni mudah tercemar lagi-lagi kalau ada air laut yang terkena tumpahan minyak dan pembuangan sisa toksik. Harap-harap tak de apa-apa..


Senang je cuci kerang ni..(eh tadi kata malas)...nak bersihkannya..ambil garam kasar. Taburkan dan gonyoh dengan daun pisang...Insyaallah bersihlah kulit kerang tu. Kemudian, rebus dengan bawang putih dan serai..biarkan mendidih. Kopek kulitnya...dan sedap dimakan dicicah sos! 

Saya bungkus 20 minit ...baru makan!

Nasi lemak ni saya bungkus dulu dengan daun pisang sebelum dimakan. Sebenarnya daun pisang ni memang bagus untuk menyimpan makanan supaya tahan lama. Dan membangkitkan aroma harum dan enak makanan panas apabila dijadikan lapik makanan menggantikan pinggan.  Oklah jemput makan nasi lemak saya ni ye..

Nasi Lemak
Bahan-bahan
2 pot beras
1/2 cawan santan
air secukupnya
garam
1-2 helai daun pandai diikat

Cara-caranya
Basuh beras dan toskan. Masukkan air secukupnya dan santan. Masukkan pula garam secukup rasa. Gaulkan dengan sudu. Masukkan daun pandan. Tanak nasi hingga masak.



Sambal Kerang Purut
Bahan-bahan
1 kilo kerang - direbus dan dikopek, ambil isinya sahaja
3 sudu besar cili giling
2 biji bawang India - dimayang 
5 biji bawang merah - sederhana besar - dimayang
5 biji bawang putih - dimayang
1/2 cawan air + secubit asam jawa - larutkan
2-3 helai daun limau purut
gula dan garam secukup rasa.

Cara-caranya
Panaskan minyak. Tumis bawang India, merah dan putih hingga harum mewangi. 
Masukkan cili giling. Tumis hingga cili masak. Masukkan gula. Gaulkan.
Masukkan air asam dan garam. Biarkan mendidih. 
Masukkan kerang. Gaul dan biarkan hingga kuah pekat. 
Masukkan daun limau purut. Gaul...biarkan hingga pekat dan naik aroma daun limau tersebut. 
Hidangkan..

Sumber : Faradean's Cooking Recipe


Sunday, March 27, 2011

Cucur Hijau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Menu ni sebenarnya dibuat sebelum berjalan-jalan tempohari. Sebenarnya dalam 2-3 hari ni tak sempat nak upload dan publish entry. Nak ronda-ronda dapur orang lain pun macam tak sempat..ditambah dengan kelembapan talian jalur lebar ni. Nak tukar je rasanya...dan mungkin saya tak pandai menguruskan masa kot saya ni...minggu ni kerja 6 hari...from 7.20am - 5.30 pm..cuma semalam balik awal sikit..kalau tak mesti ada yang mengamuk..hihi!!


Cucur Hijau ni bila digigit nampak isinya hijau...sebab semua sayur saya blend. Nak buat kelainan sikit. Tapi kalau ada yang pernah buat macam ni..minta maaflah..tuan rumah ni kadang-kadang perasaan juga..kononnya cipta resepi sendiri..rupa-rupanya ada yang dah pernah buat..ekekekke..


Resepi ni memang sesuai untuk kaki makan sayur...saya suka sangat makan sayur..yang hijau-hijau..tapi kulit tak pulak 'lincin lincau'..hahaha...apa salah saya ye?? Oklah jemput makan!

Bahan-bahan
*2 batang seleri - dihiris
* 1/2 ikat daun sup
* 1/2 ikat daun sawi
* 1/2 labu bawang holland - dihiris
* 1/4 labu brokoli
* 3 biji cili merah - dihiris
1-2 cawan air
1 cawan tepung gandum (ikut sukatan masing-masing)
secubit yis
garam secukup rasa


Cara-caranya
Kisar semua bahan bertanda * dengan air (1/4 dari bahan kisar)
Bancuh tepung gandum dengan air , yis dan perasakan dengan garam. 
Campurkan adunan dengan bahan kisar. Gaul hingga sekata. 
Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak. Sudukan adunan..goreng hingga garing.
Sedap dicicah sos..

Sumber : Faradean's Cooking Recipe

Thursday, March 24, 2011

Ikan Bilis Tumis Rendang Asam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bersua lagi di hari Khamis. Semoga semua sihat-sihat belaka. Di sini saya ingin mengucapkan Selamat jalan kepada Kak Hana sekeluarga. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali ke sekolah! Susah juga kalau nak tune semula kehidupan setelah lama bercuti..kalau saya mesti susah sikit kot..harapnya kak Hana tak delah macam saya..semoga dapat meneruskan perjuangan sebagai pendidik demi anak bangsa...


Oklah..bercerita mengenai menu hari ni..ini saya masak kelmarin. Sebab dah lama tak ke pasar..peti sejuk di rumah tu kosong le..ada bahan-bahan kering. Bilalah nak ke pasar ye...harap-harap hujung minggu ni tak de aktiviti yang mengganggu acara ke pasar. Saya pinjam dan tekap dari dari Sifu Ummi. Memang sedap dan menyelerakan..ringkas dan cepat!!! Kalau kat dapur Kak Ummi ni..memang terasa dapur keibuan..hihi..macam mak dan mak mertua saya masak! Oklah..Kak Ummi..saya pinjam ye resepi ni..terima kasih..moga Kak Ummi jadi lebih terkenal macam Chef Wan!!

Saya buat garing sikit..sebab tak suka makan ikan bilis liat.  :D

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 genggam ikan bilis (yg siap dibelah, kalau boleh jgn yg jenis masin sgt tuh..)
  • 8 ulas bawang merah - dimayang kasar
  • 4 ulas bawang putih - dimayang kasar
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 3 tangkai cili kering - dikerat serong
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1/3 cawan air
  • 1 sudu besar cili kering yg dikisar
  • 2 biji cili hijau - dipotong serong
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:-
  1. Panaskan kuali dan goreng ikan bilis hingga benar-benar garing, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan hiris hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan cili kering. Kacau sebentar.
  4. Masukkan perahan air asam jawa dan air. Biarkan mendidih dan kuah surut/pekat sikit.
  5. Masukkan ikan, biar mesra sekejap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula (biar ada rasa masam2 sikit)
  6. Bila kuah agak pekat, masukkan cili hijau. Kacau kejap dan tutup api.
  7. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, March 22, 2011

Summer Palace dan Kisah Maharani Cixi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ke-3 kami meneruskan lawatan ke Summer Palace. Sehari sebelum ke sini, pemandu pelancong kami mengingatkan agar memakai pakaian yang lebih tebal, kerana suhu di sini lebih dingin. Ye..memang betul..sangat sejuk dan muka dan mata saya memang tak tahan apabila ditiup angin. Tangan pun macam nak beku..


Mungkin sebab cuaca di sini lebih sejuk maka ianya dinamakan Summer Palace..walaupun di musim panas..suhu di sini tetap dingin dan nyaman. Di sini juga menjadi tempat persinggahan Maharani Cixi ketika musim bunga dan panas. Menurut Lisa, tasik ini kalau musim panas akan ditumbuhi dengan pokok bunga teratai. Mesti cantik sangatkan? Summer Palace ini terletak di utara Beijing. Ia dikelilingi oleh bukit yang namanya Longevity Hill dan Tasik Kunming yang luasnya kira-kira 2.9 kilometer persegi. 3/4 kawasannya adalah tasik. Struktur bangunannya sangat cantik dan klasik.


Dahulu, China pernah diperintah oleh seorang Maharani yang terkenal dengan panggilan Dragon Lady. Baginda ialah Empress Dowager Cixi. Baginda merupakan seorang yang sangat berkuasa dan berkarisma dan menjadi de facto Manchu d zaman Dinasti Qing selama 47 tahun.  


Selain itu, baginda juga terkenal dengan kecantikannya. Menurut Lisa, setiap hari baginda akan minum susu. Susu apa? Susu manusia tau! Kecantikkannya juga dikatakan berpunca dari pemakanan dan penggunaan serbuk mutiara. Di malam hari beliau akan mandi susu. Sebab itu, ketika akhir hayatnya walaupun umurnya sudah menjangkau 70an tetapi raut wajahnya tetap muda dan jelita!

Dibelakang itu adalah Bot yang diperbuat daripada batu marmar

Selepas ke Summer Palace kami makan tengahari di restoran muslim yang sedap kemudian pergi melawat Kilang Mutiara dan Rawatan Muka berasaskan mutiara. Kemudian perjalanan diteruskan ke Pusat Urut Kaki dan Pusat Ubat Tradisional China. Di sini kaki anda akan diurut dan boleh mendapatkan khidmat nasihat kesihatan. 


Amaran kepada yang ada penyakit...kalau ada baik jangan bagi tapak tangan anda kepada tabib untuk diperiksa..kerana anda akan tahu penyakit apa dan ubat apa yang perlu diambil sebagai penawarnya..hihi....tapi kalau anda memang berkemampuan..tak salah mencuba dan membeli ubat-ubatnya. Di sini saya hanya membeli minyak panas dan uncang untuk rendaman kaki. Itu je yang mampu..hihi..Selepas itu, jalan-jalan di sekitar Beijing dan makan malam....


Monday, March 21, 2011

Blueberry Smoothie ..yg sihat n segar!

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Kita break sekejap pasal Beijing. Sebenarnya dalam hati tak ada perasaan nak menunjuk-nunjuk pun. Tapi ada sesuatu dan perkara yang saya perlu berkongsi dengan kawan-kawan mengenai lawatan ini. Supaya ..kita sentiasa berhemat berbelanja...nanti saya ceritakan...


Oklah.. berbalik pada tujuan asal berblog..haha...lama tak minum air yang sihat dan menyegarkan!! Saya suka buat smoothies ni lagi-lagi saya dah jumpa tempat yang mudah mencarinya..cuma agak masam dan kena perati elok-elok. Takut ada yang busuk sudah... dan macam biasa resepi saya pinjam dari Kak Hana..alhamdulillah..sifu saya hampir kembali ke Malaysia..satu rahmat dan rezeki  untuk beliau sekeluarga..disaat-saat begini..Oklah jemput minum!!!!


Bahan-bahan
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan blueberry segar - buh jem@filling pong bleh juga
  • 1/2 cawan yogurt plain - nih hana tambah> saya takde stok
  • 1/4 cawan gula
  • 1sk esen vanila - x ltk> sy tak letak juga..
  • 10 ketul kiub ais atau lebih  
Cara-cara 
Blend semua bahan hingga smooth. 
Tuang ke dalam gelas dan hidangkan.

Sumber: Kak Hana Kanazawa

Sunday, March 20, 2011

Ai Beijing...Hari Kedua

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari kedua di Beijing dimulakan dengan mengunjungi Pusat Jade, Kilang Membuat Tembikar dan Batu Kristal dan Burning Cream Centre. Selepas itu, kami makan tengahari di restoran Muslim di Golden Palace. Di sini turut disediakan kemudahan musolla untuk solat sebelum ke tempat seterusnya.


Hari kedua merupakan kemuncak percutian kami kerana hari ini kami melawat Tembok Besar China. Kami melalui lebuhraya Badaling kira-kira 1 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan itu, terdapat banyak panorama menarik dan cantik. Sebenarnya, panorama yang kami dapat lihat semasa musim ini mungkin berbeza ketika musim-musim lain. Dan untuk memasuki tempat ini ada 4 laluan, dan kami melalui 'North Pass' iaitu Juyongguan atau Badaling.


Cerita mengenai Tembok Besar China ini ialah ia dibina untuk mengawal sempadan utara Empayar China daripada serangan musuh. Sebahagiannya telah dibina pada abad ke-5 dan pembinaan telah diteruskan sehingga abad ke-16. Salah satu tembok yang paling terkenal telah dibina semasa 220-206 BC oleh Maharaja Qin Shi Huang. Dan tembok yang masih kekal hingga ke hari ni dibina semasa Dinasti Ming. Besarnya tembok ini ialah dari China hingga ke Inner Mongolia.

Semasa mendaki tembok ini, hati memang rasa sungguh kagum dengan kecekakalan dan ketabahan buruh-buruh yang telah membina tembok ini. Bayangkan bagaimana mereka memikul batu-batuan  yang keras, besar dan berat ke kaki-kaki gunung. Saya sebenarnya tak larat..tapi malu pulak dengan  ayah yang selamba mendaki hingga ke atas..hahaha..maka saya dan adik-adik berusaha jugalah nak sampai ke atas tu..Cik abang dan adik lelaki saya ntah sampai mana-mana ntah..mereka lagi laju!


Ooo..hari kedua ni, saya adalah membeli batu jade untuk perhiasan. Mak pula berminat dengan lapik meja untuk 8 kerusi hanya berharga RM40. Kalau beli jade, ada jaminan dari pihak kerajaan bahawa jade di sini adalah yang tulen. Berbanding jika kita beli di luar walaupun boleh ditawar, tapi tiada jaminan kerajaan.



Balik dari Great Wall....kami terus singgah untuk makan malam.......dan balik ke hotel untuk merelakskan kaki!!

Saturday, March 19, 2011

Ai Beijing...Hari Pertama

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Rasullullah SAW pernah berkata 'Carilah ilmu walau sampai ke negeri China'. Apa istimewanya China ini? Kalau melihatkan besarnya negaranya..kita pasti akan kagum dengan kehebatan tamadun yang begitu hebat. Dengan pelbagai budaya, bangsa dan keunikannya. Beijing moden memang berbeza dengan dahulu. Saya kira selepas Beijing menjadi penganjur Sukan Olimpik 2008, ia menjadi satu bandaraya yang bersih, selamat dan cantik! Kita boleh melihat tiada sampah langsung di kaki-kaki jalan..longkang dan jalanraya. 



Pendapat saya, Beijing ingin menjadi sebuah kota yang bersih seperti Tokyo dan Seoul. Dan untuk mendidik 17 juta penduduk Beijing yang  itu memang agak sukar,kerana masih ada rakyatnya yang membuang sampah-sampah kecil sesuka hati..namun begitu pihak kerajaan memperhebatkan tenaga pekerja yang begitu komited menjaga kebersihan bandaraya itu. Polis-polis dan penguatkuasa bandaran memang sentiasa ada di mana-mana. Begitu juga dengan tukang sapu.



Saya teruja untuk menceritakan pengalaman saya dan keluarga ke Beijing. Untuk pengetahuan, saya berlepas ke sini pada 12 Mac dan tiba di Peking Airport tepat pukul 6.30 pagi. Cuaca ketika itu sejuk kira-kira 10*c (max) dan 1*C (min). Dan tiada perbezaan waktu antara Beijing dan Kuala Lumpur. Cuma waktu solatnya lebih awal satu jam. 


Sebelum 1949, Beijing dikenali dengan nama Peking oleh dunia barat. Tetapi selepas 1949, ia ditukarkan namanya kepada Beijing hingga ke hari ini. China kini telah mengamalkan dasar pintu terbuka sebab itu, Beijing kini lebih moden dan menjadi salah satu destinasi pilihan dunia! Ia terletak di Utara China, 43.5m dari paras laut. Semasa saya di sini, cuacanya sejuk dan angin bertiup agak kuat. Jadi pakaian perlulah sesuai iaitu winter coat yang tebal, mufflers dan gloves perlu dipakai untuk menahan tiupan angin kering yang agak kuat!


Pemandu pelancong kami namanya Lisa, beliau fasih berbahasa Inggeris dan sopan orangnya. Saya rasa beliau seorang je yang mudah tersenyum..kalau kita pergi ke tempat-tempat lain susah nak jumpa orang Beijing yang membalas kembali senyuman kita. Nak kata sombong..entahlah..tapi mereka ni excited tengok orang pakai tudung dan mata besar..haha!


Hari pertama kami melawat Tiananmen Square. Kemudian terus ke Forbidden City. Perjalanan berjalan kaki.mengambil masa 4 jam untuk menghabiskan lawatan kedua-dua tempat ini. Kemudian, kami pergi makan tengahari di sebuah restoran muslim. Makanannya..emm sedap juga. Setiap kali makan wajib ada 8 lauk dengan satu hidangan sup. Kebanyakkan lauknya berasaskan sayur. 


Sebahagian hidangan..ada lagi yang x sampai..

Selepas makan, kami pergi ke Masjid Chao Nei untuk Solat Jamak Zohor dan Asar. Kemudian, kami pergi ke Pasaraya Muslim terbesar di Niu Jie, Beijing. Di sini pelbagai produk Muslim dari pelbagai wilayah di China ada dijual di sini. Eloklah beli makanan seperti roti, biskut dan minuman 3 in 1 sebagai alas perut kerana cuaca sejuk buat perut kita cepat lapar.




Selepas itu, kami terus ke Pertunjukkan Akrobatik dan sebelum pulang ke hotel, kami makan malam di sebuah lagi restoran Muslim di Beijing. Itulah kisah hari pertama..


Friday, March 18, 2011

Alhamdulillah..Hujan Emas di Negeri Orang..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kepada yang sudi mengunjungi blog tuan rumah ni..Alhamdulillah..setelah 6 hari 5 malam . Sebenarnya banyak hendak diceritakan..pengalaman dan kegembiraan. Ada yang ok dan ada yang tak ok..tapi tak tahu macamana nak mulakan. Sepanjang di sini..saya terfikir mencabarnya hidup sebagai seorang Islam di sini. Menurut statistik seramai
250000 orang Islam di bandar ini. Kalau cerita pasal makanan..jangan risau..lebih 1000 restoran halal atau muslim terdapat di bandar ini. Semua restoran halal atau Almad'am Islami (tempat makan orang Islam) ada logonya..jadi mudah untuk pelancong muslim mencari makanan. Tapi kalau pasal tandasnya..aduss!! Kami memang bersedia ..melalui pengalaman lalu berada di negara orang..botol kosong,  wet tissue, sabun dan sanitizer sentiasa dalam beg. Memang berat..tapi sekurang-kurangnya kita akan sentiasa selesa dan suci..hihi. Oklah..nanti nak cerita lagi...ngantuk..

Friday, March 11, 2011

Earth Quake in Japan..Bengkel Flash! dan Selamat Bercuti!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Semoga semua sihat belaka. Kita dikejutkan dengan berita tsunami yang melanda Jepun yang berskala 8.9 magnitud. Masyaallah!! Doa saya..semoga Kak Hana, sanak saudara dan kawan-kawan yang berada di sana selamat! Setahu saya Kanazawa menghadap Laut Jepun. Insyaallah Kanazawa bebas ancaman itu. Manakala Sendai  pula menghadap Lautan Pasifik di mana terletaknya plat tektonik yang telah mengakibatkan gempa bumi dan tsunami. Saya pun agak risau..emm..sebabnya nak pergi bercuti..Ya Allah semoga semua selamat dan berjalan lancar..Insyaallah.



Minggu ini amat sibuk. Tapi alhamdulillah..selesai sudah Bengkel Aplikasi Flash yang telah berjalan selama 2 hari. seronok melihat rakan-rakan yang teruja untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman terutamanya dalam bidang ICT. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyertai bengkel ini. Semoga dapat diaplikasikan dimasa akan datang!




Terima kasih tidak terhingga kepada anak-anak buah yang turut sama membantu dalam penganjuran bengkel ini. Semoga kerjasama erat ini akan kekal berpanjangan..
Apa-apa pun kepada murid-murid dan warga pendidik..selamat bercuti!!


Thursday, March 10, 2011

Mee Herba Berkicap

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kepada pengunjung blog. Harap-harap masih ada yang sudi menjengah dapur saya walaupun kadang-kadang tak sempat nak update! Memang sibuk kebelakangan ini, sampai tak ada masa untuk berblog. Kalau di tempat kerja sibuk dengan kerja..di rumah pula sibuk dengan kerja-kerja seorang suri. Lepas tu kalau dah balik rumah memang tak nak dah tengok PC..macam nak ?...pening-pening. 


Resepi kali ni saya pinjam dari seorang kawan di tempat kerja. Beliau ni keturunan Siam. Maka kalau cuti je mesti dia akan balik sana. Bila dia balik tu ada kalanya dia bagi saya cenderahati untuk dimasak. Saya suka dengan Mee Herba Berkicap yang beliau buat. Sedap..dan menyegarkan. Rasanya masin tapi enak ..lagi-lagi kalau menggunakan daging. Oklah senang je caranya!

Inilah herbanya

Bahan-bahan
250 g daging batang pinang
2 sudu besar herba yang kawan saya bagi tu..
2 sudu besar sos ikan
1/2 cawan kicap manis
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - diketuk
4 biji cili padi - diketuk
1/2 tangkai daun ketumbar dan sup - dihiris & sedikit untuk hiasan
mee kuning secukupnya - dibasuh
garam dan gula secukupnya
1 liter air


Cara-caranya
Rebus daging bersama dengan air, serbuk herba, bawang merah dan putih, cili padi, sos ikan dan kicap. Rebus hingga lembut dan mendidih. Kemudian masukkan daun ketumbar dan daun sup. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Hidangkan kuah ini bersama mee, mihun atau kuey tiow. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun ketumbar atau daun sup.

Sumber : Pn Zubaidah

Sunday, March 6, 2011

Kiwi Upside-down Retro Cake

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..

Lama betul tak bersiaran atas sebab-sebab tertentu. Kali ini saya ingin kongsikan resepi kek yang telah saya ubahsuai. Ini kek retro. Maknanya dah berzaman orang membuatnya. Kisahnya begini..asal resepinya ialah Pineapple Upside-down Cake, tapi sebab mak tak suka makan nenas, dan stok buah kiwi masih ada maka saya gantikan nenas tu dengan kiwi.


Dan saya selit-selitkan buah strawberi. Malangnya, strawberi tu mencair bila dibakar..haha..tapi rasanya Alhamdulillah...kombinasi antara kiwi dan strawberi serta lapisan kek dibawahnya memang enak dan rasa macam nak buat lagi..tapi pastikan buah kiwi tu manis ye..hihi.


Bahan-bahan
3 sudu besar gula perang
4 biji buah kiwi - dibuang kulit dan dipotong sederhana tebal
3 biji buah strawberi - dihiris untuk diselitkan dilopongan antara kiwi.
125 g mentega - suhu bilik
100 g gula kastor
2-3 sudu besar zest orange navel
2 biji telur
80 g tepung naik sendiri
1/2 baking powder
2 sudu besar jus orange navel


Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 150* (ikut oven masing-masing) selama 10 minit. Griskan loyang bulat 20cm. Kemudian, taburkan gula perang diatas loyang dan susunkan buah kiwi dan selitkan buah strawberi dibahagian-bahagian kosong.
Putar mentega dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.Masukkan zest orange navel dan telur satu persatu. Kemudian ayak tepung dan baking powder. Masukkan ke adunan mentega tadi dan kaupkan hingga sebati. 
Masukkan pula perahan jus orange navel.
Tuangkan adunan ke atas susunan buah kiwi dan ratakan dengan menggunakan belakang sudu. 
Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk dalam 15 minit. Terbalikkan, dan hidangkan. 
Sedap dimakan ketika panas dan apabila disejukkan.

Sumber : Resepi asal dari Susannah Blake tapi diubahsuai oleh Faradean 


Thursday, March 3, 2011

Tahniah Kak Ummi !!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Walaupun agak lewat..setelah beberapa kali online..hari ni barulah lengkap entri ni. Kelmarin saya taip setakat ucapan salam..pastu tak dapat nak sambung. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari Kejohanan Bowling MSSD. Alhamdulillah..murid saya tu dapat tempat ke-15 dari 126 peserta. Dan murid saya tu baru je tingkatan 1 dan kecil molek susuk tubuhnya. Tapi gayanya menghayun dan melontar..memang saya pun terkagum. Apa yang saya suka dan 'respect' ialah ibu bapanya yang begitu komited dan sungguh2 dan tak putus-putus memberi kata perangsang dan semangat serta begitu memahami  hobi anaknya bermain bowling! 


Baiklah..sekalung tahniah saya ucapkan ke Kak Ummi. Gembira saya melihat hasil air tangan Kak Ummi masuk majalah kegemaran saya iaitu Jelita. Resepinya macam orang tengah buat PHD..lain dari yang lain..mesti penat nak perah idea tu kan kak? Apa-apa pun memang ada KLASS!! 


Kisahnya..saya mula meminati blog Kak Ummi kira-kira 2 tahun yang lepas..tapi sekadar silent reader dan copy serta mencuba resepi-resepinya sahaja. Masa tu belum lagi ada blog. Tapi setahun yang lepas..tiba-tiba terilham nak buat blog..semuanya gara-gara minat sangat ngan blog Kak Ummi. Kiranya Kak Ummilah pencetus untuk saya buat blog masak-masak ni..sebabnya beliau seorang isteri, ibu dan wanita yang bekerjaya .tapi masakannya..Masyaallah...serba serbi lengkap dan kira mencabarlah nak buat! Dan dari situ jugalah saya mula skodeng dapur Kak Hana, Ika Bangkok, Kak Ayu, Kak AlongRoz, Izah, En Ben, Mat Gebu serta semuaaa geng2 blogger!

Resepi dari blog Kak Ummi yang saya kerap buat sebagai pencuci mulut..

Apa-apa pun TAHNIAH KAK UMMI! SEMOGA AKAK AKAN TERUS AKTIF DAN KREATIF DALAM ILMU MASAK MEMASAK! 
Related Posts with Thumbnails