Advertisement

Friday, November 19, 2010

Jemput-jemput Sawi Goreng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Cucur atau jemput-jemput ni kita boleh pelbagaikan resepinya. Antara kaedah yang saya suka cuba ialah kaedah Taram! Huahuahua..taram je apa yang ada kat dapur tu..campur dengan tepung jadilah jemput-jemput aka cucur. Untuk versi kali ni ialah Jemput-jemput dengan sayur sawi yang digoreng. Bila dah digoreng, sawi tu rasa sedapnya...rangup macam cracker.  Caranya senanglah sangat..


Bahan-bahan
1 ikat sawi - dipotong sederhana besar dan untuk batangnya dipotong kecil
6 ulas bawang merah dimayang*
3 ulas bawang putih dimayang*
3 batang cili - dibuang biji dan dimayang*
lada hitam dan garam secukup rasa

3 cawan tepung gandum
1 1/2  cawan air - agak2 pun boleh..
secubit garam dan gula
minyak jagung untuk menggoreng


Cara-caranya
Tumis bahan-bahan * hingga harum.
Masukkan batang sawi goreng hingga agak layu. Masukkan pula daun sawi dan tumis hingga naik baunya. Masukkan lada hitam dan garam. Gaul hingga sebati. Dah siap bolehlah diangkat.

Kemudian kita sediakan pula bahan untuk dibuat jemput-jemput.
Masukkan tepung bersama-sama dengan air. Gaul hingga agak likat. Masukkan secubit garam dan gaulkan hingga sebati.
Masukkan pula sayur goreng tadi ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan hingga sebati.
Panaskan minyak..dan bila dah panas...sudukan ke dalam kuali dan goreng hingga keemasan.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

5 comments:

  1. aku pong suker jemput2 sawi..tp biasa tambah carrot ngan kucai..kdg taugeh.. saku saku fuwa fuwa gtu!

    ReplyDelete
  2. salam fara,
    wah jemput2 sawi akak belum pernah try..
    boleh masuk list ni..thanks fara for sharing ya..

    ReplyDelete
  3. Alamak! This is so appetizing...perfect for a teabreak...;)

    ReplyDelete
  4. wah nak jugak ler fara belum pernah try test lagi ni

    ReplyDelete
  5. Hana> carrot n kuchai tak de kak..taugeh tak sempat tumbuh..huahua..anyway thank u 4 suggestion..heheh..saku2 fuwa2 tu hape?? krup krap krup krap ke?

    Ayu>salam kak..sebb HB dia tak suka dgn bwang je..tu yg kena pelbagai..sbb menu wajib (time takde benda kat dapur) bila dia balik keje..hihi

    Love> betul love..kenyang sangat..kadang2 tak yah dinner..hihi

    Chik Mimi> try la ..sedap! Rangup! heheh..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails