Shopping di Rantau Panjang, Kelantan dan RFC Restaurant
Salam..
Saya masih lagi bercuti..huhu. Semalam, mood suami baik..jadinya dia pun ajak la saya pergi ke Rantau Panjang. Tempat shopping tersohor kat sini la..heaven ko! (Untuk kaum hawa je la). Bertolak pukul 11.30 pagi..kat pukul 1 baru sampai..sebab banyak kereta..tapi sabar je la kan..once in a blue moon je ni (sebab cik abang kita baik moodnya). Jadi cik akak pun kena la baiikkk je kan..sabar je kan..
Untuk pengetahuan kawan-kawan..Rantau Panjang ni tempat bebas cukai. Tapi berhati-hati jangan beli lebe2 ha..nanti kena cukai gak 10% ..(:P) tapi kalau di compare2 dengan harga kat KL, SO** ke apa ke memang beza dalam 2-3 hatus. Oh lupa..apa saya beli..saya beli 1 dozen pinggan cap Co****e. Kalau kat tempat saya dalam 7 hatus..kat sini tak sampai 4 hatus. Pastu Corn*** War* satu set lengkap kat sini kurang singgit 5 hatus jekk..ok lah kan? Jadi moralnya..bawalah cash atau kad kredit banyak2..heheh..heaven betul!!!
Tapi yang tak berapa best..sebab panazz la..tu yang mengemo kan perasaan sesetengah kaum adam kan..bini nak jalan-jalan lagi tapi sebab tengok macam tu kena la kurangkan ke'excited'an bershopping..
Balik shopping, singgah rumah pak sedara kat Wakaf Che Yeh..mujur tak buka lagi..jadi tak de lah kami pergi berborong kat sana pulak..Lepas tu saya singgah makan kat RFC (Radix Fried Chicken). Ha ..ni salah satu restoran Ayam Goreng Halalan Toyyiban! 100% Halal! Restoran yang pertama kat Kedah. Sebab ada kat Kubang Kerian jadi saya ambil peluang untuk try makan di sini sahaja. Terasa seronok juga dapat makan produk muslim yang halal dan sedap..segar, organik dan halal.
Ingat nak makan n tapau ayam..sekali abishh daa! Tak pelah..tak de rezeki..kami cuma beli burger dia je..rasa SEDAP! Tapi satu je la..semoga pihak management ambil berat soal kebersihan..perlu di maintain sepanjang masa..bukan tak bersih ..bersih..cuma tak macam Mc* tu..n cermin, sinki dan lantai kat tpt basuh tgn pun kena la di polish agar lebih cantik dan ceria..Insyaallah..saya doakan RFC lebih berjaya dan membuka lebih banyak cawangan seantero dunia..Amin
Sumber: Faradean's Experienced
kami pun ada plan nak ke Rantau Panjang & Wakaf Che Yeh nanti, sebab lepas balik dari Padang Besar rasa mcm Rantau lagi best.RFC memang terBEST!!!
ReplyDeleteKuman Entry
akak setuju..padang besar tu mcm indah khbar dr rupa je..free zone yg best bkt kayu hitam, langkawi dan Rantau panjang..
ReplyDeleteRFC tu mmg best..minta2 HPA buka lagi cawangan dia kat Shah Alam or area lembah klang.