Berbuka Puasa di Kampung Mak

Salam,

Lama betul tak update blog..apa khabarlah agaknya ye..maklumlah sibuk sikit akhir-akhir ni dengan urusan domestik..heheeh..Ok, saya nak kongsikan kegembiraan berbuka di rumah arwah nenek dan datuk saya yang terletak di Kampung Ijok, Kuala Selangor. Kalau kat area sini..96% penduduknya adalah berketurunan Jawa. Jadinya, bila time nak menyambut puasa, kebanyakkan orang kat sini akan mengadakan kenduri-kendara..nak raya pun ada gak satu acara yang dinamakan 'Ngirim'. Iaitu, setiap rumah akan masak-masak dan akan dikirimkan kepada sanak-saudara dan jiran tetangga. Dulu-dulu, diorang ni suka ngirim time malam raya..maka..banyakklah makanan dan pelbagai lauk-pauk di malam raya tu. Tapi sekarang dah ada pilihan lain..iaitu tak semestinya dikirim di malam raya sahaja. 

 tumisan suhun- lauk wajib ni

Lauk-lauknya biasanya ayam masak kicap, tumisan suhun, sayur tumis, ayam masak lemak dan ada juga yang bagi rendang. Masa ni juga..kami kena membuat biskut inflasi..biskut wajib keluarga mak saya . Senang sangat nak membuatnya. Sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Selain itu, inilah masa untuk satu-satu keluarga itu berkumpul sebelum menjelangnya Syawal. Yelah, mungkin ada yang tak dapat beraya bersama atas sebab beraya di rumah keluarga mertua ke atau kena keje ke kan..jadi kira pra-raya lah..memang meriahlah! Tu belum lagi time raya tau! (Gambar tak cantik..sebab guna HP n x cukup cahaya)

keladi goreng- adik sepupu lelaki yang tolong goreng ni

 kek lapis jem strawberry- resepi on the spot makcik saya-tukang bake pun adik sepupu lelaki..

 nasi goreng sambal hijau nenek

 ikan pekasam tumis- adik saya

sayur tumis- lauk wajib juga
biskut inflasi- biskut warisan turun temurun

 antara lauk yang dimasak sendiri dan diterima dari sanak sedara n jiran ttangga

 barisan minuman untuk kaum adam

 barisan minuman untuk kaum hawa

makan time!!

Sumber: Faradean's Experienced

Comments

Popular Posts