Advertisement

Sunday, November 28, 2010

Selamat Pengantin Baru..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Pengantin Baru buat adik iparku Wan Maslinda dan suaminya Mohd Azlam. Semoga kalian sentiasa dipayungi Allah SWT ..kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan dan keharmonian sepanjang hayat. Amin...



Saturday, November 27, 2010

Victoria Sandwich - Versi II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rasanya..hari ni memang sibuk ..ialah esok adik ipar saya bakal menjadi raja sehari. Macam tak percaya je..tumpang gembira dengan dia..lepas ni mesti geng masak-masak kat rumah mak mertua saya makin berkurangan..tak pelah..saya doakan McLin bahagia, gembira dan semoga ikatan yang suci ini kekal sepanjang hayat...dan sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri kepada suami tercinta..Amin


Sebelum ni saya pernah buat Kek Victoria Sandwich ni menggunakan acuan 20cm. Tetapi, entri kali ni saya buat untuk 24cm. Sebabnya, nak bawa balik kampung. Sebab tu kek ni tak dipotong. Hehe..Saya pilih untuk buat kek ni sebab bahannya ringkas dan amat mudah sekali....dan ekonomi..hihi..bolehlah buat banyak-banyak sikit..Ok adunannya juga saya gandakan sesuai dengan saiz acuan kek..

Bahan-bahan
240g mentega
280 gula kastor
6 biji telur
280g tepung naik sendiri
1 sk esen vanilla

Untuk lapisan..
Jem Strawberi

Untuk Hiasan
Gula Icing yang diayak

* Saya guna acuan springform saiz 24cm.


Cara-caranya
Panaskan oven dengan suhu 180C. Griskan 2 loyang 24cm  dengan greaseproof paper.
Pukul mentega dengan gula kastor sehingga pucat dan fluffy (sebati). Kemudian pecahkan telur satu persatu dan pukul. Ayak tepung dan vanilla ke dalam adunan telur dan kacau adunan hingga sebati dan sekata.

Tuangkan adunan ke dalam 2 loyang kek. Ratakan adunan menggunakan belakang sudu atau goyang-goyangkan tin acuan hingga adunan sekata. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 150* (ikut oven masing2)


Bila kek dah masak..letakkan di atas redai dan kupas greaseproof paper tu perlahan-lahan. Sebelum dihidang, ambil jem strawberi tadi dan sapukan diatas kek. Sapukan sama ada nak tebal-tebal atau nipis..ikut suka. Kemudian ambil sebiji lagi kek dan lapiskan di atas kek yang disapu jem strawberi. Hiaskan dengan taburan gula icing di atasnya.

Sumber: Opah Faradean Recipes dan 500 Cakes by Susannah Blake

Friday, November 26, 2010

Blueberry Smoothie

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..saya dah sampai di Kelate. Balik kampung..adik ipar nak kahwin. Dan sekarang tengah dok fikir nak buat kerja apa. Jadi..baiklah saya update blog saya ni. Minuman ni saya buat semalam sebab adik-adik ipar berkunjung ke rumah..resepinya dari Sifu Hana Kanazawa. Senang betul! Gembira betul rasa hati sebab dah tahu kat mana nak cari blueberry fresh. Semalam lepas ambil husband balik kerja..saya dan HB singgah membeli belah buah-buahan untuk dibuat hantaran. Saya siap tanya lagi dengan adik kedai tu..'raspberry..wildberry..dan segala jenis berry ada tak jual kat sini?? ' . Pastu adik kedai tu jawab ..'Belum bisa dijual di sini lagi kak..'. Tak pelah..dapat blueberry pun jadilah!


Bahan-bahan
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan blueberry segar - buh jem@filling pong bleh juga
  • 1/2 cawan yogurt plain - nih hana tambah>saya takde stok
  • 1/4 cawan gula
  • 1sk esen vanila - x ltk> sy tak letak juga..
  • 10 ketul kiub ais atau lebih

Cara-cara 
Blend semua bahan hingga smooth. 
Tuang ke dalam gelas dan hidangkan.

Sumber: Kak Hana Kanazawa

Thursday, November 25, 2010

Award dari Love dan Resepi Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar semua? Masak apa hari ni? Menu hari ni adalah kesinambungan menu musim raya Aidil Adha iaitu daging. Menu ni memang antara menu wajib setiap minggu. Dan ianya memang mudah dan cepat. Rasanya ramai juga yang tahu cara memasak resepi ni. Cuma caranya ikut selera masing-masing. 


Copp!!! Sebelum tu nak tunjuk dulu award dari Love..yang very One Malaysian! Banggalah ada kawan macam ni..saya suka betul kalau ada kawan tak kira bangsa melayu ke, India ke Cina ke tapi begitu mesra dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Konklusinya..marilah kita hidup dalam suasana yang damai dan harmoni..


Thank you very much Love..I'm so honoured to receive this award..



Bahan-bahan

250g daging lembu dihiris seherhana nipis
1 labu bawang holland- dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 biji cili merah
2 biji cili padi - dibuang biji
1 inci kunyit- ditumbuk halus
garam kasar (ditumbuk) dan gula secukup rasa
minyak zaitun untuk menggoreng
2-3 cawan air


Cara-caranya
Masukkan daging dan air ke dalam kuali/pan/periuk atau sewaktu dengannya. Biarkan sebab kita perlu rebus dulu daging tu sehingga empuk.Bila dah mendidih masukkan kunyit dan kacau biar sebati.
Bila daging sudah empuk dan air daging agak kering masukkan secukupnya minyak untuk menggoreng. Gaulkan daging dengan minyak supaya tidak melekat. 
Masukkan bawang holland, bawang putih, cili merah dan cili padi. Goreng hingga agak garing dan harum baunya. Selepas itu, perasakan dengan sedikit gula dan garam. Siap untuk dihidang.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Wednesday, November 24, 2010

Cheesy.. Easy.. Yummy.. Vegetable Fritters

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hai..cucur lagi?? Ialah ini menu rasmi bila tak tahu apa nak buat sebelum HB balik dari kerja. Masa cuti-cuti ni ..bolehlah masak paling kurang 3 kali sehari. Hehe..
Walaupun menu cucur lagi..tapi untuk versi kali ni saya bubuh cheese atau dalam melayunya keju. Kalau nak lagi sedap, letaklah mozarella cheese. Kalau kat kedai yang sepelaung dari rumah saya susah sikit nak cari mozarella tu..so, saya guna yang keping2 je..tapi rasanya lemak-lemak giteww!!
Saya makan cicah dengan sos cili..sampai ke malam kenyang!! Tak payah dah masak untuk makan malam.


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum - boleh tambah ikut bilangan perut kat rumah..hehe
1 cawan air - yang ni ikut masing-masing punya kadar kelikatan tepung tu
1 cawan lobak merah -dihiris nipis2
1 cawan batang seleri - dihiris nipis2
1/2 labu bawang holland - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sk garlic bread blend*
1 sk lada hitam - di'spice mill' kan*
garam secukup rasa
3 kepingan keju - dicarik-carik
minyak jagung untuk menggoreng

Cara-caranya

Bancuh tepung gandum dengan air dan kacau hingga sebati. Masukkan bawang Holland, bawang putih, lobak merah, batang seleri dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan bahan-bahan* dan garam. Masukkan keju dan gaul hingga sebati.
Panaskan minyak. Sudukan adunan dan goreng hingga keemasan. Hidangkan bersama sos cili.

*Cucur ni kalau digoreng akan meletup-letup sikit..sebab tindakbalas keju yang sedang mencair. Warna yang garing akan bertukar kepada coklat kehitaman..dan rasanya sedap! Baunya pun sedap!

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Tuesday, November 23, 2010

Farewell My Friends

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Farewell, farewell my friend
What else can I say?
When you take off today for good


Orang kata..Penghijrahan itu bisa membuatkan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya..hijrah juga satu pengorbanan dan perjuangan..Mungkin sebab tu kawan-kawan saya ni pindah ke tempat yang baharu. Sebelum tu saya nak cerita yang majlis makan-makan di Yusram Thai Cuisine, Shah Alam ini diadakan sempena perpindahan 3 orang sahabat saya ke tempat baharu. Sedih juga bila dapat tahu yang permohonan perpindahan mereka diluluskan..namun saya gembira juga bagi pihak mereka sebab dengan perpindahan ini, dapatlah mereka bersama dengan keluarga dan mencuba angin di tempat yang baharu. Semoga perpindahan ini memberikan hikmah dan semangat yang baharu yang lebih positif dan proaktif . Selamat Maju Jaya!!
 

Monday, November 22, 2010

Sicilian Orange Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suka tak dengan bau buah oren? Sedapkan..segar je baunya. Disebabkan banyak buah oren kat rumah, maka saya pun nak juga mencuba kek oren Sicilian ni. Resepi asal dari Kak Rima (anaknya comelnya!) yang saya jenguk-jenguk dari dapur Kak Ayu, Ika, Kak Ummi Kuantan dan Kak Inahar..tu je yang saya ingat. Resepinya agak mudah..tapi untuk saya yang guna tenaga putaran tangan yang tak sampai tahap gaban ni memang penat sikit la..dan tekstur keknya mungkin tak semantap jika menggunakan mixer. 

Sebenarnya kek ni nak makan-makan dengan family je..tapi sebab tak tahu nak bawa apa untuk majlis doa selamat malam kelmarin tu jadi saya pun bawalah sikit..HB kata bawa je kek ni tak payah buat yang lain..Hihi. Terima kasih kepada Kak Rima yang sudi berkongsi resepi ni dan saya minta izin untuk copy and paste dari dapur Kak Ayu ye..
 


SICILIAN ORANGE CAKE
Resepi : Rima

Ingredients
250 g lightly salted butter, at room temperature, plus extra for greasing
250 g caster sugar-(Ayu used only 190g)
4 medium eggs
1 1/2 tsp finely grated orange zest ( Ayu added 1 whole orange zest) - SAYA PUN
250 g self raising flour
85 ml freshly squeezed orange juice- SAYA TERLAJAK PERAH SAMPAI 100ml

For the icing:-
125 g icing sugar
5 tsp freshly squeezed orange juice

Method:-
Preheat the oven to 170C. Grease and line a 22-cm clip-sided round cake with non-stick baking paper. - SAYA GUNA YANG SEGI EMPAT SEBAB SENANG NAK BAHAGI2KAN..

Using an electric whisk, cream the butter and sugar together for 4-5 minutes (Ayu whisked for 15 minutes) until very pale. Beat in the eggs, one at a time, beating very well between each one, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent the mixture from curdling. Beat in the orange zest. Add the flour all at once and mix in well, then slowly mix in the orange juice.

Spoon the mixture into the prepared tin and bake on the middle shelf of the oven for 45-50 minutes or until a skewer, inserted into the centre of the cake, comes out clean. If it starts to brown too quickly, cover loosely with a sheet of lightly buttered foil.

Leave the cake, in its tin, to cool on a wire rack, then carefully remove the sides and base of the tin and peel off the paper. Put it onto a serving plate.

For the icing, sift the icing sugar into a bowl and stir in the orange juice until you have a spreadable consistency. Spread it over the top of the cake, letting it drip down the sides, and leave to set. Serve cut into slices, and store any leftovers in an airtight container.

Sumber : Kak Rima - bisousatoi.com

Sunday, November 21, 2010

Roti Telur Ala Kopitiam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa aktiviti hari ni? Saya baru je balik dari majlis pertunangan sepupu belah suami. Ni rehat kejap kat rumah..maybe kejap lagi nak jalan-jalan cari speed light. Heheh..Oklah saya nak kongsikan resepi ringkas dan cepat untuk mengeyangkan perut. Iaitu Roti telur Ala Kopitiam. Untuk menu ni, seeloknya gunalah roti paun atau keping yang boleh dibeli di kedai runcit atau bai roti. Masa saya kecik dulu roti ni lah menjadi favourite. Bila dengar hon bai roti je, melonjak-lonjak kegembiraan..sebab dapat beli roti! Lagipun roti ni kala cicah air kopi panas dan nescafe O panas..ish 100x..tk dapex den nak bayang..hehehe

Bahan-bahan
2 keping roti kopitian
1 biji telur
1 sk garlic bread blend
1 sk parsley flakes
1 sk lada hitam
mentega untuk disapu dan menggoreng

Cara-cara
Sapu mentega dikedua belah roti. Kemudian bakar dulu roti di atas pan.
Bila semua roti-roti siap dibakar, masukkan sedikit mentega. Biarkan cair sedikit.
Kemudian pecahkan sebiji telur. Dengan kadar yang segera, tabuarkan garlic bread blend, parsley flakes, lada hitam dan takupkan dengan 2 keping roti yang telah dibakar tadi. pastikan roti tu melekat dengan telur. Kemudian angkat dan jadikan ia 2 lapis.
* resepi di atas hanya untuk 1 set roti sahaja. Jadi, untuk buat set kedua, kita perlu ulang hingga dapat banyak mana set yang kita nak. Telur tu pula, boleh dibahagi 2 untuk 1 set roti. Boleh dimakan dengan sos cili.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Saturday, November 20, 2010

Dessert Kegemaranku!! :P

Assalammualaikum dan salam Sejahtera

Apa khabar semua? Dah Sarapan..?? Hari ni Sabtu..Alhamdulillah.cuti..bukan senang nak cuti hari Sabtu tau..kadang-kadang ada keroje..exam..training dan macam2..huhu. Resepi ni kan sebenornya nak try macam Kak Hana dan Ika buat..tetapi..huhuhuhu...Apa Salahku??!! Apa Salahku??!! Adakah kerana aku tak de mixer..apatahlagi jenama Kitchen Aid yang menjadi POJAAN hatiku?!! HUHU.. Tu yang den lomah kalau ada resepi pakai putih telur tu..tu yang sampai hari ni den teringin bonar nak buek puding buih..tapi tak penah dibuek sebab tak de mixer..selama ni den buek kek guna kederat tangan den jo..huhu..TAPI USAHA TANGGA KEJAYAAN..INSYAALLAH SAYA CUBA LAGI!! GANBATTE KUDASAII!!


Ok Untuk menyedapkan hati yang panas membara..saya hidangkan dessert ni bersama-sama dengan Almond Chocolate Ice Cream dan Whipping Cream..SedapPP!! Bertambah2 ayah saya makan..hihi. Oleh kerana yang nampak cuma creme caramel ..maka saya selitkan je la resepi yang saya pinjam dari dapur Kak Hana dan Ika..pinjam ye..Terima Kasih


Bahan-bahan
Karamel
60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb> SAYA TAK KURANGKAN
2 sudu besar air

 Puding
2 biji telur
400ml susu cair@segar>>IKA guna susu cair>> SAYA PUN
35g gula
sedikit esen vanila

Sumber: KAK YANI myr
, Kak Hana, Ika

Friday, November 19, 2010

Jemput-jemput Sawi Goreng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Cucur atau jemput-jemput ni kita boleh pelbagaikan resepinya. Antara kaedah yang saya suka cuba ialah kaedah Taram! Huahuahua..taram je apa yang ada kat dapur tu..campur dengan tepung jadilah jemput-jemput aka cucur. Untuk versi kali ni ialah Jemput-jemput dengan sayur sawi yang digoreng. Bila dah digoreng, sawi tu rasa sedapnya...rangup macam cracker.  Caranya senanglah sangat..


Bahan-bahan
1 ikat sawi - dipotong sederhana besar dan untuk batangnya dipotong kecil
6 ulas bawang merah dimayang*
3 ulas bawang putih dimayang*
3 batang cili - dibuang biji dan dimayang*
lada hitam dan garam secukup rasa

3 cawan tepung gandum
1 1/2  cawan air - agak2 pun boleh..
secubit garam dan gula
minyak jagung untuk menggoreng


Cara-caranya
Tumis bahan-bahan * hingga harum.
Masukkan batang sawi goreng hingga agak layu. Masukkan pula daun sawi dan tumis hingga naik baunya. Masukkan lada hitam dan garam. Gaul hingga sebati. Dah siap bolehlah diangkat.

Kemudian kita sediakan pula bahan untuk dibuat jemput-jemput.
Masukkan tepung bersama-sama dengan air. Gaul hingga agak likat. Masukkan secubit garam dan gaulkan hingga sebati.
Masukkan pula sayur goreng tadi ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan hingga sebati.
Panaskan minyak..dan bila dah panas...sudukan ke dalam kuali dan goreng hingga keemasan.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Assalammualaikum..dan Salam Sejahtera..

Selamat Hari Raya Aidil Adha! Masak apa hari ni? Mesti masak daging korbankan? Alhamdulillah..selalu kalau raya haji, lepas solat hari raya ..lepas sarapan dengan keluarga ..pastu ayah dan suami pergi ke masjid untuk menyembelih dan balik mesti suka sebab dapat bahagian daging korban. Ibadah Haji dan korban, merupakan ibadah yg dijalankan di bulan Zulhijjah memberikan banyak hikmah. Masa kecil-kecil dulu saya rajinlah baca kisah-kisah nabi, antaranya kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S dalam perjuangan membela agama.

Ok, saya kongsikan juadah semasa menyambut hari raya semalam. Selalunya masa raya haji lah kami mak dan adik beradik boleh masak-masak. Kalau raya puasa kami sibuk balik ke kampung. Penat memang penat. Tapi puas hati sebab dapat makan puas-puas. Hehehe..
 Tumisan Su'un
 Ketupat
 Ayam Masak Merah
 Rendang Daging Kerisek

Sayur Lemak


CremCaramel



Sunday, November 14, 2010

Macaroni Bakar Ala Faradean

Assalamualaikum...dan salam sejahtera..

Ishh banyaknya sawang..dah lah laman sesawang makin bersawang-sawang lah rumahku ini. Memang sibuk sangat sampai tak sempat nak update. Apatah lagi nak memblogwalking. Cuma sempat jeling-jeling kat FB je. Hehe..rindu juga nak mengupdate tapi biarlah dulu. Ok kawan-kawan dah makan? Rasanya sejak ada blog ni lama benar saya tak membakar macaroni. Apa kata saya kongsikan resepi Macaroni Bakar Ala Faradean.


Untuk resepi ni saya menggunakan banyak lobak, batang seleri dan brokoli. Sebab..saya suka sangat makan sayur-sayur ni bila digabungkan dengan pes tomato. Ishh ..sedapp you! Bila dah siap saya dapat dalam 3 bekas saiz 9 inci. Oklah bahan-bahannya

Bahan-bahan
400g daging cincang
400 g macaroni - direbus dengan sedikit minyak zaitun dan ditoskan
300g sos spaghetti tradisi
300g sos spaghetti cendawan
2 biji bawang holland saiz L - didadu
5 biji bawang putih - diparut
2 1/2  sudu besar cili giling
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
400ml whip cream
5 batang lobak saiz M - diparut
1 kelopak brokoli saiz S - dipotong kecil2
4 batang seleri - dipotong
ground oregano*
basil leaves*
pasley flakes*
rosemary leaves*
lada hitam*
garam*
gula*
* secukup rasa
telur - saya tak guna
keju mozarella - saya guna keju single yang diparut sebab malas nak cari jauh2.

minyak zaitun untuk menumis dan menggoreng


Cara-caranya
Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga harum baunya. Kemudian, masukkan cili giling, tumis dan masukkan gula. Tumis hingga cili masak.
Masukkan daging cincang. Goreng hingga airnya kering. Gaulkan. Masukkan pula lobak dan seleri. Gaulkan hingga mesra. Masukkan pula brokoli.
Selepas itu, masukkan pula sos spaghetti tradisi dan cendawan tadi. Gaul. masukkan pula whip cream dan gaulkan hingga sebati. Masak hingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan sos cili, tomato - gaul dan masukkan macaroni yang telah direbus. Gaul hingga sebati. Perasakan dengan herba-herba dan perasa bertanda *.
Gaul hingga sebati.
Lengserkan loyang pembakar dengan mentega. Sendukkan macaroni yang telah masak ke dalam loyang pembakar. Tekan-tekan biar mampat. Kemudian taburkan dengan keju mozarella.
Bakar dengan suhu 150* (ikut oven masing-masing) dalam 25-30 minit. 


Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Tuesday, November 9, 2010

Udang Tumis Cili Padi

Salam,

Dah makan? Saya belum lagi..tengah berfikir-fikir nak makan apa? Kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa? Padahal punyalah banyak pilihan makanan dan menu dalam alam maya ni..cuma nak masak, beli atau..?? Dimasakkan oleh orang lain..hihi. Ok, menu kali ni memang menu simple present tense. Senang sangat..iaitu Udang Tumis Cili Padi. 

 
Saya memang suka makan udang. Tapi setakat ni tak penah lagi makan lobster..huhu. Maklumlah..jauh dari Sabah. Lagi satu, nama masakan tu memang sama, tapi, lauk dalam tu boleh dipelbagai. Betul tak? Ok ini bahan-bahannya

Bahan-bahan
250 udang - dikupas kulitnya
10 biji cili padi - ditumbuk
5 biji bawang merah - ditumbuk
3 biji bawang putih - ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak zaitun - untuk menumis


Cara-caranya
Tumis bawang merah dan putih hingga harum baunya. Kemudian masukkan cili padi, tumis hingga cili masak. Masukkan gula. Gaul hingga sebati. Masukkan udang. Gaul dan goreng hingga udang masak. Perasakan dengan garam. Siap untuk dihidang.

Sumber: Faradean's Recipe

Sunday, November 7, 2010

Happy 32nd Wedding Anniversary ..Mak and Ayah!

Salam,

Hari Ahad ni nak berjalan ke mana? Saya mungkin ke PC Fair di Stadium Shah Alam. Lama cuti pun hari Ahad je yang dan keluar. Hari lain sibuk dengan homework. Pulun menanda..sebab hari Isnin nanti mesti anak-anak murid tak sabar-sabar tengok markah yang mereka dapat. Ok, sebelum apa-apa saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Mak dan Ayah. Kami akan sentiasa doakan kesejahteraan, kesihatan dan kebahagian Mak dan Ayah. Terima kasih juga sebab mendidik dan mengajar kami sehingga menjadi apa yang kami jadi sekarang ni...


Sambutan ulangtahun tu diadakan di Cheng Ho Chinese  Islamic Seafood, Wangsa Maju. Makanan kat sini memang sedap dan banyak pilihan. Setiap kali datang sini kami akan memilih menu yang berbeza-beza dari sebelumnya. Bak kata orang 'Berbaloi-baloi! Phewwitttt!!' Suasananya pun agak kasual dan tenang. Antaranya menu yang ditawarkan ialah makanan laut, pelbagai jenis sup, tahu, telur goreng pun macam-macam. Masakan ala-ala Cina Muslim yang sedap! Minumannya pun macam-macam. Tapi saya minum yang basic je la..ok..Jom Makan!

Saturday, November 6, 2010

Kiwi La Malaisie Juice

Salam..

Suka makan buah kiwi. Dulu saya tak suka. tapi dah berusia ni jadi suka pula. Nampak dari luar macam ciku..ciku New Zealand..heeheh..Saya suka makan macam tu saja atau dibuat jus. Memang sedap. Rasa masam-masam sikit.  Nampak kecil tapi memang berguna untuk kesihatan dan kecantikan. Cuma harganya agak mahal. 


Menurut Hidayah Mohamad,  kiwi ni banyak khasiatnya. Sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60 kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.
Menariknya menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren selain mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijirin. - (Sumber dipetik dari http://jkbertindak.ump.edu.my oleh Hidayah Mohammad)


Baguskan? Cara membuatnya senang sangat..
1 biji buah kiwi - dibuang kulit dan dihiris-hiris
1 tbsp gula -  kalau nak lagi sihat jangan letak gula
1/2 gelas air
Kiub ais secukupnya

Cara-caranya
Kisar hirisan kiwi dengan air dan gula. Kemudian, tuang ke dalam gelas. Masukkan kiub ais secukupnya. Siap untuk diminum.

Friday, November 5, 2010

Roti Telur Goreng

Salam..

Selamat berhujung minggu..walaupun baru hari Jumaat. Resepi hari ni memang sesuai untuk sarapan pagi. Walaupun ringkas tapi inilah roti goreng yang mak saya ajar buat masa saya sekolah dulu. Dulu hari pertama peperiksaan mak akan bekalkan roti macam ni dan saya akan menikmatinya semasa rehat dan dikongsi bersama rakan-rakan yang rehat sekali dengan saya. Nostalgia betul roti ni..ada sentimental value. Cuma saya adalah modified sikit resepi ni ikut peredaran masa. 


Bahan-bahan
Kepingan roti secukupnya
Margerin - untuk disapu atas roti dan menggoreng
1 biji telur - dikocok
serbuk lada hitam atau lada sulah - secukupnya
parsley flakes - secukupnya


Cara-caranya
Sapu kedua-dua belah kepingan roti dengan margerin. Kemudian roti tu dipotong dua. 
Kocok telur dan campurkan telur dengan serbuk lada hitam atau lada sulah dan parsley flakes.
Celupkan roti dikedua-dua bahagian dengan telur.
Panaskan pan dengan 1/2 sudu margerin. Bila dah cair masukkan roti dan goreng dengan membalik-balikkan kedua-dua bahagian hingga agak garing. 
Bila dah agak garing angkat dan hidangkan
Sedap dimakan dengan sos cili atau madu.

Sumber: Faradean's Recipe

Thursday, November 4, 2010

Serai@Empire

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..

Kembali bersiaran. Dah berapa hari tak sempat nak jenguk blog. Bersawang agaknya..hihi. Masa tak mengizinkan. Rasanya kelam kabut je hidup 2-3 hari kebelakangan ni..hihi (ketawa lagi..). Ok cerita apa yang nak saya kongsikan kat sini ialah..pasal makanlah. Lepas meeting tempohari saya dengan kawan saya rasa pening kepala..sebab banyak sangat input masuk kepala ni..dan banyak benda nak kena ingat. Lepas tu muka masing-masing memang toye. Jadi sebelum balik ke rumah mesti nak kena releasekan ketensionan ni..maka kami pun pergilah Jalan-jalan Cari Makan. 


Kami singgah di Empire Subang dan tempat paling suka nak pergi makan ialah Serai@Empire. sebenarnya restoran ni ada 3 cawangan. Yang pertama kat seksyen 3, Shah Alam. Kedua kat Pavillion, Bukit Bintang. Dan yang ni cawangan baharu. Apa yang paling saya suka dan recommend ialah aneka dessert yang saya rasa lain dari yang lain. Selain masakan Thai dan Pantai Timur. Aneka minuman yang menggoda tekak dan rasa sate yang memang sedappp...Rasanya ..memang sedap! Sangat puas hati! Harganya..memang patut..dengan rasa dan suasananya..hihi..Jom rasa!!


pistachio creme brulee

yang ni memang favourite satu lagi pavlova

Related Posts with Thumbnails